Tawaran Istimewa Dan Perubahan Nilai Mahar Ilmu

Sempena tahun ke-9 penubuhan blog Pusaka-ilmuanwali.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal tahun 2009,pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada pemahar keilmuan dan juga peminat ilmu ghaib kami melalui tawaran harga mahar ISTIMEWA khas untuk anda semua.Kami mempunyai ribuan pelanggan yang berurusan dengan kami yang kami jaga 'privasi' pembeli tanpa pemberitahuan tentang pembelian di atas sebab-sebab tertentu.Kami berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang spiritual dan mempunyai ramai penuntut dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Juga beberapa pelanggan dari negara Vietnam, Arab Saudi, Turkmenistan,Australia, Indonesia, Britain dan China.InsyaAllah barangan pesanan anda akan sampai paling awal sehari selepas pembayaran ilmu dibuat dan selewat-lewatnya 14 HARI jika tiada kesilapan teknikal ( untuk barangan umum ).Jika barangan khas terutamanya pengisian KHADAM maka tertakluk kepada tempoh masa pengisian dan urusan guru. InsyaAllah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami yang melayari blog ini. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 15 Mei 2012, Pihak Pusaka Ilmuan Wali telah membuat penambahbaikan dan pertukaran nilai mahar bagi beberapa ilmu beserta barangan PERCUMA khas untuk pelanggan-pelanggan yang memaharkan ilmu dari kami. Sila layari blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Pihak kami juga ingin memaklumkan tentang penambahan kos pos mengikut kawasan anda, HANYA untuk mahar ilmu yang bernilai BAWAH RM100 sahaja. Berikut adalah maklumat penambahan kos tersebut :

1. Sabah dan Sarawak - Tambahan RM15 untuk kos pos
2. Singapura - Tambahan RM60 untuk kos pos
3. Brunei - Tambahan RM70 untuk kos pos

( Pihak kami HANYA menggunakan perkhidmatan PosLaju Pos Malaysia sahaja.PEMBELIAN anda melebihi RM100 maka kos pos adalah percuma )

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tok Adi di talian 017-5959321 ( sms @ call ). Sekian, terima kasih.

MAHAR yang diletakkan untuk ilmu-ilmu di bawah adalah tetap. Tetapi di dalam sesetengah kes, bergantung juga kepada tahap masalah anda dan budi bicara guru ( Tok Adi ). InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya jika ada kemusykilan.
Sekian, terima kasih.

Memandangkan terlalu ramai pelanggan kami di dalam dan luar negara yang memohon Tawaran Diskaun Untuk Keilmuan terpilih dilanjutkan maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Disember 2017, Pihak Pusaka Ilmuan Wali

telah membuat TAWARAN DISKAUN 20% - 50% UNTUK KEILMUAN TERPILIH SAHAJA!!!
Untuk ahli baru, hanya sertai blog kami dan anda turut mendapat tawaran hebat ini. Hanya klik " join " di item Followers yang terdapat di sebelah kanan blog kami dan anda terus akan menikmati tawaran terhebat kami ini.Sila maklumkan penyertaan anda kepada kami semasa ingin memaharkan barangan kami.

1.Pihak Pusaka-Ilmuanwali Tidak berminat untuk berurusan dengan ‘ broker-broker ’ atau orang tengah dan sesiapa sahaja yang berkait dengan urusan BARANG KEBAL UMUM ATAU KEBAL KULIT, BARANG TEMBUS PANDANG, DELIMA MERAH AIR ( AZIMAH MERAH DELIMA ), GELIGA EMBUN HALIMUNAN DALAM AIR, KERIS BASAH, KERIS BERDIRI, KERIS BERGERAK dan sebagainya. Jika adapun Pusaka-Ilmuanwali memaharkan keilmuan seumpama ini, maka pihak yang HANYA kami mengalu-alukan adalah PEMBELI ATAU PEMAHAR SAHAJA. InsyaAllah barulah urusan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya.

2.Pihak Pusaka-Ilmuanwali tidak berminat dengan sebarang urusan ‘ tarik duit ’, pulihkan duit tarik, pulihkan emas tarik, pulihkan duit hancur dan berkara-perkara yang seumpamanya. Pihak Pusaka-Ilmuanwali mempunyai sebab tersendiri untuk menetapkan pendirian ini.

3.Pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak menawarkan Ilmu yang menggalakkan maksiat berlaku secara berleluasa iaitu Ilmu Menurun Nombor Ekor atau Berjudi, Ilmu Pengasihan untuk 'Gay' atau 'Lesbian' dan Khadam Pengasihan atau Pelarisan Bersifat 'HITAM'. Pihak kami mempunyai pendirian yang kukuh tentang hal ini.

4.Akhir sekali, pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak akan melayan dan tidak berminat untuk menjadi tempat bertanya kepada individu yang memaharkan keilmuan mistik dari sumber yang tidak ada kaitan dengan pihak Pusaka-Ilmuanwali sendiri. Melainkan untuk proses penambahbaikan dan pemulihan kekuatan barangan mistik itu sendiri. Mahar atas usaha tersebut akan dimaklumkan pihak kami setelah mendapat persetujuan hasil perbincangan dengan individu yang berminat untuk melakukan proses ini. InsyaAllah.

4.21.2012

SAKA : CARA-CARA MENDAPAT SAKA TANPA DIKETAHUI KEHADIRANNYA OLEH KITA


Saka dalam bahasa melayu merujuk kepada pusaka atau tinggalan nenek moyang yang bukan berbentuk harta kekayaan atau wasiat yang bersifat nyata. Saka lebih dilabelkan sebagai penyakit warisan keturunan atau virus spiritual yang menyerang manusia tanpa disedari kewujudan malahan kehadirannya. Masyarakat kita yang moden sekarang hanya menjangkakan saka hanyalah diperolehi jika seseorang individu yang belajar ilmu hitam dan bersifat jahat sahaja. Sedangkan hakikatnya terlalu banyak jalan atau cara untuk kita mendapat saka tanpa perlu menerima saka daripada keturunan sendiri. Seperti mana yang ita sedia maklum, syaitan dan iblis merupakan musuh terhebat manusia dari awal keturunan Nabi Adam a.s. lagi. Jangka hayat hidup mereka pun telah menjangkau ribuan tahun malah mungkin jutaan tahun yang mana tidak tercatat dalam sejarah apakah waktu yang sebenarnya Nabi Adam a.s dikeluarkan dari syurga ke bumi ini. Mengikut pandangan Syeikh Muhammad Solihen, golongan syaitan dan iblis dapat memasuki jasad manusia pada empat waktu dan keadaan iaitu semasa manusia berasa sangat gembira, semasa berasa sangat sedih, semasa berasa sangat marah dan semasa berasa sangat bernafsu iaitu sangat berkehendakkan sesuatu. Saka yang merupakan Jin yang bersekongkol dengan syaitan dan iblis juga berkebolehan untuk menyertai pakatan untuk menyesatkan manusia secara beransur-ansur. Sebab itu di dalam Islam sangat menerangkan supaya kita perlu mempunyai sifat wasatiah iaitu bersederhana dalam setiap apa yang dikerjakan dan mengimbangi antara keperluan di dunia dan di akhirat. Jika tidak sudah semestinya kita akan menemui salah satu daripada apa yang tidak diingini untuk kita hadapinya iaitu saka yang merupakan salah satunya.

Salah satu cara saka dapat mendampingi diri kita adalah melalui sikap kita sendiri, panas baran contohnya. Sikap panas baran dan pemarah adalah satu sikap di mana menunjukkan kelemahan manusia itu sendiri dalam menahan diri dan bersabar. Sabar itu adalah separuh daripada iman bukannya seperti yang disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak iaitu hanya sebahagian daripada iman. Menurut Syeikh Muhammad Solihen, sebab itulah Rasulullah S.A.W menuntut kita supaya bersabar semasa kita mengalami kesusahan lebih-lebih lagi ketika kita sedang marah. Ingatlah bahawa sekuat-kuat manusia di dunia bukanlah kuat seperti Badang yang gagah perkasa tetapi mereka-mereka yang dapat menahan kemarahannya. Jika kita seorang yang bersikap panas baran maka kita adalah selemah-lemah manusia yang dinilai di sisi Rasulullah S.A.W secara umumnya dan Allah s.w.t secara khasnya. Syeikh Muhammad Solihen menambah bahawa 90% pesakit yang mengalami kerasukan dan mudah didampingi saka adalah mereka yang mudah panas baran dan mudah bersedih di atas dugaan dan cubaan yang dihadapi. Apa yang penting dan harus kita ingati adalah setiap ujian dan cubaan itu datang daripada Allah, maka apa yang datang dariNya akan kembali kepadaNYA. Maka mengapa harus ditangisi dan dikesalkan di atas apa yang berlaku. Redhailah ujian Allah kepada kita jika sekiranya kita mengharapkan redha Allah s.w.t. kepada kita. Dengan itu hati kita akan sentiasa tenang dan aman dari sebarang perasaan yang tidak diingini.

Terdapat juga kes yang mana berlaku kepada dua individu yang berbeza peringkat umurnya iaitu seorang pemuda lelaki berumur awal 20-an dan seorang budak berusia 10 tahun mendapat tumpangan yang sudah menjadi saka dalam diri. Bukan kerana latar belakang keluarga yang sudah mengetahui wujudnya saka dalam keluarga tetapi tetap berpotensi mendapat saka. Pemuda tersebut mempunyai tabiat buruk yang mana suka menonton filem lucah dan pernah hampir ‘terlanjur’ dengan seorang kenalan perempuan sebaya dengannya satu ketika dulu. Oleh kerana masalah terlampau kemaruk dengan aksi lucah maka pemuda ini berkelakuan aneh dan kadang-kadang hanya terperap di bilik seharian. Ibu bapa pada mulanya menjangkakan anak mereka hanya tertekan dengan pelajaran memandangkan pemuda tersebut masih belajar di pusat pengajian tinggi, namun hal ini semakin menjadi-jadi setelah adik perempuannya sendiri hampir diperkosa oleh pemuda berkenaan. Memandangkan keadaan menjadi semakin teruk ibu bapa terbabit telah menemui Syeikh Muhammad Solihen untuk tujuan perubatan. Setelah diamati secara terperinci maka, sejenis Jin telah mengawal sebahagian besar dari pemuda ini dan sudah menjadi saka akibat perubatan tidak senonohnya yang suka menonton video lucah. Setelah dilakukan proses pembuangan saka dan melalui proses penyucian jiwa maka pemuda tersebut sudah kembali normal dan tidak lagi melakukan tabiat tidak senonoh tersebut. Mengenai budak yang berusia 10 tahun pula, menurut Syeikh Muhammad Solihen budak ini terlalu suka bermain permainan video. Dipendekkan cerita, budak ini akan menangis dan meraung jika tidak dapat bermain permainan video terbabit. Sampai satu saat di mana budak ini sendiri terdengar suara yang menyuruhnya bermain tanpa mempedulikan tentang persekolahan dan keadaan di sekeliling. Oleh kerana terlalu taksub dan suka kepada permainan video maka ada seekor Jin yang merasuk dan mengawal budak tersebut tanpa diketahui oleh ibu dan bapanya. Namun dengan usaha dan ikhtiar yang dilakukan maka budak tersebut sudah diselamatkan dan dipulihkan dengan baik. Mungkin di luar sana ada yang akan ketawa mendengar kisah ini tetapi yakin dan percayalah bahawa hal ini benar-benar berlaku kata Syeikh Muhammad Solihen.

Kebelakangan ini semakin banyak perguruan yang mengajarkan ilmu khadam dan kebanyakkannya walhal batu permata pun mempunyai khadam. Khadam yang dimaksudkan adalah penjaga kepada sesuatu. Tidak dinafikan setiap ciptaan Allah itu ada penjaganya, tetapi kita tidak digalakkan menyeru khadam kerana mereka boleh datang dalam pelbagai bentuk. Meskipun yang kita panggil adalah Jin Islam tetapi adakah empunya diri yang sebenar-benarnya datang kepada kita? Oleh itu berhati-hatilah dengan barangan berkhadam. Barangan berkhadam mempunyai banyak kategori khadam, khadam tidak semestinya menetap dalam barangan tersebut. Ada yang diikat dan terpaksa menetap dalam barangan tersebut. Ada juga khadam yang datang secara tiba-tiba pada barangan tersebut kerana mungkin barang tersebut sudah dikosongkan khadamnya. Khadam yang paling teruk adalah merupakan SAKA kepada barangan tersebut. Biasanya barangan tersebut sudah bermandi darah dan mempunyai sejarah penggunaan yang berunsur syirik seperti pemujaan dan ritual melibatkan unsur-unsur ilmu hitam dan sihir. Melalui pengalaman Syeikh Muhammad Solihen, bukan sekadar dengan membuang ke laut, merendam dengan air laut, dengan membaca ruqyah, serapah mantera,merendam dalam air yasin atau direnjiskan dengan air bacaan ayat tertentu dapat membuang khadam atau penjaga sesuatu barangan mistik dan berkhadam. Ada beberapa kaedah tertentu dan cara yang praktikal untuk membuang dan memisahkan barangan tersebut dengan khadam atau penjaganya. Juga perlu ditentukan dahulu antara khadam atau penjaga kerana kedua makhluk ini berbeza tugasnya. Hanya sesetengah perawat dan individu yang berilmu tinggi sahaja yang tahu membezakan antara khadam dan penjaga. Jika tidak tahu untuk membezakan antara khadam dan penjaga maka biasanya mereka yang dianggap pengamal perubatan oleh sesetengah pihak perlu berhati-hati kerana mereka ini sebenarnya tidak mampu untuk mengosongkan khadam atau penjaga sesuatu barangan mistik tersebut. Jika barangan mistik ini mempunyai khadam atau penjaga seperti jin kafir atau makhluk ghaib yang jahat maka jangan pelik jika sekiranya satu hari nanti kita akan mendapat saka percuma dari barangan tersebut.Ilmu-ilmu yang dipelajari juga perlulah di dasari dengan niat kerana Allah atau mendekatkan diri kepadaNya. Bukan kerana inginkan kelebihan dan juga ingin menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri. Hakikatnya segala kelebihan dan keberhasilan itu datang daripada Allah, maka adalah terlebih baik mendalami ilmu mengenal diri dan mengenal pencipta barulah kita tidak akan tersesat dalam dunia yang mencabar pada hari ini.

Saka juga boleh diperolehi oleh individu yang suka berjumpa bomoh atau perawat yang disangkakan baik dan berimej ustaz atau orang yang alim yang mana mungkin sebahagiannya mempunyai dampingan, khadam dan mungkin jin kafir yang berupa saka kepada perawat tadi. Bukan semua perawat yang berimej baik pada pandangan mata kasar adalah baik dari segi ilmunya. Kadang-kadang pernah juga ditemui oleh Syeikh Muhammad Solihen, imam dan bilal masjid yang mengamalkan Ilmu Polong dan Hantu Raya. Jangan pelik jika keadaan ini benar-benar berlaku kerana realiti kehidupan sememangnya pelik dan menghairankan. Malah ada juga bomoh yang dianggap baik dan berkopiah sepanjang masa mengamalkan Ilmu Santau. Tidak kira jenis Santau Angin, Santau Bayang, Santau Racun atau banyak lagi jenis santau yang lain. Biasanya masyarakat kita hanya mengetahui tentang santau angin tetapi menurut Syeikh Muhammad Solihen, pengertian tentang santau itu banyak sebenarnya.Ada juga perawat yang mempunyai ilmu yang tinggi dan baik tetapi kelihatan seperti orang biasa sahaja kerana mungkin kerana mereka ini ‘low-profile’ dan merendah diri meskipun mempunyai ilmu yang tinggi. Biasanya mereka tidak berimej ustaz atau orang alim kerana mereka lebih suka menyembunyikan identiti mereka dari orang ramai kerana atas tujuan tertentu. Ibarat kata pepatah bekas yang berisi penuh kalau digoncang akan diam, tetapi bekas yang tidak berisi penuh akan berbunyi bising jika digoncang dengan kuat. Bermaksud orang yang tinggi ilmunya hanya diam dan tidak suka menunjuk-nunjuk, hanya orang yang berilmu cetek suka menunjuk-nunjuk dan bising lantaran tiada adab dalam berilmu kerana suka memperagakan kelebihan diri kepada orang lain. Tetapi jangan pula disalah ertikan kenyataan ini kerana memang terdapat juga perawat yang berimej baik lantaran kebajikan yang ada pada dirinya yang berlandaskan syariat.
Pengamal ilmu hitam dan ahli sihir biasanya jika sudah meninggal dunia akan meninggalkan saka kepada keturunannya yang ada. Biasanya saka jenis ini adalah saka dalam sebagaimana yang diterangkan oleh Syeikh Muhammad Solihen yang mana saka ini boleh ditugaskan untuk melakukan pelbagai kerja dan suruhan. Maka bila mana ilmu yang diamalkan memakan diri, maka kerja-kerja pelepas atau pindah milik kepada tuan yang baru biasanya akan dilakukan. Mungkin kita tidak mengetahui kisah ini tetapi ramai juga yang telah menemui Syeikh Muhammad Solihen mengalami masalah ini. Biasanya mereka ini akan diberikan tangkal, azimat, barangan berkhadam atau ilmu oleh bomoh-bomoh seperti ini dan mendapat saka percuma. Sudahlah duit ringgit melayang, saka pula yang diperolehi secara tidak sedar. Biasanya mereka yang aktif melakukan kegiatan seperti ini sebenarnya sudah tidak sanggup untuk menjaga khadam atau saka yang berdampingan dengan mereka. Petua yang paling senang untuk mengenali perawat atau bomoh seperti ini adalah mereka yang semasa melakukan proses rawatan hanya senyap dan mulut terkumat kamit membaca sesuatu yang kita tidak dapat dengar dengan jelas. Jika pada permulaan perawat membaca Al-fatihah dan suatu masa diam serta mulut kelihatan terkumat-kamit juga mungkin tidak boleh dipercayai juga status keilmuan seseorang itu baik atau tidak. Biasanya perawat yang baik akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan jelas dan memperjelaskan tujuan rawatan jika terdapat sebarang kekeliruan atau sebarang perkara yang berbangkit. Perkara yang paling teruk akan berlaku apabila kita menemui bomoh ilmu hitam, sihir atau santau yang mana atas tujuan mengkhianati orang lain dan diberikan pendinding. Kononnya dibimbangi individu yang dikhianati akan membalas balik kepada kita dan bomoh tersebut. Kesan daripada perkara ini lagi teruk, sudahlah mendapat saka percuma dari pendinding tersebut, kalau bomoh tersebut mendapat ‘bala’ daripada Allah atas perbuatannya itu dalam masa yang sama khadam dan pendamping dari bomoh dan juga pendinding yang diberi akan menyerang kita secara berturutan kerana ingin mendapat perlindungan serta membahagi sama rata siksa dan kesakitan yang dialami setelah mendapat pembalasan atau bala daripada Allah. Jadi berfikirlah sedalam-dalamnya jika kita ada hati ingin bersekongkol dengan mereka yang ada kaitan dengan Jin, Iblis dan Syaitan. Kerana jika bala sudah menimpa maka tidak ada satupun makhluk atau hamba ciptaan Allah yang mampu menghalang pembalasan drastik daripada Allah oleh kerana perbuatan jahat yang menganiayai dan menzalimi manusia yang lain semata-mata kerana menurut hasutan hawa nafsu dan syaitan serta untuk memuaskan hati kerana sifat dengki atau atas sebab yang lain. Ingatlah bahawa doa orang yang dizalimi tanpa sebab yang munasabah tiada hijab di sisi Allah dan diterima oleh Allah tanpa ada halangan dan batasan waktu.

Pemakaian susuk juga boleh mengundang saka dan padah kepada pemakai dan pengamalnya. Jika kita lihat kepada hukum memakai susuk adalah jelas di mana hukumnya adalah haram. Banyak sebab kenapa susuk haram dipakai oleh umat Islam kerana terlalu banyak mudaratnya kepada kita. Salah satu sebab adalah kerana pemakaian susuk berselindung dengan keterlibatan makhluk halus. Sudahnya boleh menjadi saka kepada pengamal susuk dan akan turun kepada orang lain yang biasanya mempunyai pertalian darah. Dalam hal ini mungkin mereka yang tidak berdosa akan mendapat bahana kesan daripada perbuatan memakai susuk ini. Tidak kiralah apa sahaja pun jenis susuk iaitu susuk pemanis, susuk kuat kederat, susuk kebal, susuk di kemaluan dan pelbagai jenis susuk lagi. Sudah ramai juga yang memakai susuk bertemu dengan Syeikh Muhammad Solihen untuk membuangnya namun proses buang susuk bukanlah senang. Hendaklah dimatikan dulu kuasa susuk dan dibuang jin yang menghuni susuk tersebut, barulah boleh dipulihkan kembali seri wajah, kekuatan badan dan sebagainya. Sebaik-baiknya amalkanlah membaca Surah Yusuf dan basuh muka dengan air embun yang dicampur bersama dengan air mawar pada awal bangun tidur waktu pagi. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan bercahaya. Cara ini lebih baik diamalkan berbanding dengan amalan memakai susuk.

Ada juga kes di mana terdapat beberapa orang pesakit yang mendapat saka kerana disihir terlalu lama. Keadaan ini berlaku kerana jin yang disuruh melakukan sihir tersebut telah menetap terlalu lama di dalam tubuh pesakit atau bomoh iaitu tuan kepada jin yang melakukan sihir tersebut telah meninggal dunia. Oleh kerana tiada tempat untuk bergantung maka jin tersebut telah menjadikan manusia yang disihir tersebut sebagai perumahnya. Biasanya kes yang melibatkan sihir yang terlalu lama ini melebihi 7 hingga 10 tahun berpotensi menjadi saka kepada diri pesakit tersebut tanpa disedari. Biasanya proses rawatan untuk kes sebegini perlu melalui beberapa peringkat iaitu proses buang dan memutuskan ikatan saka diikuti dengan proses rawatan sihir dan penyembuhan kepada roh, jasad dan semangat pesakit. Oleh kerana sulitnya proses ini ada juga sebahagian bomoh atau perawat yang mengambil kos rawatan yang tinggi namun perlu dilihat hasil dan kesannya selepas rawatan dibuat. Jika sekiranya ada perkara berbangkit maka berkemungkinan pengupah sihir tersebut mencari bomoh yang lain untuk melakukan sihir atau sememangnya bomoh atau perawat yang merawat mangsa sihir tersebut tidak mampu menangani kes tersebut. Untuk menghentikan kegiatan yang merugikan masyarakat kita ini jalan yang terbaik adalah memulangkan kembali sihir atau mengosongkan sahaja ilmu bomoh yang melakukan sihir tadi. Tetapi hanya sebahagian perawat sahaja yang mampu melakukan hal yang sedemikian dengan berjaya. Tetapi cara tersebut boleh dipakai dengan niat untuk memberikan kesedaran kepada pengupah dan penyihir di atas perubatan mereka supaya menghentikan kegiatan mereka tersebut.

Akhir sekali terdapat juga kes mendapat saka percuma daripada kegiatan menarik harta qarun, tarik duit dan menurun nombor ekor. Syeikh Muhammad Solihen pernah mengubati pesakit yang mendapat gangguan dan halusinasi yang teruk akibat terlibat dalam kegiatan seperti ini. Satu kes di mana seorang pesara guru yang suka menyertai proses menurun nombor telah banyak kali bermimpi didatangi orang tua yang berimej seperti alim ulamak memberikan amalan kepadanya untuk mendapat nombor ekor telah berjaya memperolehi wang yang besar hasil pertaruhannya dalam kegiatan yang diharamkan oleh Islam itu. Dia telah melakukan amalan tersebut tanpa diketahui oleh orang lain dan kerap kali mendapat ‘ wang besar ’ apabila membeli nombor ekor. Tanpa disedari dia telah mengikat perjanjian dengan makhluk halus yang disangkakan baik tersebut. Bermula dengan sifat tamak yang mula menguasai minda, pesara guru tersebut mula melakukan pemujaan untuk mendapatkan hadiah yang lebih besar namun lama-kelamaan duitnya pula yang habis. Ada barang yang terbakar secara misteri di rumah dan mendapat bayangan menakutkan siang dan malam. Keadaan menjadi semakin menakutkan bila pesara guru tersebut menjadi sakit dan puas berubat di hospital dan berjumpa dengan ramai perawat alternatif namun keadaan menjadi semakin teruk. Dengan izinNya setelah berjumpa dengan Syeikh Muhammad Solihen maka keadaannya semakin tenang kini. Begitu juga dengan beberapa individu yang mendapat gangguan yang tidak diingini setelah menyertai kegiatan menarik harta qarun dan tarik duit. Ada yang pernah berjaya mendapat apa yang dihajati mengalami gangguan dan penyakit yang pelik serta terikat dengan perjanjian antara bomoh yang mengusahakan kegiatan menarik harta qarun dan tarik duit tersebut. Tidak terlepas juga kepada makhluk halus yang pernah menjaga khazanah atau duit tersebut di mana mereka ini berpotensi menjadi saka kepada individu yang dianugerahkan dengan harta atau duit tersebut. Tetapi ramai juga yang tertipu dengan kegiatan seperti ini yang mana hanya membuang masa dan wang kepada bomoh yang menjanjikan kemewahan dan tertipu dengan muslihat mereka. Yang paling menyedihkan adalah, terdapat juga individu yang menjadi taksub dan secara membuta-tuli mempercayai bomoh tersebut seratus peratus hanya kerana diperlihatkan kelebihan yang ditunjukkan oleh bomoh tersebut dan mempercayai bomoh tersebut berdampingan dengan wali-wali Allah yang sudah meninggal dunia. Tetapi menurut pengalaman Syeikh Muhammad Solihen, kebanyakan ‘bomoh tarik’ ini jika secara terang-terangan menipu pengikut mereka dengan pelbagai istilah seperti dam contohnya untuk membayar apa sahaja barang yang berjaya ditarik sebenarnya mempunyai dampingan atau khadam yang tidak baik dan biasanya dibantu oleh jin kafir yang sengaja mahu menyesatkan dan merugikan manusia. Jika bayaran dam yang dikenalkan itu sebahagiannya dimasukkan sendiri oleh pengikut bomoh tersebut ke tabung masjid atau diberikan kepada asnaf-asnaf yang Wajib di dalam agama Islam itu tidak mengapa. Tetapi sebaliknya pula diambil sepenuhnya oleh bomoh tersebut. Seharusnya mereka yang mengikuti kegiatan bomoh seperti ini memantau pergerakkan bomoh ini mengagihkan duit ini kepada tempat yang sepatutnya. Bukan percaya seratus-peratus kepada bomoh tersebut. Tidak menghairankan juga di mana biasanya jin kafir yang menjadi khadam atau pendamping kepada bomoh ini juga mempunyai pakatan dengan Iblis dan Syaitan. Akhirnya jika bomoh tersebut meninggal dunia, semua pengikut yang taksub ini akan mendapat ‘saham’ di dunia iaitu saka yang akan mengganggu dirinya dan ahli keluarga yang lain. Sudahlah duit melayang kepada bomoh tersebut,  penyakit percuma pula yang dapat.Maka fikir-fikirkanlah sendiri siapa yang rugi dan siapa yang untung di dunia serta di akhirat kata Syeikh Muhammad Solihen menutup bicara. Sebarang pertanyaan untuk masalah berkaitan dengan saka boleh menghubungi Syeikh Muhammad Solihen di talian 017-5959321.

Kebenaran tentang saka


SAKA DAN CARA MEMBUANGNYA
Bercakap mengenai ‘saka’ , mesti ramai yang mengatakan bahawa ‘saka’ adalah Jin peliharaan nenek moyang kita yang terdahulu. Biasanya digunakan untuk membantu menjaga rumah, menjaga keluarga, ladang dan ada juga untuk tujuan perubatan serta persilatan.tetapi mengikut pandangan Syeikh Muhammad Solihen seorang pengamal perubatan Islam, saka mempunyai pengertian yang luas dan mendalam. Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau keturunan jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan. Sebenarnya, apa saja jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, polong, pelesit,  jin silat, jin tariqat, jin perubatan dan perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

            Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin atau nenek moyang yang turun daripada orang tua  seperti datuk, nenek, bapa, bapa saudara dan ahli keluarga yang lain kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya seperti anak, cucu, anak saudara dan adik-beradik. Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka. Jin-jin silat atau seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tidak ada seolah-olah tidak lengkap hidup tanpa bantuan dari pihak ini. Umur jin lebih panjang daripada umur manusia, ada yang ratusan tahun dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang melalui satu proses dinamakan buang saka. Setelah tuan punya jin tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah ke beberapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau berketurunan, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.Namun bagi Syeikh Muhammad Solihen, sebarang jin yang diwarisi adalah saka. Saka terbahagi kepada beberapa kelompok tertentu iaitu saka luar, saka dalam, saka keturunan dan saka adat. Sesetengah pihak mendakwa saka umumnya mempunyai dua kategori saka yang disedari biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dan barangan berkhadam, yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia, ada mentera tertentu dan upacara tertentu untuk tujuan ini. Kategori yang selebihnya adalah saka yang tidak disedari iaitu tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, mimpi yang menakutkan dan kemudiannya dibawa berubat dan akhirnya diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka nenek moyang atau jin keturunan.

                Menyentuh tentang saka, menurut Syeikh Muhammad Solihen adalah wajib kepada setiap perawat yang berkebolehan membuang saka tahu jenis-jenis saka dan cara membuangnya. Masyarakat kita biasanya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya untuk membuang saka. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali dan perawat hanya setakat berjaya menjauhkan saka buat sementara saja. Jika jin saka lebih kuat, biasanya jin tersebut tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati pesakit atau individu yang nak buang saka tersebut. Malah mampu memudaratkan  perawat pula. Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran serta kekuatan pendamping.
Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa  sebagai helah sahaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin atau khadam pembantunya sahaja.Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua  .Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.
Saka atau jin sebenarnya sangat sukar untuk dibuang. Terutamanya jika yang ada perjanjian dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian dan perjanjian itu jenis yang berat. Jin jenis Hantu Raya boleh dibuang dengan tipu helah kerana jin ini adalah jin yang lemah. Jenis Pelesit juga mudah dibuang. Jenis Bajang atau Anak Kerak agak sukar untuk dibuang tetapi mudah jika kena dengan caranya. Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana kuat dan merupakan ketua sekalian Jin. Jenis Toyol jarang dijadikan saka kerana  lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri sahaja. Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama hantu oleh masyarakat Melayu.

Syeikh Muhammad Solihen berkata, menurut pengalamannya saka terbahagi kepada empat jenis iaitu saka luar, saka dalam, saka keturunan dan saka adat. Saka luar bermaksud saka yang ada tugas tuan tetapi tidak boleh disuruh-suruh melakukan pelbagai pekerjaan. Kalau Saka tersebut asalnya untuk menjaga kebun maka itu sahajalah pekerjaannya. Saka dalam ialah saka yang boleh disuruh untuk pelbagai pekerjaan.Biasanya mereka yang menjadi bomoh memiliki saka jenis saka dalam. Membuang saka dalam memang sukar. Namun pada pengalaman Syeikh Muhammad Solihen dengan izin Allah mampu ditangani dengan baik. Mengenai tentang pengalaman Syeikh Muhammad Solihen membuang saka, terdapat beberapa kategori saka Saka Diri iaitu saka yang memang untuk pesakit itu sepenuhnya. Tidak turun kepada adik beradik sebagaimana lazimnya...Saka jenis ini kalau dia rasa dia boleh mengalahkan perawat yang hendak membuang atau membunuhnya. dia akan melawan atau mempermain-mainkan perawat secara berdepan.Berkemungkinan besar merasuk bila dijurus, dirukyah dan sebagainya.Saka jenis ini nampak sukar tetapi mudah sebenarnya sebab saka jenis ini biasanya tidak akan melompat dan berpindah kepada waris-waris yang lain.
Saka Sekeluarga iaitu jenis yang bukan sepenuhnya milik pesakit seorang. Jika berdepan perawat yang handal,saka jenis ini akan mencari perlindungan pada waris-waris keluarga yang lain, maka sebab itu kelihatan saka sudah dibuang tetapi kenapa ianya datang balik. Sebenarnya saka itu tidak dibuang, cuma dia melarikan diri sahaja.Pada masa ini kemungkinan untuk saka mengambil tindak balas yang lebih aggresif tetap ada.

Saka Keturunan, jenis ini amat leceh kerana biasanya melibatkan ahli keluarga yang lebih besar dan Saka ini tidak bersendirian.Biasanya bercampur dengan saka-saka dari ahli keluarga yang lain tetapi masih dalam satu rumpun keluarga. Biasanya perawat yang tidak cukup mantap akan diserang oleh berjenis-jenis saka sama ada jenis Pelesit, Polong, Hantu Raya, Pontianak, Langsuir, Jembalang, Hantu Tinggi, Jin ifrit dan lain-lain sehinggakan tumbang.Ramai perawat tidak faham konsep ini kerana berkemungkinan tidak arif dan tidak mempelajari ilmu khas untuk membuang dan memindahkan saka. Saka tidak boleh dibunuh melainkan dipindahkan dan diputuskan ikatan dengan keluarga yang mempunyai perjanjian dengan mereka. Diputuskan sampai ke hari kiamat. Contohnya seorang moyang 4 keturunan dulu, membela beberapa jenis hantu dan matinya menjadi saka kepada waris di bawah iaitu anak, cucu dan cicit. Orang dahulu ramai isteri danpara isteri juga  pun ada memakai buat bekalan diri.Cuba bayangkan berapa banyak saka-saka diturunkan ke waris dibawah.Itu pun belum mengambil kira, yang mana waris-waris pun ada yang menjadi Guru Silat , Tok Bomoh, Bidan, Pawang laut, Pawang Sungai, Pawang hutan dan sebagainya. Percampuran di antara saka-saka ini menambahkan jumlah mereka hasil persetubuhan sesama mereka. Kesimpulannya menjadi satu keturunan saka yang sememangnya banyak bilangan dan semakin sukar untuk perawat sekadar membuang dan mereka mempunyai ramai pengganti jika salah satu daripada mereka dipindahkan atau diputuskan ikatan dengan ilmu membuang mereka sahaja tanpa ada istiadat tertentu yang perlu dilakukan untuk membatalkan perjanjian.

Saka Adat ini lebih luas pengertiannya .Namun tiada kes yang kronik sehingga meracau atau melawan perawat.Biasanya mereka tidak akan campur tangan kecuali ada ahli keluraga dalam sesuatu suku yang memulakan upacara memanggil perkhidmatan mereka.Biasanya apabila seseorang waris mula memanggil, maka masalah pun bermula.Cuma hendak memanggil saka jenis ini sukar sedikit kerana melibatkan adat istiadat.Sesuai dengan namanya iaitu Saka Adat. Biasanya jin atau pendamping yang menjadi Saka Adat teramat tua usianya.Dan menurut Syeikh Muhammad Solihen, melalui pengalamannya dalam bidang ini amat sukar untuk menjumpai Saka Adat yang beragama Islam. Mungkin kerana adat-adat nenek moyang kita yang terdahulu yang dipengaruhi oleh kebudayaan hindu dan agama yang lain. Saka sebenarnya boleh terbatal perjanjiannya melalui beberapa cara iaitu tamat tempoh perjanjian dan sinonim dengan yang biasa kita dengar iaitu 7 keturunan. Tetapi perjanjian boleh disambung semula jika waris terlibat secara langsung dalam bidang yang memerlukan kepada bantuan makhluk ghaib seperti bomoh dan lain-lain kerana mereka boleh menyambung kontrak dengan saka tanpa perlu ada bantuan orang lain yang berkebolehan dalam bidang ini. Selain dari itu, ada juga saka yang pergi begitu sahaja bila waris seolah-olah tidak menjaga perkara-perkara tertentu di dalam perjanjian semasa moyang terdahulu mengambil saka. Tetapi jika waris yang kemudian berminat dan menceburi bidang-bidang melibatkan makhluk ghaib, boleh sahaja kontrak atau perjanjian baru dibuat yang mana sukar atau tidak perjanjian baru bergantung kepada jenis saka dan tugasnya sebelum ini. Seorang pakar membuang saka boleh melihat ke balakang apakah jenis saka dan tugas saka sebelum ini.Pakar membuang saka boleh berhubung terus dengan Saka untuk mengetahui akan syarat-syarat mengikat kontrak. Biasa saka akan memberitahu kaedah-kaedah menyediakan bahan-bahan seperti kali pertama mereka membuat perjanjian dahulu. Atau mungkin ada syarat dan barangan baru yang di perlukan mengikut perkembangan semasa. Ada saka yang datang melalui barang seperti keris, bulu kaki Hantu Tinggi, kerambit,  kerongsang, cincin dan barangan lain. Maka selagi barangan ini terpelihara saka masih dikatakan berfungsi mengikut amanah dan perjanjian mereka yang mula-mula mengambilnya dahulu. Namun walaupun barangan ini telah musnah kerana usia. Masih ada jalan untuk mereka berkhidmat kembali dengan syarat hendaklah dihubungi akan saka tersebut mengikut cara yang tertentu. Bagaimanapun kaedah membuang barang-barang pusaka ke laut atau sungai sebagaimana banyak diamalkan oleh perawat-perawat pada hari ini amatlah kurang mujarabnya. Pertama perlu dipastikan Saka diikat bersama barang tersebut. Membuang barangan sahaja tanpa melibatkan Saka akan menyebabkan Saka lebih mengganas dan mungkin mula mendiami tubuh manusia pula disebabkan rumah iaitu barangan berkhadam tersebut  musnah. Cara yang sebaiknya adalah dibuang sahaja saka itu dan barangan tersebut di jual.

Menurut Syeikh Muhammad Solihen, sebenarnya terlalu banyak kaedah membuang saka. Tetapi perlulah difahami apakah yang dikatakan buang dan menghalau yang mana jika dihalau maksudnya setakat dihalau sahaja dan saka boleh datang kembali. Jika kaedah buang pula perlulah dilakukan upacara Memutuskan ikatan dan jangan hanya dibuang sahaja. Sebaik-baiknya dihantar ke tempat asal mereka iaitu ke Lautan Pauzanggi. Seseorang yang beriman dan soleh boleh sahaja menghalau Saka dari dirinya namun hakikatnya Saka tersebut masih ada disekitar iaitu di luar tubuh. Saka jenis ini akan mengganggu atau datang kembali sewaktu nazak atau boleh sahaja turun kepada waris-waris kelaurga yang tidak warak.Maka sebaiknya dibuang mengikut kaedah dan upacara khas. Kalau betul kaedah dan caranya maka tiadalah saka kembali lagi.
Antara kaedah membuang saka ialah memutuskan perjanjian dengan saka tersebut. Memutuskan perjanjian boleh dilakukan dengan sebaris ungkapan atau mengikut apa juga kehendak saka seperti yang termaktub dalam perjanjian awal.Namun cara ini kurang sesuai kepada saka yang berkeras tidak mahu memutuskan tali ikatan.Lebih-lebih lagi Saka Kafir. Kaedah ini sesuai untuk saka yang memang mahu menamatkan kontrak lebih awal, seperti JIN Islam yang sudah tidak mahu terikat dan mahu beramal ibadah menanti ajal.Mereka hanya perlu dilafaskan akad atau kata-kata pemutus sahaja, maka dengan rela hati mereka akan pergi buat selamanya...

Kaedah Paksaan seperti Kaedah Pusat Rawatan Islam yakni mengaji beberapa Surah Al-Quran tidak beberapa berkesan, perlu difahamkan di sini kerana memang kekuatan ayat-ayat Al-Quran sangat berkuasa untuk mengusir jin saka, tetapi setakat mengusir sahaja kerana kebanyakan saka tidak duduk didalam diri waris. Kaedah ini hanya sesuai untuk saka yang sudah mula merasuk atau mendiami waris kerana tidak berjaga atau melanggar janji nenek moyang terdahulu. Saka2 jenis ini memang akan lari sebentar, tapi paling lama akan datang kembali dalam 3 bulan atau menganggu ahli keluarga waris yang lain.Kaedah mengunci Saka dalam sesuatu tempat atau pada sesuatu tempat adalah jauh lebih berkesan dari Terapi Al-quran.Kuncian Saka biasanya menggunakan benang yang diikat pada sebatang besi mengikut apa yang dipelajari dari guru.Hancur besi maka terlepaslah saka. Maka ada juga perawat menggunakan Besi Chrome kerana ketahanannya yang memang diketahui ramai. Satu kaedah yang biasa ialah meletakkan Saka didalam botol, contohnya ada yang menghanyutkannya dan ada juga yang menanam botol dalam simen dan membenamkannya di dalam dasar laut atau sungai. Kaedah ini juga akan menyebabkan saka tidak akan kembali lagi. Namun cara ini agak kejam kerana berlaku pengurungan terhadap saka. Maka ada setengah perawat hanya menggunakan teknik ini untuk saka yang jenis jahat dan kafir sahaja.Kaedah memukul Waris dengan Kayu Nona amatlah menyakitkan dan tidaklah berkesan sangat lantaran bergantung kepada ketahanan Waris ketika di pukul. Jin Saka yang tidak tahan akan keluar dan mungkin masuk balik kepada Waris atau keturunan yang lain yang jauh. Ini kerana kaedah ini hanya menjauhkan sahaja dan bukannya membunuh atau membuang. Kaedah yang amat biasa digunakan ialah perawat meminta waris Saka membawa apa-apa barangan mistik untuk dilupuskan. Namun bukan semua barangan mistik berkhadam itu dapat dicari. Kaedah ini juga kurang mantap kerana bukan semua khadam atau saka menetap terus pada barangan berkhadam berikut. Ada juga kaedah menipu saka yakni disuruh Saka menjaga sesuatu yang mustahil. Antaranya menjaga jagung yang telah direbus sehingga menjadi pokok jagung,telur rebus  disuruh tunggu sehingga menetas dan apabila terjadi sebagaimana yang diberitahu maka barulah boleh kembali kepada waris. Ini amat sesuai untuk Saka bertahap bodoh dan rendah seperti Hantu Raya dan Polong.

Ada juga kaedah peranyut, biasanya sebilangan barangan seperti bunga, bertih, dan lain-lain yang diperlukan. Suatu medium diperlukan untuk menghanyutkan saka tersebut. Biasa dihanyutkan di sungai atau laut atau di benamkan dalam paya mati dihutan. Saka-saka tersebut boleh bebas apabila kawasan tempat disemadikan mereka dibongkar contohnya seperti paya atau kawasan berair yang dahulunya di tengah hutan sekarang sudah dikambus lantaran permintaan pembangunan. Mana-mana barang hanyutan yang tersangkut di sepanjang sungai juga jika di buka akan menyebabkan Saka boleh terlepas. Macam dalam cerita Jangan Pandang Belakang tu, kata Syeikh Muhammad Solihen memberi contoh.Kaedah lain yang boleh digunakan seperti kaedah jurus. Kaedah jurus amat cepat, namun bergantung kepada jenis saka juga. Menurut Syeikh Muhammad Solihen dulu Beliau selalu menggunakan kaedah ini. Namun keberkesanannya tidaklah seratus peratus. Kaedah Jurus boleh saja melalui senjata-sanjata ghaib atau terus dari kaedah makrifat dan pernafasan. Kaedah ini berkesan kepada saka yang terdiri dari Jin-jin Kafir dan yang bertahap rendah seperti Hantu Raya, Pelesit, Polong, Pontianak.dan Toyol. Namun pada yang bertahap Jin kelas atasan ataupun Puaka atau Jin yang boleh memecahkan diri kepada beberapa jumlah tertentu. Jin sebegini memang tidak dapat dibunuh melalui kaedah Sembelih yang di praktiskan oleh beberapa Pusat Rawatan Islam dan perguruan  perubatan. Kaedah ini juga dikira agak kejam lebih lebih lagi kepada Jin Saka yang beragama Islam. Kaedah Sedulur Papat 5 Pancer, kaedah ini amat berkesan dan tiadalah saka kembali lagi walaupun tiada berlaku pembunuhan terhadap saka. Kerana adalah berdosa membunuh makhluk Allah termasuk juga menyeksa tanpa alasan yang jelas. Kaedah ini amat pantas dan tidak menyakitkan serta boleh dibuat secara jauh sahaja. Masa diambil ialah dalam beberapa detik sahaja. Keberkesanannya adalah tinggi. Namun kaedah ini hanya boleh membuang saka satu demi satu sahaja pada satu satu masa. Maknanya kalau Pesakit ada 10 saka maka masa yang diambil adalah lebih kurang 2 atau 3 minit. Amat sesuai untuk saka diri yang bilangannya sedikit tetapi untuk saka keluarga juga boleh cuma agak lama sedikit masa yang diambil.Kaedah Ilmu Lam Jalalah. Kaedah ini amat cepat namun yang pastinya kena tahu kuncinya. Boleh membuang saka dibawah sepuluh saat dan berita baiknya ialah kalau seseorang itu ada 10 saka masa yang diambil tetap dibawah 10 saat. Begitu juga kalau 100 saka. Cuma cara ini perlu diamanahkan dengan cara yang sepatutnya kalau tidak, kita telah menganiaya makhluk-makhluk Allah.

Kaedah mengimbas secara menyeluruh atau lebih dikenali dengan kaedah scan. Kaedah ini amat pantas. Namun bukan semua perawat dapat menguasainya. Bertanyalah kepada perawat-perawat yang anda kenali. Itupun kalau dia sudah melepasi tahap malaikat diri boleh menerangkan secara terperinci kaedah scan ini. Kaedah ini hanya melibatkan niat perawat sahaja. Jin saka datang menyerah diri tidak kira dari 7 keturunan pun. Biasanya ini akan melibatkan ratusan Jin Saka yang biasanya melebihi 900 ekor meliputi semua keturunan samada sebelah ayah dan ibu. Kaedah ini sesuai untuk Saka Diri, Saka Dalam, Saka Keturunan dan  Saka Adat.InsyaAllah tiada berlaku penganiayaan terhadap makhluk Allah.Menurut Syeikh Muhammad Solihen, antara kaedah-kaedah yang diberitahu, 3 kaedah terakhir boleh  digunakan membuang saka walau apa pun jenis Hantu, Jin , Dewa dan Roh Gentayangan iaitu roh yang tidak aman dan tergantung antara langit dan bumi. Roh Gentayangan hendaklah dipulangkan ke alam barzah, tidak boleh ditempatkan bersama dengan makhluk lain yang belum merasai mati. Asalkan benda dan makhluk Ghaib selain daripada malaikat dan Aulia serta wali-wali Allah semuanya boleh dikaut dan buang, insyaAllah kata Syeikh Muhammad Solihen.

Kesan Setelah saka yang dibuang oleh perawat. Perawat yang tidak mahir paling lama 1-3 tahun dan ada yang 3 hari sahaja sudah kembali. Saka akan bebas kembali. Kalau Saka yang masih berminat dengan tuan lama biasanya kehadiran mereka ialah melalui petunjuk mimpi. Tindak balas saka biasanya bergantung kepada kaedah membuang saka oleh perawat suatu ketika dulu. Jika kasar caranya seperti menyembelih tetapi tidak mati, Rukyah yang membakar sebahagian tubuh mereka contohnya. Mereka akan berdendam dan biasanya syarat-syarat yang dikenakan jika tiba-tiba waris saka sudah tidak tahan diganggu akibat tiada perawat mampu membantu atau tiba-tiba berminat membela Saka kembali. Sayarat-syaratnya biasanya lebih ketat. Ada sesetengah perawat diminta untuk menyelesaikan masalah ini terpaksalah bersabar dengan karenah Saka tersebut. Ini berbeza dengan Saka yang datang membalas dendam selepas mereka mampu kembali. Biasanya mereka sudah semakin hebat dan tidak berseorangan lagi, malah lebih ramai. Kalau perawat yang pernah membuangnya dahulu masih di takuk lama, maka bersiaplah dendam mereka pasti akan terbalas, kata Syeikh Muhammad Solihen.
Kerana sulitnya membuang saka dan karenah menangani yang terpaksa dihadapi ketika membuang saka maka ramai perawat meletak harga yang amat tinggi seperti RM300 hingga ke RM3000. Perlu diingatkan di sini iaitu Saka ialah warisan. Bukan semua warisan rela untuk dipisahkan dari keturunan pewaris. Bagi Saka yang Islam terutamanya Jin Islam atau Bunian biasanya amat mudah sebab mereka hanya menunggu kata putus dari keluarga terlibat sahaja. Mereka mungkin sudah berkhidmat lebih dari 7  keturunan. Biasa Saka dijanjikan 7 tahun, 10 tahun atau 15 tahun. Namun, bagi Saka yang beragama Islam mereka juga seperti kita , ingin menghabiskan sisa-sisa hidup beramal dan beribadat. Samada di Makkah atau tempat lain itu bergantung kepada mereka sendiri. Saka dari jenis ini hanya perlu seseorang yang boleh berhubung dengan mereka sahaja, tidak kira ahli keluarga sendiri atau perawat. Jenis begini biasanya cukup di lafazkan memutuskan janji nenek moyang dahulu kala. Saka dari jenis ini biasanya tiada masalah yang mendatang kepada pesakit, kecuali kepada pesakit yang sentiasa dalam serangan sihir di mana Saka ini tolong Melindungi pewaris. Bila dibuang maka sihir akan berleluasa. Namun Saka yang Islam dan soleh atau solehah akan datang membantu juga cuma tidaklah mereka terikat pada perjanjian lama. Mereka mungkin cuma tolong atas dasar sesama Islam sahaja. Kalau ikhlas Allah kurniakan mereka ganjaran pahala. Hak kita sebagai pesakit ialah memohon bantuan dari Allah. Kita hanya berdoa dan berusaha kepadaNya. Apa bentuk pertolongan tiadalah boleh kita tetapkan dan hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Saka dari jenis Jin Kafir memang sukar untuk dibuang dan dipisahkan. Sebab umpama membela harimau atau binatang buas, sudah terbiasa bersama manusia dan tiba-tiba hendak dibuang memang akan memberontak. Mengikut pengalaman Syeikh Muhammad Solihen Saka jenis ini sesudah dibuang biasanya ada kesan sampingan. Biasanya mengikut umur dan apa yang pesakit buat sebelum ini. Bagi orang yang sudah berumur apabila dibuang maka pesakit akan merasa terlalu lemah. Keadaan ini terjadi kerana pengaruh Saka yang menumpang di badan pesakit itu maka pesakit menjadi kuat. Saka yang jenis mendiami tubuh pesakit pada awalnya tidak dapat membezakan kerana pesakit masih muda. Cuma kadang-kadang terasa sakit ditengkuk tetapi bila umur lanjut maka Saka berkemungkinan sudah menguasai 60%-70% kekuatan pesakit. Pesakit masih boleh berjalan cergas walhal itu kudrat atau kekuatan Saka. Membuang saka ketika ini akan menyebabkan pesakit menderita keletihan yang amat sangat. Maka perawat yang mahir perlulah menyediakan pemulihan perubatan untuk membantu mereka.

Senario biasa apabila sudah sampai masa. Pesakit sudah tidak mampu untuk menanggung, maka pesakit akan terbaring dan lama-kelamaan pesakit tidak dapat mengawal diri.  Pada waktu ini Saka akan mengambil alih jasad dan roh.  Ketika ini terdengarlah cerita badan kurus tapi makan seperiuk nasi dan lauk yang banyak dengan lahapnya. Pengalaman Syeikh Muhammad Solihen membuang Saka ketika ini, biasanya ajal telah hampir tiba. Dalam tempoh beberapa tahun ini sudah 10 kes, apabila saka dibuang oleh Syeikh Muhammad Solihen pesakit menyahut seruan Ilahi. Namun keluarga pesakit sudah sedia maklum akan hal ini.Dari membiarkan pesakit sekejap seolah nazak dan seketika nampak baik sahaja. Akhir kata membuang Saka bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan dan menurut Syeikh Muhammad Solihen, hanya orang-orang yang betul-betul arif dalam hal ini sahaja yang mampu menangani masalah ini dengan baik. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah tentang Saka, bolehlah menghubungi Syeikh Muhammad Solihen di talian 017-5959321.  

BAYARAN

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA

“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”

~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~

( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )


NO

NAMA BANK

NOMBOR AKAUN

1.

MAYBANK

1630-1948-3075

2.

BSN

11105-29-00004105-4

3.

AMBANK

161-002-002698-0

4.

PUBLIC BANK

4-8714073-17

5.

TABUNG HAJI

630501048356540

6.

CIMB BANK

1305-0003830-20-8

7.

RHB BANK

1-13056-0008203-1

SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:

1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321

2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN

SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami melalui panggilan atau SMS di talian :

017-5959321
(MASTER REIKI Tabib Tok Adi )
24 JAM InsyaAllah