Tawaran Istimewa Dan Perubahan Nilai Mahar Ilmu
Sempena tahun ke-9 penubuhan blog Pusaka-ilmuanwali.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal tahun 2009,pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada pemahar keilmuan dan juga peminat ilmu ghaib kami melalui tawaran harga mahar ISTIMEWA khas untuk anda semua.Kami mempunyai ribuan pelanggan yang berurusan dengan kami yang kami jaga 'privasi' pembeli tanpa pemberitahuan tentang pembelian di atas sebab-sebab tertentu.Kami berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang spiritual dan mempunyai ramai penuntut dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Juga beberapa pelanggan dari negara Vietnam, Arab Saudi, Turkmenistan,Australia, Indonesia, Britain dan China.InsyaAllah barangan pesanan anda akan sampai paling awal sehari selepas pembayaran ilmu dibuat dan selewat-lewatnya 14 HARI jika tiada kesilapan teknikal ( untuk barangan umum ).Jika barangan khas terutamanya pengisian KHADAM maka tertakluk kepada tempoh masa pengisian dan urusan guru. InsyaAllah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami yang melayari blog ini. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 15 Mei 2012, Pihak Pusaka Ilmuan Wali telah membuat penambahbaikan dan pertukaran nilai mahar bagi beberapa ilmu beserta barangan PERCUMA khas untuk pelanggan-pelanggan yang memaharkan ilmu dari kami. Sila layari blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Pihak kami juga ingin memaklumkan tentang penambahan kos pos mengikut kawasan anda, HANYA untuk mahar ilmu yang bernilai BAWAH RM100 sahaja. Berikut adalah maklumat penambahan kos tersebut :
1. Sabah dan Sarawak - Tambahan RM15 untuk kos pos
2. Singapura - Tambahan RM60 untuk kos pos
3. Brunei - Tambahan RM70 untuk kos pos
( Pihak kami HANYA menggunakan perkhidmatan PosLaju Pos Malaysia sahaja.PEMBELIAN anda melebihi RM100 maka kos pos adalah percuma )
Sebarang pertanyaan sila hubungi Tok Adi di talian 017-5959321 ( sms @ call ). Sekian, terima kasih.
MAHAR yang diletakkan untuk ilmu-ilmu di bawah adalah tetap. Tetapi di dalam sesetengah kes, bergantung juga kepada tahap masalah anda dan budi bicara guru ( Tok Adi ). InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya jika ada kemusykilan.
Sekian, terima kasih.
Memandangkan terlalu ramai pelanggan kami di dalam dan luar negara yang memohon Tawaran Diskaun Untuk Keilmuan terpilih dilanjutkan maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Disember 2017, Pihak Pusaka Ilmuan Wali
telah membuat TAWARAN DISKAUN 20% - 50% UNTUK KEILMUAN TERPILIH SAHAJA!!!
Untuk ahli baru, hanya sertai blog kami dan anda turut mendapat tawaran hebat ini. Hanya klik " join " di item Followers yang terdapat di sebelah kanan blog kami dan anda terus akan menikmati tawaran terhebat kami ini.Sila maklumkan penyertaan anda kepada kami semasa ingin memaharkan barangan kami.
1.Pihak Pusaka-Ilmuanwali Tidak berminat untuk berurusan dengan ‘ broker-broker ’ atau orang tengah dan sesiapa sahaja yang berkait dengan urusan BARANG KEBAL UMUM ATAU KEBAL KULIT, BARANG TEMBUS PANDANG, DELIMA MERAH AIR ( AZIMAH MERAH DELIMA ), GELIGA EMBUN HALIMUNAN DALAM AIR, KERIS BASAH, KERIS BERDIRI, KERIS BERGERAK dan sebagainya. Jika adapun Pusaka-Ilmuanwali memaharkan keilmuan seumpama ini, maka pihak yang HANYA kami mengalu-alukan adalah PEMBELI ATAU PEMAHAR SAHAJA. InsyaAllah barulah urusan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya.
2.Pihak Pusaka-Ilmuanwali tidak berminat dengan sebarang urusan ‘ tarik duit ’, pulihkan duit tarik, pulihkan emas tarik, pulihkan duit hancur dan berkara-perkara yang seumpamanya. Pihak Pusaka-Ilmuanwali mempunyai sebab tersendiri untuk menetapkan pendirian ini.
3.Pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak menawarkan Ilmu yang menggalakkan maksiat berlaku secara berleluasa iaitu Ilmu Menurun Nombor Ekor atau Berjudi, Ilmu Pengasihan untuk 'Gay' atau 'Lesbian' dan Khadam Pengasihan atau Pelarisan Bersifat 'HITAM'. Pihak kami mempunyai pendirian yang kukuh tentang hal ini.
4.Akhir sekali, pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak akan melayan dan tidak berminat untuk menjadi tempat bertanya kepada individu yang memaharkan keilmuan mistik dari sumber yang tidak ada kaitan dengan pihak Pusaka-Ilmuanwali sendiri. Melainkan untuk proses penambahbaikan dan pemulihan kekuatan barangan mistik itu sendiri. Mahar atas usaha tersebut akan dimaklumkan pihak kami setelah mendapat persetujuan hasil perbincangan dengan individu yang berminat untuk melakukan proses ini. InsyaAllah.
3.28.2013
3.19.2013
PERIHAL NUSANTARA MENURUT KAJIAN AHLI SEJARAH
SEJARAH RINGKAS NUSANTARA ( Bahagian 1 )
Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, penduduk di Asia Tenggara adalah terdiri daripada penganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu penganut-penganutnya sudah pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa yang menyalahi kebiasaan iaitu " Mencarik adat " yang lahir hasil daripada pemujaan ‘ dewa-dewi’, jampi serapah atau yang seumpamanya.
Keadaan ini berlaku adalah hasil daripada pertolongan jembalang-jembalang yang terdiri daripada Jin samada dengan menjelma ke dalam diri pemujanya ( Tanasukh Aruah ) yakni kaedah menurun, Istidraj, Sihir atau silap mata. Semua amalan ini amat kuat pengaruhnya dalam kehidupan seharian mereka pada waktu itu. Mereka mengabdikan diri hanya kepada Dewa-Dewi semata-mata. Dalam konteks ini pegangan fahaman beragama adalah bersumberkan daripada Rahib-rahib yang dikatakan mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi samada Dewa Rama, Dewa Sita, Dewa Siva dan yang seumpamanya.
Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah dan juga ke Asia, maka banyaklah mubaligh-mubaligh Islam dari kalangan orang-orang Arab dan bukan Arab yang datang membawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara sebagai pedagang. Dari situ Islam mula bertapak dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini.
Gejala isma-isma yang tidak sihat pada waktu itu beransur-ansur hilang kegemilangannya bahkan di sesetengah tempat, umpamanya Acheh isma-isma tersebut telah di benteras sehingga ke akar umbinya. Inilah hasil daripada tarbiah dan didikan mubaligh-mubaligh dan para Daei Islam yang benar-benar alim lagi sufi. Kehadiran mubaligh-mubaligh tersebut seumpama membawa sirna kegemilangan dan kecemerlangan kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika Acheh mendapat jolokan sebagai Serambi Mekah.
Setelah sekian lama gejala pemujaan jampi serapah hilang, akhirnya ia timbul semula setelah Portugis, Belanda, Spanyol, Perancis, Amerika dan Inggeris berusaha menakluki Asia Tenggara dengan memperkenalkan agama Kristian di samping perdagangan yang menyebabkan orang Islam bangun menentang mereka. Pada suatu ketika Belanda telah membunuh lebih daripada 6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama merupakan tokoh pemimpin yang utama dalam semua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial dan kemasyarakatan, ketenteraan hinggalah kepada perubatan dan sebagainya.
Mereka inilah yang banyak memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap penjajahan barat, kerana merekalah yang terlebih dahulu mengenali erti hidup beragama serta beramal dengannya, lebih dahulu merasai bahang campur tangan asing, lebih dahulu menghidu bau najis Mughalazah penjajahan dalam kebudayaan, tipu daya pemerintahan dan tipu daya dalam ketenteraan dan sebagainya ke atas negerinya dan anak-anak bangsanya.
Akibat daripada peristiwa itu, maka saki baki pahlawan Islam yang hilang pedoman telah cuba meneruskan perjuangan menentang Belanda dan Inggeris dengan kekuatan dan keilmuan apa saja yang ada pada mereka asalkan mereka mampu. Dalam keadaan terdesak itu mereka berusaha memperolehi daya kekuatan yang yang luar biasa melalui amalan-amalan cara hulubalang, wirid-wirid, jampi serapah dan yang seumpama dengannya, melalui kaedah biasa dan setengah daripada mereka melalui Uzlah ( bertapa dan riadah ), maka datanglah pula jembalang-jembalang daripada Jin samada Jin Islam atau Jin Kafir yang berhubung dengan mereka, dengan cara Tanasukh Aruah ( penjelmaan ke dalam diri ) yakni kaedah menurun, istidraj, sihir atau silap mata yang menolong mereka menghasilkan hajat mereka, yang pada sangkaan mereka adalah malaikat-malaikat atau wali-wali atau Nabi Khidir a.s. yang telah datang berhubung dengan mereka.
Sementara itu di Tanah Jawa timbul pula fahaman Wahdatu Ujud yang tidak dapat membezakan di antara Wahdatul Ujud Marhumah ( dalam bab Sufi ) dengan Wahdatul Ujud Mazmumah ( dalam I’tiqad di panggil Hulluliah, Mulhid, Zindik ) sehingga tertegaklah kerajaan yang seumpama itu, iaitu kerajaan Mataram. Fahaman ini adalah hasil daripada pengaruh Syiah. Bermula dari sinilah wujud semula berbagai-bagai rupa bentuk amalan kerohanian, wirid-wirid dan jampi serapah yang menyeleweng dari aqidah syari’at Ubudiah Islamiah yang sebenar ke hadrat Allah seperti yang dibentangkan oleh ulama-ulama terdahulu yang mahir dan ahli pada babnya di dalam kitab-kitab karangan mereka.
Terdapat juga dari golongan ini yang memesongkan amalan-amalan mereka bagi kepentingan diri, dengan tujuan :
1. Langkah mempertahankan diri bagi mendapatkan kemegahan dunia ( hanya kepada bangsa semata-mata )
2. Amalan-amalan kebatinan dalam menuntut kemegahan.
3. Perubatan ( bomoh, tok pawang, tok bidan dan sebagainya )
4. Berlagak jadi tok sufi ( wali ) yang sentiasa mendapat jazbah ketuhanan.
Dari sini merebaklah amalan -amalan karut yang mendapat kekuatan luar biasa daripada bantuan Jin-Jin. Maka ramailah pahlawan-pahlawan Melayu serta tidak ketinggalan juga di Indonesia yang mempunyai pelbagai suku kaum mengambil amalan-amalan ini dengan tujuan untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh di samping untuk kepentingan masyarakat sekitarnya.
Akhirnya mereka telah lupa kepada ajaran-ajaran agama yang telah disampaikan kepada mereka, lalu mereka lebih mementingkan kekuatan material dan kebendaan semata-mata daripada kepentingan akhirat. Lebih jahat lagi, mereka menjadikan adat resam keturunan ke dalam syariat agama Islam sebagai satu amalan yang dimestikan, walaupun terang-terang amalan itu menyalahi ajaran Islam, samada dari segi Fiqh, Akidah, dan Akhlak.
( Akan bersambung nanti...InsyaAllah )
2.24.2013
PERIHAL BARANG KEBAL DAN KEBENARANNYA
" As'kum, Tuan Syeikh. Sy Zxxxx berasal dari Kedah. Berminat dengan
barang kayu kebal kulit yang tuan maharkan. Boleh diuji terus atau
mcamana Tuan? Sy btul2 berminat. Klu bleh diuji terus sy bank-in trus
skrg "
( S.M. Solihen ) " Wsalam, kayu ni memang kebal kulit sahaja tetapi kalau nak uji kna btul2 yakin. Yakin dgn kuasa Allah yang menjadikan manusia pka i kayu ni jd kebal. Bukan kayu ni ada kuasa kbal tsbut. Hrp mklum "
" Mknanya kena btul yakin ke Tuan? Ingtkn pegang trus kebal. Tkpelah nanti sy hubungi Tuan balik "
( S.M. Solihen ) " Ok. Wslam."
Sms di atas adalah contoh salah satu dari berpuluh-puluh dan mungkin beratus sms pasal barang kebal yang diterima oleh pengasas blog kami yang baru 5 tahun terlibat dengan perniagaan di internet ini. Realitinya ramai yang tercari-cari barang kebal ini kecewa dengan hasil dan manfaat barang-barang kebal yang dimaharkan, tetapi ramai juga yang berpuas hati dengan manfaat dan keberkesanan barang kebal tersebut. Persoalannya ialah kenapa dan mengapa??? Kami ingin berkongsi sedikit pengetahuan kepada anda tentang barang kebal ini.
Barang yang dikatakan mempunyai sifal kebal mempunyai 2 kategori iaitu :
1. Kebal Umum : Jika pemakai barang kebal umum ini ditembak maka tidak akan tercedera, Ditikam tidak lut, ditetak tidak berdarah dan jika dicederakan mungkin tidak merasa sakit.Malah jika benar-benar ampuh maka rambut atau sebarang bulu di anggota tubuh manusia dipotong maka tidak akan putus. Kekebalan barang ini juga tidak tertakluk kepada tempat dan kawasan. Maksudnya jika barang ini dibawa ke luar negara juga jika diuji di sana akan kebal dengan izin Allah.
2.Kebal Kulit : Jika pemakai barang kebal kulit ini ditembak maka akan cedera juga tetapi tidaklah teruk sebagaimana biasa. Mungkin boleh berdarah juga tetapi daging tidak hancur. Ditikam mungkin akan sedikit tergores tetapi tidaklah terlalu teruk. Jika ditusuk kulit dengan jarum maka tidaklah akan masuk ke dalam kulit. Jika ditetak maka insyaAllah tidak lut tetapi berbekas juga kulitnya. Sesetengah barang kebal kulit bersifat kebal di mana-mana tempat namun jika ada yang mempunyai pantang mungkin hanya kebal setempat sahaja. Maksudnya jika dibawa ke negeri lain dalam negara yang sama akan terjejas sifat kekebalannya itu.
Barang kebal umum dicari-cari oleh Guru Tarik Duit yang kononnya boleh digunakan sebagai medium utama untuk ritual ' Tarik Duit '. Bab realiti dalam 'Tarik duit' ini akan kami kupaskan untuk anda pada waktu yang akan datang.Realitinya barang-barang yang bersifat kebal ini mempunyai satu permasalahan dari segi keberkesanan dan khasiatnya yang kadang-kadang menjadi dan kadang-kadang tidak menjadi. Kenapa dan mengapa benda ini boleh terjadi??? Berdasarkan pengalaman kami lebih 10 tahun dalam bidang spiritual ini bersependapat bahawa kaedah pengujian dan keserasian antara pemilik barang dengan barang kebal itu sendiri memainkan peranan untuk barang kebal tersebut benar-benar terbukti berkesan. Antara masalah yang menyebabkan barang kebal ini tidak menjadi adalah :
1.Si pemakai mempunyai gangguan energi negatif. Bermaksud si pemakai barang kebal mempunyai masalah gangguan saka, sihir, sengkolo dan mungkin belajar ilmu-ilmu yang bersifat negatif secara sedar atau tidak.
2.Si pemakai beriktikad bahawa barang kebal itu benar-benar 'kebal' secara semulajadi dan menolak kekuasaan Allah secara tidak sedar bahawa hakikatnya ada sesuatu 'hikmah' yang Allah s.w.t. ciptakan barang tersebut menyebabkan ianya boleh memberikan kekebalan kepada si pemakai.
3.Barang kebal yang dimaharkan itu digunakan untuk niat atau tujuan yang tidak bagus seperti menurun nombor ekor dan sebagainya. Atau dimaharkan balik dengan harga yang melampau tingginya dari mahar asal yang dibeli dulu.
Biasanya barang kebal ini tidak kira dari segi kategori kebal umum atau kebal kulit biasanya mempunyai 'penjaga' yang terdiri dari golongan Muakkal yakni Malaikat yang menjaga khazanah bumi yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batuan, logam berharga dan mineral dalam tanah yang mana golongan Muakkal inilah yang ditugaskan oleh Allah untuk menjaga sekalian makhluk selain manusia dan jin yang ada di muka bumi ini. Golongan ini digelarkan sebagai Malaikat Hafazah atau Malaikat Penjaga.Golongan Muakkal ini adalah golongan makhluk suci yang menjaga keindahan dan khasiat setiap sesuatu benda yang Allah ciptakan selain dari manusia dan jin. Justeru itu jika berlaku masalah seperti yang diterangkan di atas maka keindahan barang kebal yang hendak diuji itu akan terganggu dan mungkin mengakibatkan barang kebal tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika diuji. Memandangkan masalah seperti ini sering berlaku kepada sesetengah pembeli barang kebal kulit dari pihak kami pada awal tahun 2009 lagi, maka pihak kami membuat satu langkah untuk menyelesaikan masalah ini dari terus berlaku. Setiap pemahar barang kami yang bersifat kebal kulit akan diberikan mandian Khas bertujuan SEMATA-MATA untuk :
1.Membersihkan segala energi negatif yang ada pada si pemakai secara sedar atau tidak sedar
2.Menyeimbangkan kekuatan 'aura' dan keberkesanan barang kebal kulit tersebut dengan si pemakai
3.Meningkatkan keberkesanan khasiat kayu kebal kulit tersebut
Pihak kami mengesyorkan supaya setiap pemahar barangan kebal kulit dari kami melakukan mandian Khas yang kami sertakan terlebih dahulu kerana secara realitinya bukan semua barang kebal kulit ini 'menjadi' dengan semua orang. Pihak kami menerangkan tentang hal ini secara jujur kerana tidak mahu perkara seperti ini berbangkit di kemudian hari. InsyaAllah semoga perkongsian maklumat ini berguna dan bermanfaat untuk kita semua. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
~ Artikel ini diterbitkan oleh pihak Pusaka Alam 2U atas keizinan pengasas blog Syeikh Muhammad Solihen ~
( S.M. Solihen ) " Wsalam, kayu ni memang kebal kulit sahaja tetapi kalau nak uji kna btul2 yakin. Yakin dgn kuasa Allah yang menjadikan manusia pka i kayu ni jd kebal. Bukan kayu ni ada kuasa kbal tsbut. Hrp mklum "
" Mknanya kena btul yakin ke Tuan? Ingtkn pegang trus kebal. Tkpelah nanti sy hubungi Tuan balik "
( S.M. Solihen ) " Ok. Wslam."
Sms di atas adalah contoh salah satu dari berpuluh-puluh dan mungkin beratus sms pasal barang kebal yang diterima oleh pengasas blog kami yang baru 5 tahun terlibat dengan perniagaan di internet ini. Realitinya ramai yang tercari-cari barang kebal ini kecewa dengan hasil dan manfaat barang-barang kebal yang dimaharkan, tetapi ramai juga yang berpuas hati dengan manfaat dan keberkesanan barang kebal tersebut. Persoalannya ialah kenapa dan mengapa??? Kami ingin berkongsi sedikit pengetahuan kepada anda tentang barang kebal ini.
Barang yang dikatakan mempunyai sifal kebal mempunyai 2 kategori iaitu :
1. Kebal Umum : Jika pemakai barang kebal umum ini ditembak maka tidak akan tercedera, Ditikam tidak lut, ditetak tidak berdarah dan jika dicederakan mungkin tidak merasa sakit.Malah jika benar-benar ampuh maka rambut atau sebarang bulu di anggota tubuh manusia dipotong maka tidak akan putus. Kekebalan barang ini juga tidak tertakluk kepada tempat dan kawasan. Maksudnya jika barang ini dibawa ke luar negara juga jika diuji di sana akan kebal dengan izin Allah.
2.Kebal Kulit : Jika pemakai barang kebal kulit ini ditembak maka akan cedera juga tetapi tidaklah teruk sebagaimana biasa. Mungkin boleh berdarah juga tetapi daging tidak hancur. Ditikam mungkin akan sedikit tergores tetapi tidaklah terlalu teruk. Jika ditusuk kulit dengan jarum maka tidaklah akan masuk ke dalam kulit. Jika ditetak maka insyaAllah tidak lut tetapi berbekas juga kulitnya. Sesetengah barang kebal kulit bersifat kebal di mana-mana tempat namun jika ada yang mempunyai pantang mungkin hanya kebal setempat sahaja. Maksudnya jika dibawa ke negeri lain dalam negara yang sama akan terjejas sifat kekebalannya itu.
Barang kebal umum dicari-cari oleh Guru Tarik Duit yang kononnya boleh digunakan sebagai medium utama untuk ritual ' Tarik Duit '. Bab realiti dalam 'Tarik duit' ini akan kami kupaskan untuk anda pada waktu yang akan datang.Realitinya barang-barang yang bersifat kebal ini mempunyai satu permasalahan dari segi keberkesanan dan khasiatnya yang kadang-kadang menjadi dan kadang-kadang tidak menjadi. Kenapa dan mengapa benda ini boleh terjadi??? Berdasarkan pengalaman kami lebih 10 tahun dalam bidang spiritual ini bersependapat bahawa kaedah pengujian dan keserasian antara pemilik barang dengan barang kebal itu sendiri memainkan peranan untuk barang kebal tersebut benar-benar terbukti berkesan. Antara masalah yang menyebabkan barang kebal ini tidak menjadi adalah :
1.Si pemakai mempunyai gangguan energi negatif. Bermaksud si pemakai barang kebal mempunyai masalah gangguan saka, sihir, sengkolo dan mungkin belajar ilmu-ilmu yang bersifat negatif secara sedar atau tidak.
2.Si pemakai beriktikad bahawa barang kebal itu benar-benar 'kebal' secara semulajadi dan menolak kekuasaan Allah secara tidak sedar bahawa hakikatnya ada sesuatu 'hikmah' yang Allah s.w.t. ciptakan barang tersebut menyebabkan ianya boleh memberikan kekebalan kepada si pemakai.
3.Barang kebal yang dimaharkan itu digunakan untuk niat atau tujuan yang tidak bagus seperti menurun nombor ekor dan sebagainya. Atau dimaharkan balik dengan harga yang melampau tingginya dari mahar asal yang dibeli dulu.
Biasanya barang kebal ini tidak kira dari segi kategori kebal umum atau kebal kulit biasanya mempunyai 'penjaga' yang terdiri dari golongan Muakkal yakni Malaikat yang menjaga khazanah bumi yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batuan, logam berharga dan mineral dalam tanah yang mana golongan Muakkal inilah yang ditugaskan oleh Allah untuk menjaga sekalian makhluk selain manusia dan jin yang ada di muka bumi ini. Golongan ini digelarkan sebagai Malaikat Hafazah atau Malaikat Penjaga.Golongan Muakkal ini adalah golongan makhluk suci yang menjaga keindahan dan khasiat setiap sesuatu benda yang Allah ciptakan selain dari manusia dan jin. Justeru itu jika berlaku masalah seperti yang diterangkan di atas maka keindahan barang kebal yang hendak diuji itu akan terganggu dan mungkin mengakibatkan barang kebal tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika diuji. Memandangkan masalah seperti ini sering berlaku kepada sesetengah pembeli barang kebal kulit dari pihak kami pada awal tahun 2009 lagi, maka pihak kami membuat satu langkah untuk menyelesaikan masalah ini dari terus berlaku. Setiap pemahar barang kami yang bersifat kebal kulit akan diberikan mandian Khas bertujuan SEMATA-MATA untuk :
1.Membersihkan segala energi negatif yang ada pada si pemakai secara sedar atau tidak sedar
2.Menyeimbangkan kekuatan 'aura' dan keberkesanan barang kebal kulit tersebut dengan si pemakai
3.Meningkatkan keberkesanan khasiat kayu kebal kulit tersebut
Pihak kami mengesyorkan supaya setiap pemahar barangan kebal kulit dari kami melakukan mandian Khas yang kami sertakan terlebih dahulu kerana secara realitinya bukan semua barang kebal kulit ini 'menjadi' dengan semua orang. Pihak kami menerangkan tentang hal ini secara jujur kerana tidak mahu perkara seperti ini berbangkit di kemudian hari. InsyaAllah semoga perkongsian maklumat ini berguna dan bermanfaat untuk kita semua. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
~ Artikel ini diterbitkan oleh pihak Pusaka Alam 2U atas keizinan pengasas blog Syeikh Muhammad Solihen ~
2.16.2013
PERIHAL PERNIKAHAN ANTARA JIN DAN MANUSIA ( Mengikut pengalaman pengasas blog sendiri )
( Gambar di atas sekadar ilustrasi semata-mata )
Assalamu’alaikum w.h.t dan salam sejahtera kepada semua
pelanggan Pusaka Alam 2U.
Baru-baru ini ada beberapa pelanggan kami yang
bertanyakan tentang pernikahan antara jin dan manusia serta hukumnya dalam
Islam. Maka di sini pihak kami berasa bertanggungjawab untuk menjawab
pertanyaan tersebut setelah bermusyawarah dengan beberapa orang guru yang arif
di dalam bidang ini.
Masalah perihal tentang pernikahan antara jin dan manusia
ini pernah dibahas oleh Imam Syibli Hanafi (769 h) dalam bukunya “Aakamul
Marjan” dan Dumairi dalam kitabnya “Hayatul Hayawan al-Kubra”. Pembahasan
meliputi permasalahan mungkinkah manusia menikah dengan jin? Dan bolehkah bila
itu terjadi. Kemungkinannya, kebanyakan ulama mengatakan mungkin dengan dalil
firman Allah kepada iblis “ berserikatlah dengan mereka (manusia) dalam harta
dan anak-anak mereka ” (Isra’ : 64). Hadis Rasulullah memperkuat ini “ Barang
siapa mengumpuli isterinya dengan tanpa membaca basmalah, maka syaitan akan
ikut andil bersamanya ” (Ibnu Jarir dalam Tahdzibul Atsar).
Pendapat yang mengatakan tidak mungkin beralasan kerana
manusia diciptakan dari bumi, sedangkan jin dari api, kedua unsur ini tidak
akan bersatu. Namun ini ditentang bahawa itu pada mulanya, tapi sekarang unsur
tersebut sudah tidak ada lagi pada manusia dan jin. Alasan kedua, tidak mungkin
ada hubungan seks antara kedua makhluk ini, kerana bagaimana boleh terjadi
sperma manusia mengalami proses pembuahan dalam rahim jin atau sebaliknya. Ini
juga ditentang bahawa pernikahan sepasang manusia yang sama sekali tidak
mungkin berhubungan seksual juga diperbolehkan.
Buku tersebut selanjutnya menceritakan kisah-kisah
terjadinya pernikahan antara manusia dan jin. Saya sendiri pernah mendengar dan
melihat seorang sahabat saya di Indonesia yang menikah dengan jin. Hukumnya
menurut syariat Islam yaitu para ulama berbeza pendapat. Yang pertama
mengatakan tidak boleh dikatakan oleh ulama Hambali, seperti termaktub dalam
fatwa Sirajiyah. Dalilnya firman Allah “ Dan Allah telah menjadikan untuk kalian
dari diri kalian isteri-isteri ” (an-Nahl : 72). Dan ayat “ Dan di antara
tanda-tanda kebesarannya, Allah menciptakan untuk kamu sekalian dari jenismu
isteri-isteri agar kalian tenteram dan dijadikan di antara kalian rasa kasih
dan sayang ” (ar-Rum:21).
Ayat-ayat ini jelas bahawa dalam pernikahan dengan jin
tidak menyimpan tujuan di atas dan perbezaan alam menghalang wujudnya hubungan
pernikahan yang sempurna. Pendapat kedua dari Hasan Basri dan Qatadah
mengatakan boleh. Ayat tersebut menurutnya, tidak menyatakan jelas keharaman
nikah antara manusia dan jin.Namun pendapat yang mengatakan boleh tetap
mengatakan bahawa pernikahan antara manusia dan jin hukumnya makruh, kerana
permasalahan yang mungkin timbul akibat pernikahan ini sukar menyelesaikannya
secara hukum. Misalnya terjadi cerai atau masalah nafkah, sulit diselesaikan
secara hukum. Imam Malik pernah ditanya tentang seorang lelaki dari bangsa jin
ingin menikahi perempuan muslimah. Beliau menjawab “ Saya melihat ini boleh
saja secara agama, tapi saya sangat tidak suka melihat wanita hamil, kemudian
ketika ditanya siapa suamimu, lalu dia bagitahu “ jin”. Lama-kelamaan para
pelaku hamil di luar nikah pun akan mengatakan hal yang sama, hingga berlaku
banyak kerosakan dalam Islam. Mazhab Maliki tetap mengatakan boleh disertai
makruh hukumnya lelaki manusia menikah dengan jin perempuan. Wallahu a’lam.
Adakalanya kita mendengar kisah perkahwinan di antara
manusia dan jin yang kebiasaannya orang Melayu menyebut orang Bunian. Apakah
pandangan Islam mengenai perkahwinan ini yang melibatkan sama ada manusia itu
lelaki ataupun perempuan. Dalam hal ini ada dua persoalan :
1) Kemungkinannya.
2) Pandangan syarak mengenainya.
Kalau dikaji dari segi kemungkinannya maka ianya tetap
berlaku. At Tabari berkata “ Mereka menyakini pernikahan dan persetubuhan
kadang-kadang berlaku di antara manusia dan jin sebagaimana firman Allah s.w.t
bermaksud :
" Dan desak serta pujuklah sesiapa Yang Engkau dapat
memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda
serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan
mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah
mereka (dengan janji-janjimu) ". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh
Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w
“Apabila seseorang suami menyetubuhi perempuannya dan dia
tidak menyebut nama Allah, maka mereka akan didatangi syaitan dan bersetubuh
bersama”.
Ibnu Abbas pula berkata :
“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam
keadaan haid, ia didahului oleh syaitan,. Apabila perempuan itu hamil, maka dia
akan mengandungkan khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin "
Ibnu Taimiah menguatkan pendapat ini dengan katanya : “
Terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak dan ini sesuatu yang
telah termaklum ”.
Nabi kita Muhammad s.a.w telah menegah kita bernikah
dengan jin. Para fuqaha berkata, tidak harus berkahwin di antara manusia dan
jin dan dimakruhkan pula oleh kaum tabiin, ini menunjukkan perkahwinan itu
boleh berlaku. Sekiranya tidak boleh berlaku pernikahan ini maka tidak akan
timbul hukum harus atau pun haram.
Ahli sejarah dan ahli-ahli hadis menceritakan tentang
kisah perkahwinan ini daripada Ulama Salafi terdahulu sebagaimana yang disebut
oleh Ahmad bin Sulaiman daripada A’masy katanya :
“Ada jin jantan yang berkahwin dengan kaum kami, dan aku
bertanya kepadanya apakah makanan yang paling kamu suka, maka jawab jin itu
nasi. Kami bawakan nasi berkenaan, maka kami nampak suapan terangkat sedangkan
orangnya tidak ada. Dan banyak lagi kisah mengenai perkahwinan ini sebagai
bukti berlakunya”.
Sekiranya ditanya bagaimana boleh berlakunya sedangkan
unsur manusia dari tanah dan jin dari api. Unsur tanah bagaimana ianya boleh
masuk ke dalam rahim jin yang berunsur api. Unsur tanah adalah sejuk dan lembut
sedangkan api panas dan tidak akan lahirnya keturunan. Maka jawapannya :
1) Walaupun mereka diciptakan daripada api tidaklah kekal
dengan kejadiannya yang asal itu, tetapi berubah setelah beranak pinak, makan
minum dan sebagainya. Sebagaimana anak Adam yang asalnya adalah tanah tetapi
sekarang sudah pun berubah daripada asalnya.Nabi kita Muhammad s.a.w
menceritakan bahawa lidah syaitan dirasakan sejuk apabila Nabi mencekiknya.
فمازلت
أخنقة حتي برد لعابه
Aku terus mencekiknya sehingga sejuk air liurnya. Ini
menunjukkan unsur asal sudah tidak ada lagi kalau masih daripada unsur asal
nescaya panas air liurnya.
2) Masalah hukum syarak. Jumhur ulamak seperti Al Hasan,
Qatadah, Ishak, dan Hakim mengatakan bahawa makruh hukumnya.
Tetapi pendapat Imam Malik bin Anas r.a mengatakan harus
tetapi tidak digalakkan. Abu Othman Said bin Al Abbas Ar Razi menulis di dalam
kitabnya
الاءاهام
والوسوـس
Mengenai perniakahan dengan jin, suatu kaum telah menulis
surat kepada Imam Malik bin Anas bertanya mengenai pernikahan dengan jin.
Katanya, di sana ada satu jin “ lelaki ” meminang seorang wanita manusia, dia
ingin supaya menjadi halal perhubungannya. Imam Malik menjawab, “ aku lihat
tidak ada apa-apa masalah di dalam agama tetapi adalah makruh kerana apabila
terdapat seorang wanita hamil dan ditanya siapa suaminya maka jawapannya JIN
maka akan timbul kerosakan di dalam agama kita.
Ada pula sesetengah ulamak mengatakan haram berdasarkan
firman Allah s.w.t bermaksud :
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum
lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan
kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir."
Sekiranya berlaku perkahwinan di antara manusia dan jin
tidak akan berlaku keserasian dan kemesraan di antara suami dan isteri
disebabkan berlainan bangsa. Maka hilanglah nikmat perkahwinan yang disebut
sebagai ketenangan (sakinah). Pendapat ini berdasarkan juga hadis Rasulullah
s.a.w daripada Mohd bin Yahya Al Qadie, daripada Basyar bin Umar, daripada Ibn
Lahiah daripada Yunus bin Yazid daripada Az Zuhri katanya Baginda Rasulullah
s.a.w telah melarang berkahwin dengan jin.
Perkahwinan di antara jin dan manusia akan timbul
perasaan tidak tenteram, takut, bimbang dan berbagai-bagai lagi. Tidak wujud
perasaan tenang, sakinah dan gembira. Oleh itu hilanglah nikmat perkahwinan
yang disebut dalam ayat tadi, iaitu tanda-tanda kebesaran Allah menjadikan
perkahwinan itu ketenangan, kemesraan, berkasih sayang dan sebagainya.
Tambahan pula timbul permusuhan di antara dua golongan
semenjak zaman berzaman sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka
berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang
mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu!
sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu
semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke
suatu masa (mati) ".
Berbalik kepada bagaimanakah pernikahan ini boleh terjadi
maka elok kiranya kita mengetahui serba sedikit tentang beberapa perkara
tentang pernikahan itu sendiri di dalam Islam. Perkara itu tebahagi kepada
rukun nikah, syarat bakal suami, syarat bakal isteri, syarat wali,
syarat-syarat saksi, syarat ijab dan syarat qabul.
RUKUN NIKAH
• Pengantin lelaki
• Pengantin perempuan
• Wali
• Dua orang saksi lelaki
• Ijab dan kabul ( akad nikah )
SYARAT BAKAL SUAMI
• Islam
• Lelaki yang tertentu
• Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
• Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
• Bukan dalam ihram haji atau umrah
• Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
• Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu
masa
• Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini
adalah sah dijadikan isteri
SYARAT BAKAL
ISTERI
• Islam
• Perempuan yang tertentu
• Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
• Bukan seorang khunsa
• Bukan dalam ihram haji atau umrah
• Tidak dalam idah
• Bukan isteri orang
SYARAT WALI
• Islam, bukan kafir dan murtad
• Lelaki dan bukannya perempuan
• Baligh
• Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
• Bukan dalam ihram haji atau umrah
• Tidak fasik
• Tidak cacat akal fikiran, gila, terlalu tua dan
sebagainya
• Merdeka
• Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB
menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak
sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita
hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil
kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.
JENIS-JENIS WALI
• Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah
bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya
atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu
mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
• Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak
dan berhak menjadi wali
• Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan
yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini
akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika
tiada yang terdekat lagi.
• Wali raja / hakim: Wali yang diberi kuasa atau
ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah
dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
SYARAT-SYARAT
SAKSI
• Sekurang-kurangnya dua orang
• Islam
• Berakal
• Baligh
• Lelaki
• Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
• Dapat mendengar, melihat dan bercakap
• Adil ( Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak
berterusan berbuat dosa-dosa kecil )
• Merdeka
SYARAT IJAB
• Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
• Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
• Diucapkan oleh wali atau wakilnya
• Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah (
nikah kontrak contoh perkahwinan ( ikatan suami isteri ) yang sah dalam tempoh
tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah )
• Tidak secara taklik ( tiada sebutan prasyarat sewaktu
ijab dilafazkan )
Contoh bacaan Ijab : Wali / wakil Wali berkata kepada
bakal suami:"Aku nikahkan / kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel
dengan mas kahwinnya / bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai ".
SYARAT QABUL
• Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
• Tiada perkataan sindiran
• Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya ( atas
sebab-sebab tertentu )
• Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah (
seperti nikah kontrak )
• Tidak secara taklik ( tiada sebutan prasyarat sewaktu
qabul dilafazkan )
• Menyebut nama bakal isteri
• Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebutan qabul ( akan dilafazkan oleh bakal suami
): " Aku terima nikah / perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas
kahwinnya / bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai " ATAU "
Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku ".
Selepas qabul dilafazkan Wali / wakil Wali akan
mendapatkan pengiktirafan / kesaksian dari para hadirin khususnya dari dua
orang saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi mengatakan lafaz
"SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.
Selanjutnya Wali / wakil Wali akan membaca doa selamat
agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan
mereka serta doa itu akan diaminkan oleh para hadirin.
Sejurus itu, mas kahwin / bayaran perkawinan / mahar akan
diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan
kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan
atau simbol pertalian kebahagiaan suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan
isteri mengucup / mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau
pipinya. Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana
sebelum akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk
terlebih dahulu.
Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai
tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya
mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak
aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian (
walimatul urus ) yang tidak perlu membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu
menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan
zina?
WAKIL WALI / QADI
Wakil wali / Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan
oleh institusi Masjid atau jabatan / pusat Islam untuk menerima tuntutan para
Wali untuk menikahkan / mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala
urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin, barangan
hantaran ( hadiah ), penyedian tempat berkahwin, jamuan makanan kepada para
hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya
perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan
berjalan lancar.Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan
dengan dengan sempurna, Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan
perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak
tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.Ini bagi
memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.Qadi
selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim ( yang mempunyai pengetahuan
dalam agama Islam dengan luas ) seperti Ustaz, Muallim, Mufti, Sheikh Ul-Islam
dan sebagainya.Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah
merdeka dan akhil baligh.
MAHAR
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki
kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas
kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah An-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar
yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil,
tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.
Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah
tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau
membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah
sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara
tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya
setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah
seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli
waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar
separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi
belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika
isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang,
suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib
memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
Jenis mahar
• Mahar misil : mahar saudara perempuan yang telah
berkahwin sebelumnya
• Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan
keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.
WALIMATULURUS
Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat ( seperti majlis
santapan makanan ) diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib ( terdapat
ulama mengatakan sunat ). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai
mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya
terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan
mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab
dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan
mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari
kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah
mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur
mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang
membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya
mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat
agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa
mempunyai rasa gharar ( was-was ) dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat
berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islam melarang
aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat
melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh
Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar, selain
memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada
hadirin. Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan
pengantin dan menimbulkan rasa ( seperti cemburu,gersang dan was-was ) dari
kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.
Segala apa yang diterangkan di atas adalah secara umumnya
pernikahan antara manusia sesama manusia mengikut syarat-syarat tertentu. Jika
berlaku pernikahan antara manusia dengan jin pula perlulah juga mengikut syarat
sekurang-kurangnya ada pengantin lelaki, pengantin perempuan, Wali Hakim , dua
orang saksi lelaki serta ijab dan kabul ( akad nikah ). Saya pernah menyaksikan
sendiri bagaimana pernikahan antara manusia dan jin dilakukan di Indonesia.
Syarat yang paling penting adalah guru yang akan menjalankan urusan pernikahan
tersebut mestilah ‘menzahirkan’ jin tersebut ke dalam bentuk manusia. Kerana
mengikut guru yang menjalankan urusan tersebut, tidak sah sekiranya semasa akad
nikah diadakan salah seorang pengantin itu masih berada di alam yang berlainan.
Saksi dan juga Wali Hakim perlu melihat dengan jelas kedua-dua pengantin lelaki
dan perempuan tersebut. Untuk mempermudahkan lagi urusan berkenaan biasanya
guru tersebut sendiri yang akan menjadi wakil wali atau Qadi bagi pernikahan
tersebut.
Sebelum pernikahan dijalankan maka guru tersebut akan
membuat satu perjanjian dengan jin dan keluarganya yang mana jin tersebut tidak
boleh menganiayai isteri ( jika jin adalah lelaki ) dan tidak boleh derhaka
kepada suami ( jika jin adalah perempuan ). Jika melanggar syarat tersebut maka
akan hancur musnahlah mereka dengan sendirinya. Berlainan pula dengan manusia,
jika manusia itu suami tidak boleh menganiayai isteri ( jin ) dan jika manusia
itu isteri tidak boleh menderhakai suami ( jin ) tersebut. Jika melanggar
syarat tersebut maka manusia tersebut boleh ‘dighaibkan’ ke alam jin dan
menjadi hamba di alam tersebut buat selama-lamanya. Jika syarat-syarat tersebut
telah dipersetujui maka barulah pernikahan tersebut akan dijalankan oleh guru
tersebut.
Berhubung dengan mahar urusan pernikahan yang perlu
dibayar kepada guru pula adalah sekitar RM10,000 ke RM30,000 bagi guru yang
boleh ‘menzahirkan’ jin ke dalam bentuk manusia tersebut. Saya sendiri pernah
melihat puteri jin yang telah dizahirkan dalam bentuk manusia tersebut
mempunyai wajah yang cantik dan mempesonakan. Boleh disentuh dan boleh dipegang
sebagaimana manusia biasa. Kelebihan dalam menggunakan khidmat guru sebegini
dalam urusan pernikahan ini adalah pasangan jin tersebut boleh ‘ghaib’ pada
bila-bila masa dan ‘zahir’ pada bila-bila masa mengikut kehendak pasangan yang
satu lagi. Bermaksud di sini setelah selamat dinikahkan maka pasangan jin (
manusia ) tersebut boleh melihat isteri atau suaminya tanpa perlu bantuan guru
atau mengamalkan apa-apa ilmu untuk tujuan berkenaan. Jika berlaku kelahiran
pula, anak yang dilahirkan pula boleh ‘dizahirkan’ ke alam kita atau ‘ ghaib ’
ke alam jin. Dan anak tersebut juga boleh ‘ zahir ’ atau ‘ ghaib ’ bila-bila
masa yang dikehendaki oleh dirinya sendiri sebagaimana ibu atau bapanya itu (
jin ) tersebut mempunyai keistimewaan itu sebelumnya.
Biasanya pernikahan ini dijalankan di Indonesia hanyalah
semata-mata bertujuan untuk mendapat kekayaan bagi manusia kerana pasangan jin
yang dinikahkan itu berupaya mencari kekayaan harta dunia kepada manusia yang
dinikahinya mengikut kenyataan guru yang menjalankan urusan pernikahan
tersebut. Tetapi memang ada benarnya kerana sahabat saya di sana yang merupakan
seorang pemandu teksi mempunyai duit yang banyak sedangkan tidak munasabah
pekerjaan seperti itu mampu memberikannya sebuah rumah banglo yang besar
beserta 3 buah kereta mewah yang mana saya sendiripun tidak mampu membelinya
buat masa sekarang. Saya sendiri pun pernah ditawarkan oleh guru berkenaan
untuk dinikahkan dengan puteri jin dengan mahar yang jauh lebih rendah
berbanding mahar biasa pada tahun lepas namun setelah memikirkan
sedalam-dalamnya maka saya mentah-mentah menolak pelawaan guru berkenaan dengan
cara yang baik.
Akhirul kalam, dalam perkara melibatkan pernikahan jin
dan manusia ini bukanlah perkara yang mudah. Pihak Pusaka Alam 2U sendiri pun
tidak mampu untuk ‘ menzahirkan’ jin dalam bentuk manusia yang sempurna,
masakan boleh pula kami menikahkan manusia dengan jin sedangkan syarat utama
tersebut pun masih tidak mampu kami laksanakan. Bukan apa, jika jin tersebut
boleh ‘dizahirkan’ dalam bentuk manusia yang sempurna maka apa-apa sahaja
‘barang berharga’ yang dibawa olehnya dari alam jin akan sempurna zahirnya juga
ke alam kita ini. Rugilah dan tidak ada apa-apa kelebihanlah jika bernikah
dengan jin tetapi tiada mendapat keistimewaan atau kekayaan daripada pernikahan
tersebut. Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. Diingatkan
sekali lagi, pihak kami TIDAK menyediakan perkhidmatan ‘pernikahan dengan jin atau puteri jin’
dan jauh sekali dengan ‘ RATU JIN ’ kepada anda, cuma artikel
ini diterbitkan sekadar menjawab pertanyaan beberapa pelanggan yang bertanyakan
akan hal ini kepada pihak kami. Semua kenyataan di dalam artikel ini adalah
benar untuk pengetahuan anda. Diharap artikel ini dapat memuaskan hati
pelanggan kami yang bertanya. Sekian, harap maklum dan terima kasih.
~ Artikel ini diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Solihen ~
2.14.2013
KAEDAH UMUM PUASA MENGIKUT KEILMUAN WALI SONGO
Kebelakangan
ini ada beberapa pelanggan yang bertanyakan tentang beberapa jenis puasa dan
kaedah menjalankan puasa tersebut. Pihak kami merasakan bertanggungjawab untuk
menerangkan secara terperinci perihal puasa ini kerana ada pihak yang bertanya
itu baru menceburi bidang spiritual ini. Pihak kami mengalu-alukan anda
menceburi bidang ini namun jika menuntut ilmu itu biarlah kena pada tempatnya.
InsyaAllah berikut adalah jenis-jenis puasa mengikut keilmuan Wali Songo :
1.Puasa
Nyireh : Tidak boleh makan dan minum minuman atau makanan yang mengandungi
unsur nyawa contohnya daging, telur, ikan, ayam dan sebagainya. Boleh sahaja
makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Puasa ini bermula sama macam puasa biasa
dan berakhir pada waktu maghrib hari yang sama.
2.Puasa
Mutih : Puasa yang mana berbuka dan bersahur hanya makan nasi putih dan air
masak atau air putih ( berwarna lutsinar sahaja ) Tidak boleh makan ikan,
garam,gula dan semua jenis buah-buahan serta sayur-sayuran. Puasa ini adalah
untuk menguatkan roh dan spiritual individu yang berpuasa tersebut.
3.Puasa
Patigeni : Tidak boleh makan, tidak boleh minum, tidak boleh tidur, menetap di
suatu tempat yang sepi dan kalau malam tidak boleh pasang lampu.Puasa bermula
selepas waktu maghrib dan berakhir pada waktu maghrib keesokkan harinya. Mengikut
guru Syeikh Muhammad Solihen sendiri yang pernah bertemu dengan ‘zat yang ujud ‘
pada salah seorang Wali Songo mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w mendapat wahyu
yang pertama setelah tidak sengaja mengamalkan Puasa Patigeni ini. Wallahu a’lam.
4.Puasa
Ngowong : Tidak makan dan tidak minum, boleh tidur sebentar tapi tak boleh
tidur lama, boleh keluar rumah atau tempat beramal asal perkara bermanfaat dan
tidak boleh melakukan maksiat. Puasa ini juga bermula dari waktu maghrib dan
berakhir pada waktu maghrib keesokkan harinya. Puasa ini biasa diamalkan oleh
ahli ilmu kewalian. ( Ahli sufi )
5.Puasa
Ngebleng : Tidak makan dan tidak minum jenis makanan dan minuman apapun. Tidak
boleh keluar dari bilik beramal keluali buang air kecil dan besar. Tidak boleh
tidur kecuali sebentar sahaja dalam 20-30 minit. Tidak boleh bercakap dengan
sesiapapun sewaktu beramal puasa ini melainkan membaca wirid atau amalan yang
dilakukan tersebut. Puasa ini juga bermula dari waktu maghrib dan berakhir pada
waktu maghrib keesokkan harinya. Puasa
ini biasa diamalkan oleh Wali Songo suatu ketika dulu.
6.
Puasa Staman : Antara puasa yang paling berat yang hanya manusia luar biasa
boleh lakukan jenis puasa seperti ini. Biasanya setelah berjaya puasa ini
dilakukan dengan sempurna maka seseorang itu dipercayai mempunyai kesaktian dan
karomah para wali. Berpuasa selama 7 hari atau 21 hari atau 44 hari atau 41
hari atau 40 hari mengikut sanad ilmu yang diamalkan. Bermulanya puasa selepas
waktu maghrib dan berakhir pada waktu maghrib keesokkan harinya. Berbuka dan
bersahur hanya makan cili api sebanyak 3 biji dan sesudu garam. Tidak boleh
minum air selama mengamalkan puasa tersebut. Boleh tidur sebentar tapi tak
boleh tidur lama, boleh keluar rumah atau tempat beramal asal perkara
bermanfaat dan tidak boleh melakukan maksiat. Jika pada waktu malam tidak boleh
pasang lampu dalam bilik beramal. Puasa ini biasanya di amalkan oleh wali-wali
Allah. Antara simbolik dan kelebihan amalan puasa ini diibaratkan makbul atau
mujarabnya ilmu pengamal puasa Staman ini seperti masinnya rasa garam. Jika
terkena ilmu pengamal puasa Staman ini pula maka pedasnya ilmunya ibarat pedasnya
lada yang dimakan.
Begitulah
serba ringkas ilmu tentang kaedah umum puasa mengikut keilmuan Wali Songo yang
jarang-jarang diketengahkan oleh individu yang mendakwa mereka mempunyai
dampingan atau ilmu daripada Wali Songo sendiri. Pihak kami bukanlah berasa
sombong dengan kenyataan ini cuma ingin menegaskan di sini bahawa pihak kami
mempelajari ilmu-ilmu daripada guru-guru yang mempunyai sanad ilmu kewalian
yang sahih dan sah. Segala nama dan ejaan puasa yang diterangkan adalah nama
yang sebenar-benarnya dan bukanlah rekaan daripada pihak kami. Kami mengajarkan
anda ilmu yang haq ( benar ) dan bukanlah ilmu batil ( tidak betul dan tidak
sah ). Mohon kemaafan jika terdapat kekurangan daripada pihak kami tentang
perkongsian ilmu ini. Harap maklum dan terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
BAYARAN
BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA
“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”
~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~
( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )
NO | NAMA BANK | NOMBOR AKAUN |
1. | MAYBANK
| 1630-1948-3075 |
2. | BSN
| 11105-29-00004105-4 |
3. | AMBANK
| 161-002-002698-0 |
4. | PUBLIC BANK
| 4-8714073-17 |
5. | TABUNG HAJI
| 630501048356540 |
6.
| CIMB BANK | 1305-0003830-20-8 |
7.
| RHB BANK | 1-13056-0008203-1 |
SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:
1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321
2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN
SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.
HUBUNGI KAMI
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami melalui panggilan atau SMS di talian :
017-5959321 (MASTER REIKI Tabib Tok Adi )
24 JAM InsyaAllah



