Tawaran Istimewa Dan Perubahan Nilai Mahar Ilmu

Sempena tahun ke-9 penubuhan blog Pusaka-ilmuanwali.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal tahun 2009,pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada pemahar keilmuan dan juga peminat ilmu ghaib kami melalui tawaran harga mahar ISTIMEWA khas untuk anda semua.Kami mempunyai ribuan pelanggan yang berurusan dengan kami yang kami jaga 'privasi' pembeli tanpa pemberitahuan tentang pembelian di atas sebab-sebab tertentu.Kami berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang spiritual dan mempunyai ramai penuntut dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Juga beberapa pelanggan dari negara Vietnam, Arab Saudi, Turkmenistan,Australia, Indonesia, Britain dan China.InsyaAllah barangan pesanan anda akan sampai paling awal sehari selepas pembayaran ilmu dibuat dan selewat-lewatnya 14 HARI jika tiada kesilapan teknikal ( untuk barangan umum ).Jika barangan khas terutamanya pengisian KHADAM maka tertakluk kepada tempoh masa pengisian dan urusan guru. InsyaAllah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami yang melayari blog ini. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 15 Mei 2012, Pihak Pusaka Ilmuan Wali telah membuat penambahbaikan dan pertukaran nilai mahar bagi beberapa ilmu beserta barangan PERCUMA khas untuk pelanggan-pelanggan yang memaharkan ilmu dari kami. Sila layari blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Pihak kami juga ingin memaklumkan tentang penambahan kos pos mengikut kawasan anda, HANYA untuk mahar ilmu yang bernilai BAWAH RM100 sahaja. Berikut adalah maklumat penambahan kos tersebut :

1. Sabah dan Sarawak - Tambahan RM15 untuk kos pos
2. Singapura - Tambahan RM60 untuk kos pos
3. Brunei - Tambahan RM70 untuk kos pos

( Pihak kami HANYA menggunakan perkhidmatan PosLaju Pos Malaysia sahaja.PEMBELIAN anda melebihi RM100 maka kos pos adalah percuma )

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tok Adi di talian 017-5959321 ( sms @ call ). Sekian, terima kasih.

MAHAR yang diletakkan untuk ilmu-ilmu di bawah adalah tetap. Tetapi di dalam sesetengah kes, bergantung juga kepada tahap masalah anda dan budi bicara guru ( Tok Adi ). InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya jika ada kemusykilan.
Sekian, terima kasih.

Memandangkan terlalu ramai pelanggan kami di dalam dan luar negara yang memohon Tawaran Diskaun Untuk Keilmuan terpilih dilanjutkan maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Disember 2017, Pihak Pusaka Ilmuan Wali

telah membuat TAWARAN DISKAUN 20% - 50% UNTUK KEILMUAN TERPILIH SAHAJA!!!
Untuk ahli baru, hanya sertai blog kami dan anda turut mendapat tawaran hebat ini. Hanya klik " join " di item Followers yang terdapat di sebelah kanan blog kami dan anda terus akan menikmati tawaran terhebat kami ini.Sila maklumkan penyertaan anda kepada kami semasa ingin memaharkan barangan kami.

1.Pihak Pusaka-Ilmuanwali Tidak berminat untuk berurusan dengan ‘ broker-broker ’ atau orang tengah dan sesiapa sahaja yang berkait dengan urusan BARANG KEBAL UMUM ATAU KEBAL KULIT, BARANG TEMBUS PANDANG, DELIMA MERAH AIR ( AZIMAH MERAH DELIMA ), GELIGA EMBUN HALIMUNAN DALAM AIR, KERIS BASAH, KERIS BERDIRI, KERIS BERGERAK dan sebagainya. Jika adapun Pusaka-Ilmuanwali memaharkan keilmuan seumpama ini, maka pihak yang HANYA kami mengalu-alukan adalah PEMBELI ATAU PEMAHAR SAHAJA. InsyaAllah barulah urusan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya.

2.Pihak Pusaka-Ilmuanwali tidak berminat dengan sebarang urusan ‘ tarik duit ’, pulihkan duit tarik, pulihkan emas tarik, pulihkan duit hancur dan berkara-perkara yang seumpamanya. Pihak Pusaka-Ilmuanwali mempunyai sebab tersendiri untuk menetapkan pendirian ini.

3.Pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak menawarkan Ilmu yang menggalakkan maksiat berlaku secara berleluasa iaitu Ilmu Menurun Nombor Ekor atau Berjudi, Ilmu Pengasihan untuk 'Gay' atau 'Lesbian' dan Khadam Pengasihan atau Pelarisan Bersifat 'HITAM'. Pihak kami mempunyai pendirian yang kukuh tentang hal ini.

4.Akhir sekali, pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak akan melayan dan tidak berminat untuk menjadi tempat bertanya kepada individu yang memaharkan keilmuan mistik dari sumber yang tidak ada kaitan dengan pihak Pusaka-Ilmuanwali sendiri. Melainkan untuk proses penambahbaikan dan pemulihan kekuatan barangan mistik itu sendiri. Mahar atas usaha tersebut akan dimaklumkan pihak kami setelah mendapat persetujuan hasil perbincangan dengan individu yang berminat untuk melakukan proses ini. InsyaAllah.

1.29.2013

MADAH PERJUANGAN ( KHAS UNTUK PEJUANG ISLAM SELURUH DUNIA )

Dikelilingi oleh cahaya matahari
Aku berjalan di atas jalan yang tiada noktah
Perasaan yang kuat berdegup di dada aku
Tidak kira apa bahaya yang aku perlu hadapi
Impian dan rentak di bawah langit yang berbintang
Kemusnahan terpancar dalam cermin kebencian
Aku bergerak ke arah impianku
Walaupun aku  merendah diri
Aku mahu menjadi tenaga hidup yang tertentu
Memacu diriku menghancurkan kejahatan dalam kegelapan dunia
Membawa sinar terang dari Timur
Yang akan menerangi seluruh alam jagad ini
Suatu masa yang pasti nanti…

1.21.2013

ADAB ORANG BERILMU



Adab merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Masakan tidak, ulama’-ulama’ silam memperuntukkan masa puluhan tahun untuk mempelajari ilmu mengenai adab sebelum mereka menuntut ilmu yang lain seperti fiqh, tasawuf, sirah, matematik, fizik dan lain-lainnya. Subhanallah, kerana memuliakan adab, ilmu mereka terus diberkati dan dilindungi sehingga sampai kepada kita hari ini. Alhamdulillah, mudah-mudaha semuanya bernilai ibadah. Pastinya, pahala-pahala akan terus mengalir buat kalian semua wahai pencinta ilmu Allah.

Allah memberikan untuk kita rahmat dan nikmat yang begitu banyak. Tidak terhitung angka, tidak terakam kata, tidak tersukat alat, tidak terjangkau akal dan tidak terkaji manusia. 
Maha Suci Allah, benarlah kalamMU:

“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya”
( Surah Ibrahim : 34 )

“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para siddiikin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya”
( Surah an-Nisa : 69 )

DAN KETAHUILAH, ILMU ADALAH NIKMAT TERINDAH DARI ALLAH BUAT HAMBANYA

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”
( Surah al-Mujadalah : 11 )

 “Tidaklah patut bagi orang yang tahu itu diam di dalam kejahilan(tanpa bertanya) dan juga tak sepatutnya orang yang berilmu itu diam dengan ilmunya(tidak mahu menyampaikan ilmunya)”
Hadith riwayat Imam al-Thabrani
Disini, kami kongsikan sedikit ilmu yang kami temui dalam pembelajaran dengan pengasas blog ( Syeikh Muhammad Solihen ) berkenaan adab orang berilmu:

1.  Hendaklah sentiasa mempelajari ilmu serta mengamalkannya.
2.  Hendaklah tetap sopan, lemah lembut dan tunduk.
3.  Tidak banyak berbual kosong.
4.  Tidak berdoa untuk kemegahan diri sendiri.
5.  Berlemah lembut sesama yang menuntut ilmu dan bersikap keras dengan orang yang menderhaka.
6.  Melayani orang yang ingin mengetahui pelajaran dari kita. Jangan terlalu kerap berkata “Saya tidak tahu”. Tetapi janganlah menjawab dengan ilmu yang salah untuk menunjukkan kepada orang lain kita ini berilmu.
7.  Bersikap jujur apabila ditanya untuk memberi kepuasan terhadap orang yang bertanya.
8.  Sudi mendengar hujah (alasan) dan menerimanya (sekiranya baik), sekalipun ia dari musuh kita.
9.  Sentiasa bertanya dalam perkara yang kurang tahu dan kurang faham.
10.Berlumba-lumba dalam mencari ilmu.
11.Bertekad dalam hati untuk menjadi manusia bijaksana dan dapat memberi manfaat kepada manusia lain.

MENUNTUT ILMU ADALAH TAQWA,
MENYAMPAIKAN ILMU ADALAH IBADAH,
MENGULANG-ULANG ILMU ADALAH ZIKIR,
MENCARI ILMU ADALAH JIHAD
~Imam al-Ghazali~

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Selamat beramal kepada semua.
Kaedah ada menyebut. “Jika tidak boleh membuat semuanya, jangan tinggalkan semuanya”  
InsyaAllah.

20 AMALAN YANG MEMPERMUDAHKAN DATANGNYA REZEKI



20 AMALAN DIPERMUDAHKAN REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan untuk setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya ialah:

1. Menyempatkan diri dalam beribadah
Allah tidak mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.). Banyakkanlah beribadah kepada Allah dengan ikhlas mengharapkan keredhaan Allah serta bukanlah menunjuk-nunjuk kepada manusia yang lainnya dan merahsiakan ibadah dari pengetahuan orang lain untuk mengelakkan timbul rasa riya’. Jika ada sedikit perasaan riya’ dalam beribadah maka haram bau syurga! Kerana riya itu termasuk dalam syirik kecil.

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan sayang pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.). Bersedekahlah dengan ikhlas dan sembunyikan sedekah dari pengetahuan orang lain. Ibarat tangan kanan yang bersedekah, tangan kiri pun tidak tahu.

14. Melazimi solat malam ( Tahajjud )
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah. Lakukan solat Tahajjud kerana Allah dan bukan kerana sebab duniawi kerana dibimbangi rosak amalan nanti. Lakukanlah dengan ikhlas sambil mengharapkan keredhaan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
 Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Jadilah kita golongan orang yang dicintai-Nya dan bukannya golongan yang tidak dicintai-Nya. InsyaAllah.

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya. InsyaAllah.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.). Bertawakkal hanyalah kepada Allah dan bukanlah makhluk selainnya yakni jin, bunian, dewa-dewi atau wali-wali Allah sekalipun. Janganlah juga percaya kepada tangkal, batu-batu hikmat dan barang-barang tiada bermanfaat yang boleh menyebabkan kita syirik dan menyekutukan Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. InsyaAllah.

1.12.2013

ILMU ALIN TELUR ( KAEDAH KALIMAH SUCI DARI AL-QURAN )

Maharnya : RM75.25 ( Pengisian sekali seumur hidup )



Ilmu Alin Telur ialah ilmu rawatan memindahkan penyakit ke telur ayam dengan cara mengalinkan telur ke tempat yang disyaki ada penyakit pada tubuh. Tidak kira penyakit zahir mahupun yang batin, bergantung kepada niat.

Sebelum proses mengalin dilakukan, telur tersebut akan di doakan agar mempunyai daya penawar dan selepas itu barulah dialinkan. Tidak kisah telur yang digunakan merupakan telur ayam biasa atau telur ayam kampung asalkan telur tersebut didoakan terlebih dahulu.

Orang ramai selalu menganggap apabila telur telah dialin, maka akan kelihatan darah atau benda-benda pelik setelah telur dipecahkan. Pengalaman penuntut ilmu kami, hanya beberapa telur sahaja berbanding puluhan telur yang telah penuntut kami alinkan yang mengandungi benda-benda pelik.InsyaAllah penyembuhan dengan menggunakan kaedah ini cepat kesannya.

Begitulah sedikit sebanyak tentang kaedah ilmu alin telur ini.Jika berminat sila hubungi kami di talian 017-5959321.


** ILMU INI ADALAH ILMU YANG BERSANAD DAN PENGASAS BLOG YAKNI TABIB TOK ADI MEMPUNYAI GURU YANG SAH DALAM MENGAMALKAN ILMU INI. ILMU INI BUKAN DIAMBIL DARI MANA-MANA BLOG ATAU BELAJAR MELALUI GOOGLE SEBAGAIMANA ADA PIHAK YANG MENABURKAN FITNAH TERHADAP PENGASAS BLOG SEJAK 2@3 TAHUN KEBELAKANGAN INI.HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH**

1.06.2013

19 Keistimewaan Wanita

 
Berbahagialah Menjadi Seorang Wanita Kerana diberi Keistimewaan Oleh Allah.


19 Keistimewaan Wanita

1. Do'a  wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar ke rumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam syurga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah  panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga . Masuklah dari mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada  suaminya dan keluarganya ( serta  menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT  memasukkan dia kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan  menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan  mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan  baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan  melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan dirinya baru dilahirkan ibunya

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT
Semoga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah.

BAYARAN

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA

“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”

~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~

( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )


NO

NAMA BANK

NOMBOR AKAUN

1.

MAYBANK

1630-1948-3075

2.

BSN

11105-29-00004105-4

3.

AMBANK

161-002-002698-0

4.

PUBLIC BANK

4-8714073-17

5.

TABUNG HAJI

630501048356540

6.

CIMB BANK

1305-0003830-20-8

7.

RHB BANK

1-13056-0008203-1

SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:

1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321

2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN

SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami melalui panggilan atau SMS di talian :

017-5959321
(MASTER REIKI Tabib Tok Adi )
24 JAM InsyaAllah