Tawaran Istimewa Dan Perubahan Nilai Mahar Ilmu

Sempena tahun ke-9 penubuhan blog Pusaka-ilmuanwali.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal tahun 2009,pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada pemahar keilmuan dan juga peminat ilmu ghaib kami melalui tawaran harga mahar ISTIMEWA khas untuk anda semua.Kami mempunyai ribuan pelanggan yang berurusan dengan kami yang kami jaga 'privasi' pembeli tanpa pemberitahuan tentang pembelian di atas sebab-sebab tertentu.Kami berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang spiritual dan mempunyai ramai penuntut dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Juga beberapa pelanggan dari negara Vietnam, Arab Saudi, Turkmenistan,Australia, Indonesia, Britain dan China.InsyaAllah barangan pesanan anda akan sampai paling awal sehari selepas pembayaran ilmu dibuat dan selewat-lewatnya 14 HARI jika tiada kesilapan teknikal ( untuk barangan umum ).Jika barangan khas terutamanya pengisian KHADAM maka tertakluk kepada tempoh masa pengisian dan urusan guru. InsyaAllah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami yang melayari blog ini. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 15 Mei 2012, Pihak Pusaka Ilmuan Wali telah membuat penambahbaikan dan pertukaran nilai mahar bagi beberapa ilmu beserta barangan PERCUMA khas untuk pelanggan-pelanggan yang memaharkan ilmu dari kami. Sila layari blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Pihak kami juga ingin memaklumkan tentang penambahan kos pos mengikut kawasan anda, HANYA untuk mahar ilmu yang bernilai BAWAH RM100 sahaja. Berikut adalah maklumat penambahan kos tersebut :

1. Sabah dan Sarawak - Tambahan RM15 untuk kos pos
2. Singapura - Tambahan RM60 untuk kos pos
3. Brunei - Tambahan RM70 untuk kos pos

( Pihak kami HANYA menggunakan perkhidmatan PosLaju Pos Malaysia sahaja.PEMBELIAN anda melebihi RM100 maka kos pos adalah percuma )

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tok Adi di talian 017-5959321 ( sms @ call ). Sekian, terima kasih.

MAHAR yang diletakkan untuk ilmu-ilmu di bawah adalah tetap. Tetapi di dalam sesetengah kes, bergantung juga kepada tahap masalah anda dan budi bicara guru ( Tok Adi ). InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya jika ada kemusykilan.
Sekian, terima kasih.

Memandangkan terlalu ramai pelanggan kami di dalam dan luar negara yang memohon Tawaran Diskaun Untuk Keilmuan terpilih dilanjutkan maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Disember 2017, Pihak Pusaka Ilmuan Wali

telah membuat TAWARAN DISKAUN 20% - 50% UNTUK KEILMUAN TERPILIH SAHAJA!!!
Untuk ahli baru, hanya sertai blog kami dan anda turut mendapat tawaran hebat ini. Hanya klik " join " di item Followers yang terdapat di sebelah kanan blog kami dan anda terus akan menikmati tawaran terhebat kami ini.Sila maklumkan penyertaan anda kepada kami semasa ingin memaharkan barangan kami.

1.Pihak Pusaka-Ilmuanwali Tidak berminat untuk berurusan dengan ‘ broker-broker ’ atau orang tengah dan sesiapa sahaja yang berkait dengan urusan BARANG KEBAL UMUM ATAU KEBAL KULIT, BARANG TEMBUS PANDANG, DELIMA MERAH AIR ( AZIMAH MERAH DELIMA ), GELIGA EMBUN HALIMUNAN DALAM AIR, KERIS BASAH, KERIS BERDIRI, KERIS BERGERAK dan sebagainya. Jika adapun Pusaka-Ilmuanwali memaharkan keilmuan seumpama ini, maka pihak yang HANYA kami mengalu-alukan adalah PEMBELI ATAU PEMAHAR SAHAJA. InsyaAllah barulah urusan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya.

2.Pihak Pusaka-Ilmuanwali tidak berminat dengan sebarang urusan ‘ tarik duit ’, pulihkan duit tarik, pulihkan emas tarik, pulihkan duit hancur dan berkara-perkara yang seumpamanya. Pihak Pusaka-Ilmuanwali mempunyai sebab tersendiri untuk menetapkan pendirian ini.

3.Pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak menawarkan Ilmu yang menggalakkan maksiat berlaku secara berleluasa iaitu Ilmu Menurun Nombor Ekor atau Berjudi, Ilmu Pengasihan untuk 'Gay' atau 'Lesbian' dan Khadam Pengasihan atau Pelarisan Bersifat 'HITAM'. Pihak kami mempunyai pendirian yang kukuh tentang hal ini.

4.Akhir sekali, pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak akan melayan dan tidak berminat untuk menjadi tempat bertanya kepada individu yang memaharkan keilmuan mistik dari sumber yang tidak ada kaitan dengan pihak Pusaka-Ilmuanwali sendiri. Melainkan untuk proses penambahbaikan dan pemulihan kekuatan barangan mistik itu sendiri. Mahar atas usaha tersebut akan dimaklumkan pihak kami setelah mendapat persetujuan hasil perbincangan dengan individu yang berminat untuk melakukan proses ini. InsyaAllah.

12.08.2012

Senandung Syeikh Muhammad Solihen

Lagu ini ditujukan buat pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia....



Apabila kau melewati waktu keletihan teramat menyeksakan,
Daripada perjuangan berseorangan,
Tutuplah matamu dan dongaklah ke atas,
Dan dengarlah baik-baik,
Sunyi.. kesunyian hatinya
Angin akan bertiup sayu kepadamu,
Sunyi.. kesunyian hatinya
Kamu tidak berseorangan,
Pasti seseorang di sana menyayangimu
Pasti seseorang yakin akan dirimu,
Pasti seseorang akan memujamu,
Di sesuatu tempat,
Pastinya di sesuatu tempat di luar sana...


Bersama-samalah kita mendoakan pejuang Islam di seluruh dunia yang berjuang mempertahankan kesucian Islam... Al-Fatihah...

11.06.2012

Ilmu Ikhlas



Ikhlas sebagaimana yang diterima pakai dalam agama terbahagi kepada tiga iaitu;

1) Manusia yang awam/taqlid yang tidak mengetahui tujuan ibadat yang sebenarnya akan mengikhlaskan amal dan ibadatnya kepada Allah Taala tetapi mencampurinya dengan keinginannya mendapat balasan syurga dan terhindari daripada neraka.

2) Manusia dari golongan Muridin atau Salikin yang tujuannya ibadat dan amalannya untuk menghampirkan diri dengan Allah akan mengikhlaskan amal dan ibadatnya kepada Allah Taala tetapi mencampurinya dengan kehendak/keinginannya supaya dibukakan perkara-perkara yang ghaib sebagai meneguhkan perjalanan hatinya.

3) Manusia yang benar-benar kenal Allah(Ahli Makrifat atau Ahli Muwahid) akan sentiasa memandang malah menyaksikan bahawa amal dan ibadatnya adalah semata-mata anugerah dan kurnia daripada Allah.

Golongan yang ketiga inilah golongan yang berjaya menjejaki hakikat kesempurnaan ikhlas yang benar kerana mereka melihat kepada "LA HAU LAWALA QUWWATAILA BILLAH".

Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari dalam Kitab Hikamnya;
Bagaimana engkau akan minta upah terhadap suatu amalan yang Allah sendiri yang bersedekah amal itu, atau bagaimanakah engkau minta balasan atas Sidiq/keikhlasanmu, padahal Allah sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.

Maka tidak munasabah sekali jika kita meminta sesuatu balasan kepada orang yang telah memberikan sesuatu hadiah kepada kita. Hanya yang tidak berakal sahaja yang melakukannya. Pada sisi mereka yang berakal, mereka akan membalasi pemberian itu dengan berterima kasih kepada pemberi itu. Ini adalah kerana bersyukur di sisi orang Arifbillah ialah melihat kepada yang memberi bukan kepada apa yang diberi. Fahamilah kata-kata ini wahal orang-orang yang dikurniakan Akal !!!!.

Kata Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala
Adalah bagi Allah itu beberapa hamba yang mempunyai Aqal yakni yang mempunyai ilmu yang memberi manfaat(Ilmu Keruhanian). Maka tatkala mempunyai mereka itu Aqal(Ilmu) maka mengamalkan ia, maka tatkala mengamalkan mereka akan ilmu itu maka jadi mereka itu ikhlas kerana Allah Taala, maka membawa ikhlas mereka itu kepada segala pintu kebajikan

Kata Ibni Ruslan di dalam risalahnya yang disyarahkan oleh Sheikh Al-Islam Zakaria Rahimallahi Taala;
Bermula semua kamu syirik yang khofi(tersembunyi) dan tiada nyata bagi tauhid kamu itu melainkan apabila kamu keluar daripada kehendak kamu di dalam berbuat ibadat itu kerana Allah Taala dan kerana menghampirkan diri kepada Allah supaya kasih Dia akan engkau.

Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimallahi Taala;
Bermula segala pekerjaan agama itu sekeliannya kembali kepada dua asal iaitu;

Pertama perbuatan itu daripada Allah Taala dengan dikau
Kedua perbuatan daripadamu bagi Allah Taala.
Maka sayugianya redho engkau akan sesuatu yang diperbuat oleh Allah dengan dikau. Hendaklah engkau ikhlas kerana Allah di dalam amal yang engkau perbuat akan Dia. Maka apabila engkau perbuat dua perkara ini nescaya engkau dapat bahagia dan kemenangan di dalam dua negeri yakni dunia dan akhirat.

Akhirnya, kiranya perlu dikutipkan penjelasan dalam kitab Hikam, karya Syeikh Ibnu Atha'illah, tentang tingkat kedudukan seorang hamba dalam amal perbuatannya.

Ada dua golongan tingkat kedudukan seorang hamba ahli ikhlas, yakni hamba Allah yang abrar dan yang muqarrabin.

1) Keikhlasan seorang abrar adalah apabila amal perbuatannya telah bersih dari riya, baik yang jelas maupun yang samar. Tujuan amal perbuatannya selalu hanya pahala yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang ikhlas. Dan ini terambil dari ayat, "Iyyaka na' budu" (Hanya kepada-Mu kami menyembah, dan tiada kami mempersekutukan Engkau dalam ibadatku ini kepada sesuatu yang lain).

2) Adapun keikhlasan seorang muqarrabin ialah menerapkan pengertian kalimat, "La haula wala quwwata illa billah" (Tiada daya dan kekuatan untuk berbuat apa pun kecuali dengan pertolongan Allah Azza wa Jalla). Ia merasa bahwa semua amal perbuatan semata-mata karunia Allah kepadanya, sebab Allah yang memberi hidayah dan taufik. Ini terambil dari ayat, "Iyyaka nasta'in" (Hanya kepada-Mu kami mengharap pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya).

Amal orang abrar dinamakan amal Lillah, yaitu beramal karena Allah. Sedang amal muqarrabin dinamakan amal Billah, yaitu beramal dengan bantuan karunia Allah. Amal Lillah menghasilkan sekadar memperhatikan hukum lahir, sedangkan amal Billah menembus ke dalam perasaan kalbu.

Berkata Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari dalam Kitab Hikamnya;
Bagaimana engkau akan minta upah terhadap suatu amalan yang Allah sendiri yang bersedekah amal itu, atau bagaimanakah engkau minta balasan atas Sidiq/keikhlasanmu, padahal Allah sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.

Kata Muhammad bin Said Al-Maruzi Rahimallahi Taala;
Bermula segala pekerjaan agama itu sekeliannya kembali kepada dua asal iaitu;

Pertama perbuatan itu daripada Allah Taala dengan dikau
Kedua perbuatan daripadamu bagi Allah Taala.
Maka sayugianya redho engkau akan sesuatu yang diperbuat oleh Allah dengan dikau. Hendaklah engkau ikhlas kerana Allah di dalam amal yang engkau perbuat akan Dia. Maka apabila engkau perbuat dua perkara ini nescaya engkau dapat bahagia dan kemenangan di dalam dua negeri yakni dunia dan akhirat.

Seorang mursyid pernah menasihatkan, "Perbaikilah amal perbuatanmu dengan ikhlas, dan perbaikilah keikhlasanmu itu dengan perasaan tidak ada kekuatan sendiri, sedangkan semua kejadian itu hanya semata-mata karena bantuan Allah.

Hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Fathul Bari 11/213 dan Muslim 4/2076,
Rasulullah,bersabda: "Wahai Abdullah bin Qois!.Maukah kamu, aku tunjukan perbendaharaan syurga ?.Aku, berkata: aku mau, wahai Rasulullah !, Rasul berkata: Bacalah: Laa haula walaa quwwata illa billah.

10.15.2012

Rahsia di sebalik Solat Fardhu 5 waktu ( Mengikut Kajian Sains )



Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.

Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.





Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Wallahu a’lam. Semoga kita mendapat pedoman dan teladan dari rahsia tentang Solat ini untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Sekian, terima kasih.
 

10.06.2012

Manusia yang didoakan oleh para Malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.” (Surah Al Anbiyaa’, ayat 26-28)
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’” (Sahih Muslim no. 469)
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Jika seorang imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’… (ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.” (Shahih Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.’” (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’” (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” (Shahih Muslim no. 2733)
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.’” (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang sedang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.” (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)
12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.” (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat

BAYARAN

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA

“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”

~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~

( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )


NO

NAMA BANK

NOMBOR AKAUN

1.

MAYBANK

1630-1948-3075

2.

BSN

11105-29-00004105-4

3.

AMBANK

161-002-002698-0

4.

PUBLIC BANK

4-8714073-17

5.

TABUNG HAJI

630501048356540

6.

CIMB BANK

1305-0003830-20-8

7.

RHB BANK

1-13056-0008203-1

SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:

1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321

2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN

SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami melalui panggilan atau SMS di talian :

017-5959321
(MASTER REIKI Tabib Tok Adi )
24 JAM InsyaAllah