Tawaran Istimewa Dan Perubahan Nilai Mahar Ilmu

Sempena tahun ke-9 penubuhan blog Pusaka-ilmuanwali.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal tahun 2009,pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada pemahar keilmuan dan juga peminat ilmu ghaib kami melalui tawaran harga mahar ISTIMEWA khas untuk anda semua.Kami mempunyai ribuan pelanggan yang berurusan dengan kami yang kami jaga 'privasi' pembeli tanpa pemberitahuan tentang pembelian di atas sebab-sebab tertentu.Kami berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang spiritual dan mempunyai ramai penuntut dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Juga beberapa pelanggan dari negara Vietnam, Arab Saudi, Turkmenistan,Australia, Indonesia, Britain dan China.InsyaAllah barangan pesanan anda akan sampai paling awal sehari selepas pembayaran ilmu dibuat dan selewat-lewatnya 14 HARI jika tiada kesilapan teknikal ( untuk barangan umum ).Jika barangan khas terutamanya pengisian KHADAM maka tertakluk kepada tempoh masa pengisian dan urusan guru. InsyaAllah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami yang melayari blog ini. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 15 Mei 2012, Pihak Pusaka Ilmuan Wali telah membuat penambahbaikan dan pertukaran nilai mahar bagi beberapa ilmu beserta barangan PERCUMA khas untuk pelanggan-pelanggan yang memaharkan ilmu dari kami. Sila layari blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Pihak kami juga ingin memaklumkan tentang penambahan kos pos mengikut kawasan anda, HANYA untuk mahar ilmu yang bernilai BAWAH RM100 sahaja. Berikut adalah maklumat penambahan kos tersebut :

1. Sabah dan Sarawak - Tambahan RM15 untuk kos pos
2. Singapura - Tambahan RM60 untuk kos pos
3. Brunei - Tambahan RM70 untuk kos pos

( Pihak kami HANYA menggunakan perkhidmatan PosLaju Pos Malaysia sahaja.PEMBELIAN anda melebihi RM100 maka kos pos adalah percuma )

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tok Adi di talian 017-5959321 ( sms @ call ). Sekian, terima kasih.

MAHAR yang diletakkan untuk ilmu-ilmu di bawah adalah tetap. Tetapi di dalam sesetengah kes, bergantung juga kepada tahap masalah anda dan budi bicara guru ( Tok Adi ). InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya jika ada kemusykilan.
Sekian, terima kasih.

Memandangkan terlalu ramai pelanggan kami di dalam dan luar negara yang memohon Tawaran Diskaun Untuk Keilmuan terpilih dilanjutkan maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Disember 2017, Pihak Pusaka Ilmuan Wali

telah membuat TAWARAN DISKAUN 20% - 50% UNTUK KEILMUAN TERPILIH SAHAJA!!!
Untuk ahli baru, hanya sertai blog kami dan anda turut mendapat tawaran hebat ini. Hanya klik " join " di item Followers yang terdapat di sebelah kanan blog kami dan anda terus akan menikmati tawaran terhebat kami ini.Sila maklumkan penyertaan anda kepada kami semasa ingin memaharkan barangan kami.

1.Pihak Pusaka-Ilmuanwali Tidak berminat untuk berurusan dengan ‘ broker-broker ’ atau orang tengah dan sesiapa sahaja yang berkait dengan urusan BARANG KEBAL UMUM ATAU KEBAL KULIT, BARANG TEMBUS PANDANG, DELIMA MERAH AIR ( AZIMAH MERAH DELIMA ), GELIGA EMBUN HALIMUNAN DALAM AIR, KERIS BASAH, KERIS BERDIRI, KERIS BERGERAK dan sebagainya. Jika adapun Pusaka-Ilmuanwali memaharkan keilmuan seumpama ini, maka pihak yang HANYA kami mengalu-alukan adalah PEMBELI ATAU PEMAHAR SAHAJA. InsyaAllah barulah urusan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya.

2.Pihak Pusaka-Ilmuanwali tidak berminat dengan sebarang urusan ‘ tarik duit ’, pulihkan duit tarik, pulihkan emas tarik, pulihkan duit hancur dan berkara-perkara yang seumpamanya. Pihak Pusaka-Ilmuanwali mempunyai sebab tersendiri untuk menetapkan pendirian ini.

3.Pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak menawarkan Ilmu yang menggalakkan maksiat berlaku secara berleluasa iaitu Ilmu Menurun Nombor Ekor atau Berjudi, Ilmu Pengasihan untuk 'Gay' atau 'Lesbian' dan Khadam Pengasihan atau Pelarisan Bersifat 'HITAM'. Pihak kami mempunyai pendirian yang kukuh tentang hal ini.

4.Akhir sekali, pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak akan melayan dan tidak berminat untuk menjadi tempat bertanya kepada individu yang memaharkan keilmuan mistik dari sumber yang tidak ada kaitan dengan pihak Pusaka-Ilmuanwali sendiri. Melainkan untuk proses penambahbaikan dan pemulihan kekuatan barangan mistik itu sendiri. Mahar atas usaha tersebut akan dimaklumkan pihak kami setelah mendapat persetujuan hasil perbincangan dengan individu yang berminat untuk melakukan proses ini. InsyaAllah.

3.28.2013

PERKONGSIAN ILMU TENTANG PERIHAL RIYA’

Allah swt. berfirman:

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya’….”( Q.s. Al-Maa’uun: Ayat 4-6 )

“Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharap keredhaan Allah, kami tidak menghendaki ‘ balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” ( Q.s. Al-Insan: Ayat 9 )

“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.” ( Q.s. Al-Kahfi: Ayat 110 )

Dimaksudkan ayat tersebut adalah: Ikhlas ( Rahsia Allah )

Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya sesuatu yang paling kutakutkan dari kamu sekalian adalah syirik kecil.” Para sahabat bertanya, “Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Riya’.”

Rasulullah S.A.W juga bersabda, “ Kelak pada hari Kiamat, ketika Allah memberi balasan amal ibadat hamba-Nya, Dia berfirman, ‘ Pergilah kamu kepada orang yang kamu perlihatkan (riya’) amalmu, apakah mereka dapat memberikan balasan kepadamu’?”

Sabda Baginda pula,
“Berlindunglah kalian kepada Allah dari Jubbul Hazn!” Sahabat bertanya, “Apa Jubbul Hazn itu ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Yaitu suatu jurang di neraka Jahannam yang dipersiapkan bagi ahli qiraat (qurra’) yang riya’.”

Rasullah S.A.W bersabda: " Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?'' Baginda s.a.w menjawab: " ( Salah satu yang terbesar di antaranya ) ialah melakukan syirik terhadap Allah. Syirik kecil adalah riya’ maka jauhkanlah "

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda: “ Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong dalam hatinya ( yakni riya’ ), maka dia tidak dapat memasuki syurga.

(Hadis Riwayat Muslim)

Padahal Allah swt. berfirman (Hadis Qudsi), “Siapa yang beramal untuk-Ku dengan suatu amal, yang masih disertai pujian selain Aku, maka amal itu semuanya baginya, dan Aku bebas dari amal tersebut. Dan Aku adalah Maha Kaya dari segala kemusyrikan.” Sabda Rasulullah S.A.W, “Riya’adalah syirik kecil.”

Isa as. berkata, “Apabila di antara kalian menepati waktu puasa, hendaknya kalian melumur rambut dengan minyak, begitupun janggut. Hendaknya pula membasahi bibirnya, agar orang-orang tidak melihatnya sebagai orang yang berpuasa. Jika ia memberi dengan tangan kanannya, hendaklah menyembunyikan dari tangan kirinya. Jika solat hendaknya menurunkan tirai pintunya. Sebab Allah memberi pujian seperti memberi rezeki. “

Dalam kaitan ini Umar r.a. berkata kepada orang yang menundukkan tengkuknya, “Hai orang yang punya tengkuk, angkatlah tengkukmu. Khusyu’ itu bukan di tengkuk. Khusyu’ itu di dalam hati.”

Rasul S.A.W bersabda, “Orang-orang riya’ kelak dipanggil pada hari Kiamat dengan empat nama panggilan, ‘Wahai orang riya’!; Wahai pendusta!; Wahai penyeleweng! dan, Wahai orang rugi!’ Pergi sana! Ambillah upah amalmu dari orang yang engkau beramal baginya. Kamu tidak
punya pahala di sisi Kami’.”

Qatadah r.a. berkata, “Apabila seorang hamba berbuat riya’, Allah langsung berfirman, ‘Lihatlah semua, bagaimana hamba itu menghinaKu’!”

Al-Hasan r.a. berkata, “Aku pernah berkawan dengan berbagai golongan, apabila salah seorang di antara mereka diperlihatkan suatu hikmah, jika diucapkan akan berguna bagi dirinya dan pengikut-pengikutnya. Tidak ada yang mencegahnya kecuali kemasyhuran.”

Hakikat Riya’

Riya’ adalah mencari kedudukan di hati manusia dengan cara melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan. Dilihat dari segi bentuknya, maka riya’ dapat dibahagi menjadi enam kategori:

1.Riya’ melalui anggota badan, yaitu dengan cara menampakkan kurus kerempengnya badan, agar disangka orang kurang tidur (selalu bangun malam) dan banyak berpuasa, atau menampakkan rasa sedih dan hiba agar disangka sangat peduli terhadap urusan agama, menampakkan kusutnya rambut agar disangka betul-betul tenggelam dalam urusan agama, menampakkan keringnya bibir dan rendahnya suara agar disangka betul-betul aktif berpuasa dan tekun berjuang atau berhias secara berlebih-lebihan agar menampakkan kecantikan atau ketampanan tubuhnya dan lain-lain hal yang berkaitan.

2.Riya’ melalui gaya penampilan, yaitu dengan cara mencukur kumis, menundukkan kepala saat berjalan, sangat berhati-hati dalam setiap gerak-gerinya, sengaja membiarkan bekas sujud dalam solat, dan memejamkan mata saat berbicara agar orang menilai bahawa dirinya betul-betul memiliki kasyaf dan wawasan pengetahuannya dalam sesuatu ilmu.

3.Riya’ melalui pakaian, yaitu dengan mengenakan baju kasar yang menjulur ke betis, memakai baju compang-camping dan lusuh agar orang mengira bahwa dirinya tidak sedikit pun berpaling dari mengingat Allah, mengenakan serban dan membawa serta sejadah sebagaimana seorang abid ( ahli ibadah ), mengenakan baju takwa agar disangka orang alim, membuat penutup di atas serban dengan kain. Di antara mereka ada yang mencari tempat di hati orang-orang yang soleh. Kemudian memakai pakaian sopan,terlebih lagi jika memakai pakaian mahal dan menayangkan kepada manusia lain yang dirinya berduit dan berharta.

4.Riya’ melalui kata-kata, seperti riya’ seorang mubaligh dan pakar. yaitu, dengan cara berkata-kata indah yang memikat, berucap dengan lagak bijak, mengutip hadis, dan kata-kata ulama salaf dengan suara yang lembut dan menampakkan rasa sedih dan hiba, padahal dalam hatinya kosong dari nilai-nilai keikhlasan dan kejujuran. Mengaku ahli hadis atau berilmu di dalam sesuatu bidang ilmu dengan suka mencela pembicaraan orang lain bahawa itu benar dan tidak agar disangka dirinya ahli ilmu pengetahuan yang dibicarakan dan suka memuji diri atau apa-apa sahaja yang menjadi kepunyaan hak miliknya. Mendakwa dialah yang terbaik, apa-apa yang menjadi miliknya adalah yang terbagus di antara semua dan semuanya yang milik orang lain tidak bagus dan tiada kualitinya.Kadang-kadang la gerakkan kedua bibirnya agar dikira ahli zikir, amal ma’ruf di hadapan banyak orang, sementara hatinya sunyi dari usaha menjauhi maksiat dan suka akan kesenangan dunia. Begitu juga ketika la menampakkan amarah atas kemungkaran, merasa sedih atas kemaksiatan yang merajalela, padahal hatinya tidak demikian dan berpura-pura ( hipokrit ) adanya.

5.Riya’ melalui amal, seperti melambatkan berdiri dan memanjangkan bacaan solat, memperbagus cara ruku’ dan sujud, tidak menoleh kanan-kiri, banyak berbicara tentang amalnya kepada orang, banyak bersedekah dan bersolat sunat tetapi kalau boleh satu dunia hendak diberitahu akan sedekahnya atau amalnya itu, rajin berpuasa agar dikatakan ahli ibadah, berkali-kali menunaikan ibadat haji agar dipanggil orang dengan nama ' HAJI ', berjalan khusyu’, padahal Allah swt. Maha Mengetahui akan batinnya, kalau la dalam keadaan bersendirian tidak bergaya seperti itu semua. Bahkan jika tidak dilihat orang, la berjalan cepat dan meremehkan solat bahkan tiada dikerjakan solat itu melainkan berbohong semata-mata. Jika merasa ada yang melihat, la kembali tenang agar disangka khusyu’.

6.Riya’ kerana banyak muridnya dan menyebut banyak nama orang ternama agar disangka bahawa dia betul-betul banyak berteman dan mendampingi para orang kenamaan. Seperti orang yang senang bila dikunjungi oleh para penguasa dan ulama, agar dia disebut-sebut banyak berkatnya.Agar dia disebut masin mulutnya, jika berkata sesuatu maka benar-benar terjadi di hari kemudian atau jika dimarahi seseorang maka akan ditimpa malang hidup orang yang dimarahinya sedangkan itu semua adalah kebetulan dan termaktub di dalam qada’ dan qadar Allah s.w.t. yang mana tiada kena mengena dengan 'karomah' atau 'kelebihan' yang kononnya ada dengan pelaku riya' tersebut. Nauzubillahi min zalik..

Semua yang kami sebutkan di atas adalah jenis jenis riya’ dalam agama, bahkan tergolong ini melakukan dosa besar dan tentunya haram.Tetapi, bila menyangkut masalah duniawi dan tidak memperalatkan agama untuk mencapai maksudnya, maka bukanlah tergolong dalam riya’ yang dilarang, sepanjang tidak mengandungi unsur penipuan. Selagi tidak dilakukan secara takabur atau dengan cara-cara tercela yang lainnya. Semoga kita terhindar dari tergolong dalam golongan riya’ yang mana dalam sesetengah hadis mengatakan HARAM bau syurga bagi hamba Allah yang mempunyai sifat riya’ dalam hatinya. Sekadar peringatan untuk pihak kami sendiri dan untuk anda semua agar dijauhi dari sifat-sifat yang keji dan tercela seperti ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Akhirul kalam semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t dan tergolong dalam golongan hamba Allah yang diredhai oleh-Nya di dunia dan diakhirat. InsyaAllah. Sekian, terima kasih.
Ditulis oleh :
Syeikh Muhammad Solihen ibnu Syeikh Abdul Qadir Jailani

3.19.2013

PERIHAL NUSANTARA MENURUT KAJIAN AHLI SEJARAH


SEJARAH RINGKAS NUSANTARA ( Bahagian 1 )

Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, penduduk di Asia Tenggara adalah terdiri daripada penganut fahaman Buddha Syinrawath ( Buddha Puja Dewa ). Pada ketika itu penganut-penganutnya sudah pun sedia mengamalkan perkara-perkara luar biasa yang menyalahi kebiasaan iaitu " Mencarik adat " yang lahir hasil daripada pemujaan ‘ dewa-dewi’, jampi serapah atau yang seumpamanya.

Keadaan ini berlaku adalah hasil daripada pertolongan jembalang-jembalang yang terdiri daripada Jin samada dengan menjelma ke dalam diri pemujanya ( Tanasukh Aruah ) yakni kaedah menurun, Istidraj, Sihir atau silap mata. Semua amalan ini amat kuat pengaruhnya dalam kehidupan seharian mereka pada waktu itu. Mereka mengabdikan diri hanya kepada Dewa-Dewi semata-mata. Dalam konteks ini pegangan fahaman beragama adalah bersumberkan daripada Rahib-rahib yang dikatakan mendapat ilham dari tuhan dewa-dewi samada Dewa Rama, Dewa Sita, Dewa Siva dan yang seumpamanya.

Ketika Islam tersebar luas di Semenanjung Arab hingga ke Eropah dan juga ke Asia, maka banyaklah mubaligh-mubaligh Islam dari kalangan orang-orang Arab dan bukan Arab yang datang membawa agama Islam ke sebelah Asia Tenggara sebagai pedagang. Dari situ Islam mula bertapak dengan kuatnya di negeri-negeri bawah angin ini.

Gejala isma-isma yang tidak sihat pada waktu itu beransur-ansur hilang kegemilangannya bahkan di sesetengah tempat, umpamanya Acheh isma-isma tersebut telah di benteras sehingga ke akar umbinya. Inilah hasil daripada tarbiah dan didikan mubaligh-mubaligh dan para Daei Islam yang benar-benar alim lagi sufi. Kehadiran mubaligh-mubaligh tersebut seumpama membawa sirna kegemilangan dan kecemerlangan kepada penduduk tempatan sehingga pada satu ketika Acheh mendapat jolokan sebagai Serambi Mekah.

Setelah sekian lama gejala pemujaan jampi serapah hilang, akhirnya ia timbul semula setelah Portugis, Belanda, Spanyol, Perancis, Amerika dan Inggeris berusaha menakluki Asia Tenggara dengan memperkenalkan agama Kristian di samping perdagangan yang menyebabkan orang Islam bangun menentang mereka. Pada suatu ketika Belanda telah membunuh lebih daripada 6,000 Ulama Islam di Tanah Jawa. Pada ketika itu ulama merupakan tokoh pemimpin yang utama dalam semua aktiviti harian bermula dari aspek agama, sosial dan kemasyarakatan, ketenteraan hinggalah kepada perubatan dan sebagainya.

Mereka inilah yang banyak memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap penjajahan barat, kerana merekalah yang terlebih dahulu mengenali erti hidup beragama serta beramal dengannya, lebih dahulu merasai bahang campur tangan asing, lebih dahulu menghidu bau najis Mughalazah penjajahan dalam kebudayaan, tipu daya pemerintahan dan tipu daya dalam ketenteraan dan sebagainya ke atas negerinya dan anak-anak bangsanya.

Akibat daripada peristiwa itu, maka saki baki pahlawan Islam yang hilang pedoman telah cuba meneruskan perjuangan menentang Belanda dan Inggeris dengan kekuatan dan keilmuan apa saja yang ada pada mereka asalkan mereka mampu. Dalam keadaan terdesak itu mereka berusaha memperolehi daya kekuatan yang yang luar biasa melalui amalan-amalan cara hulubalang, wirid-wirid, jampi serapah dan yang seumpama dengannya, melalui kaedah biasa dan setengah daripada mereka melalui Uzlah ( bertapa dan riadah ), maka datanglah pula jembalang-jembalang daripada Jin samada Jin Islam atau Jin Kafir yang berhubung dengan mereka, dengan cara Tanasukh Aruah ( penjelmaan ke dalam diri ) yakni kaedah menurun, istidraj, sihir atau silap mata yang menolong mereka menghasilkan hajat mereka, yang pada sangkaan mereka adalah malaikat-malaikat atau wali-wali atau Nabi Khidir a.s. yang telah datang berhubung dengan mereka.

Sementara itu di Tanah Jawa timbul pula fahaman Wahdatu Ujud yang tidak dapat membezakan di antara Wahdatul Ujud Marhumah ( dalam bab Sufi ) dengan Wahdatul Ujud Mazmumah ( dalam I’tiqad di panggil Hulluliah, Mulhid, Zindik ) sehingga tertegaklah kerajaan yang seumpama itu, iaitu kerajaan Mataram. Fahaman ini adalah hasil daripada pengaruh Syiah. Bermula dari sinilah wujud semula berbagai-bagai rupa bentuk amalan kerohanian, wirid-wirid dan jampi serapah yang menyeleweng dari aqidah syari’at Ubudiah Islamiah yang sebenar ke hadrat Allah seperti yang dibentangkan oleh ulama-ulama terdahulu yang mahir dan ahli pada babnya di dalam kitab-kitab karangan mereka.

Terdapat juga dari golongan ini yang memesongkan amalan-amalan mereka bagi kepentingan diri, dengan tujuan :

1. Langkah mempertahankan diri bagi mendapatkan kemegahan dunia ( hanya kepada bangsa semata-mata )
2. Amalan-amalan kebatinan dalam menuntut kemegahan.
3. Perubatan ( bomoh, tok pawang, tok bidan dan sebagainya )
4. Berlagak jadi tok sufi ( wali ) yang sentiasa mendapat jazbah ketuhanan.

Dari sini merebaklah amalan -amalan karut yang mendapat kekuatan luar biasa daripada bantuan Jin-Jin. Maka ramailah pahlawan-pahlawan Melayu serta tidak ketinggalan juga di Indonesia yang mempunyai pelbagai suku kaum mengambil amalan-amalan ini dengan tujuan untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh di samping untuk kepentingan masyarakat sekitarnya.

Akhirnya mereka telah lupa kepada ajaran-ajaran agama yang telah disampaikan kepada mereka, lalu mereka lebih mementingkan kekuatan material dan kebendaan semata-mata daripada kepentingan akhirat. Lebih jahat lagi, mereka menjadikan adat resam keturunan ke dalam syariat agama Islam sebagai satu amalan yang dimestikan, walaupun terang-terang amalan itu menyalahi ajaran Islam, samada dari segi Fiqh, Akidah, dan Akhlak.

( Akan bersambung nanti...InsyaAllah )

BAYARAN

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA

“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”

~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~

( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )


NO

NAMA BANK

NOMBOR AKAUN

1.

MAYBANK

1630-1948-3075

2.

BSN

11105-29-00004105-4

3.

AMBANK

161-002-002698-0

4.

PUBLIC BANK

4-8714073-17

5.

TABUNG HAJI

630501048356540

6.

CIMB BANK

1305-0003830-20-8

7.

RHB BANK

1-13056-0008203-1

SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:

1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321

2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN

SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami melalui panggilan atau SMS di talian :

017-5959321
(MASTER REIKI Tabib Tok Adi )
24 JAM InsyaAllah