Tawaran Istimewa Dan Perubahan Nilai Mahar Ilmu

Sempena tahun ke-9 penubuhan blog Pusaka-ilmuanwali.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal tahun 2009,pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada pemahar keilmuan dan juga peminat ilmu ghaib kami melalui tawaran harga mahar ISTIMEWA khas untuk anda semua.Kami mempunyai ribuan pelanggan yang berurusan dengan kami yang kami jaga 'privasi' pembeli tanpa pemberitahuan tentang pembelian di atas sebab-sebab tertentu.Kami berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang spiritual dan mempunyai ramai penuntut dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Juga beberapa pelanggan dari negara Vietnam, Arab Saudi, Turkmenistan,Australia, Indonesia, Britain dan China.InsyaAllah barangan pesanan anda akan sampai paling awal sehari selepas pembayaran ilmu dibuat dan selewat-lewatnya 14 HARI jika tiada kesilapan teknikal ( untuk barangan umum ).Jika barangan khas terutamanya pengisian KHADAM maka tertakluk kepada tempoh masa pengisian dan urusan guru. InsyaAllah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami yang melayari blog ini. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 15 Mei 2012, Pihak Pusaka Ilmuan Wali telah membuat penambahbaikan dan pertukaran nilai mahar bagi beberapa ilmu beserta barangan PERCUMA khas untuk pelanggan-pelanggan yang memaharkan ilmu dari kami. Sila layari blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Pihak kami juga ingin memaklumkan tentang penambahan kos pos mengikut kawasan anda, HANYA untuk mahar ilmu yang bernilai BAWAH RM100 sahaja. Berikut adalah maklumat penambahan kos tersebut :

1. Sabah dan Sarawak - Tambahan RM15 untuk kos pos
2. Singapura - Tambahan RM60 untuk kos pos
3. Brunei - Tambahan RM70 untuk kos pos

( Pihak kami HANYA menggunakan perkhidmatan PosLaju Pos Malaysia sahaja.PEMBELIAN anda melebihi RM100 maka kos pos adalah percuma )

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tok Adi di talian 017-5959321 ( sms @ call ). Sekian, terima kasih.

MAHAR yang diletakkan untuk ilmu-ilmu di bawah adalah tetap. Tetapi di dalam sesetengah kes, bergantung juga kepada tahap masalah anda dan budi bicara guru ( Tok Adi ). InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya jika ada kemusykilan.
Sekian, terima kasih.

Memandangkan terlalu ramai pelanggan kami di dalam dan luar negara yang memohon Tawaran Diskaun Untuk Keilmuan terpilih dilanjutkan maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Disember 2017, Pihak Pusaka Ilmuan Wali

telah membuat TAWARAN DISKAUN 20% - 50% UNTUK KEILMUAN TERPILIH SAHAJA!!!
Untuk ahli baru, hanya sertai blog kami dan anda turut mendapat tawaran hebat ini. Hanya klik " join " di item Followers yang terdapat di sebelah kanan blog kami dan anda terus akan menikmati tawaran terhebat kami ini.Sila maklumkan penyertaan anda kepada kami semasa ingin memaharkan barangan kami.

1.Pihak Pusaka-Ilmuanwali Tidak berminat untuk berurusan dengan ‘ broker-broker ’ atau orang tengah dan sesiapa sahaja yang berkait dengan urusan BARANG KEBAL UMUM ATAU KEBAL KULIT, BARANG TEMBUS PANDANG, DELIMA MERAH AIR ( AZIMAH MERAH DELIMA ), GELIGA EMBUN HALIMUNAN DALAM AIR, KERIS BASAH, KERIS BERDIRI, KERIS BERGERAK dan sebagainya. Jika adapun Pusaka-Ilmuanwali memaharkan keilmuan seumpama ini, maka pihak yang HANYA kami mengalu-alukan adalah PEMBELI ATAU PEMAHAR SAHAJA. InsyaAllah barulah urusan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya.

2.Pihak Pusaka-Ilmuanwali tidak berminat dengan sebarang urusan ‘ tarik duit ’, pulihkan duit tarik, pulihkan emas tarik, pulihkan duit hancur dan berkara-perkara yang seumpamanya. Pihak Pusaka-Ilmuanwali mempunyai sebab tersendiri untuk menetapkan pendirian ini.

3.Pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak menawarkan Ilmu yang menggalakkan maksiat berlaku secara berleluasa iaitu Ilmu Menurun Nombor Ekor atau Berjudi, Ilmu Pengasihan untuk 'Gay' atau 'Lesbian' dan Khadam Pengasihan atau Pelarisan Bersifat 'HITAM'. Pihak kami mempunyai pendirian yang kukuh tentang hal ini.

4.Akhir sekali, pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak akan melayan dan tidak berminat untuk menjadi tempat bertanya kepada individu yang memaharkan keilmuan mistik dari sumber yang tidak ada kaitan dengan pihak Pusaka-Ilmuanwali sendiri. Melainkan untuk proses penambahbaikan dan pemulihan kekuatan barangan mistik itu sendiri. Mahar atas usaha tersebut akan dimaklumkan pihak kami setelah mendapat persetujuan hasil perbincangan dengan individu yang berminat untuk melakukan proses ini. InsyaAllah.

12.08.2013

HERBA DAN MIGRAIN


Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan  arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang.Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki ( 75% ), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.
 
Adakah anda pengidap migrain? Jika anda mempunyai dua dari simptom-simptom dibawah , bermakna anda juga tergolong dalam golongan domina yang mengidap migrain.Biasakah anda mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala? Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelingnya? selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? Biasakah anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? Jika anda memang mengalami  dua dari gejala diatas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum  membuat sebarang keputusan atau kesimpulan.


Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.Artikel ini akan menjurus pada penggunaan herba untuk menangani masalah migrain.


Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala  ialah pokok sembung (blumea balsamifera) dari famili compositae. bahagian yang digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya.Sejenis bunga yang dipanggil feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari.Selain itu pokok lemuni atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus  dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga empat jam.


Rosemary atau nama saintifiknya rosmarinus offiicinalis  dari famili labiatae boleh dijadikan teh dengan cara merebus daunnya yang telah dikeringkan dan biarkan terendam selama 10 minit sebelum diminum. Teh ini tidah boleh diminum oleh pengidap epilepsi dan wanita hamil.St john's  wort  atau nama saintifiknya Artemisia vulgaris, juga dikenali dengan nama Damong Maria di Filipina.

9.16.2013

SEJARAH RINGKAS PUTERI SAADONG ( PUTERI WIJAYA MALA )

RINGKASAN SEJARAH DAN LEGENDA PUTERI SAADONG KELANTAN
( LELUHUR @ NENEK MOYANG SEBELAH IBU SYEIKH MUHAMMAD SOLIHEN )

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.
Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

-KISAH INI DICERITAKAN DI DALAM KELUARGA PENGASAS BLOG DARI ZAMAN KE ZAMAN... DAN MELALUI PERTEMUAN SECARA GHAIB PENGASAS BLOG DENGAN 'MOYANGNYA'... Wallahu a'lam...

6.09.2013

ILMU ISTIGHASAH RIJALULGHAIB

Maharnya : RM500 ( Percuma Minyak Khas Mandian Asma' Nabi Khidir a.s. dan juga Minyak Khas Pemanggil Rijalulghaib )

Ilmu ini merupakan salah satu KUNCI perhubungan kita ( manusia ) dengan alam ghaib yakni PEMEGANG KUNCI DUNIA GHAIB yang merupakan golongan Ar-Rijal ( yakni lelaki-lelaki ) yang merupakan ketua kepada Kunci-Kunci Ghaib dan Rahsia-rahsia sebenar di alam ghaib.Ilmu ini juga sangat LANGKA dan jarang-jarang perguruan yang mengajarkan ilmu ini kerana sangat dirahsiakan oleh guru-guru di dalam bidang spiritual kerana takut disalah gunakan. Ilmu ini sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang baru mendalami Dunia Mistik dan Alam Ghaib yang mana merupakan sarana membina hubungan yang kuat dan selamat antara dunia manusia dan dunia ghaib. Bagus diamalkan juga bersama Ilmu Bahasa Jin yang mana kedua-dua ilmu ini saling memperkuatkan ilmu yang lainnya. Biasa digunakan oleh Syeikh Muhammad Solihen untuk melakukan perkara-perkara yang sukar ( rumit ) dan untuk menzahirkan barang yang ghaib.InsyaAllah ( dengan izin Allah ) jika anda menguasai ilmu ini, anda mampu untuk :

1.Berhubung dengan alam ketuhanan dan makhluk ghaib yang sakti dari alam ghaib
2.Kunci keilmuan untuk memperkuatkan daya kekuatan ilmu yang sudah anda pelajari ( melipat gandakan kekuatan ilmu sampai 1000X ganda kekuatannya )
3.Dengan izin Allah boleh menzahirkan barang yang ghaib dan berhubung dengan penjaga alam ghaib dengan mudah
4.Menarik kasih sayang dan pelarisan usaha yang ampuh
5.Menundukkan sekalian bangsa makhluk halus
6.Memudahkan tercapainya sesuatu hajat yang sulit ( sukar ) asal iktikad kita yakin sepenuhnya akan kekuasaan Allah s.w.t.
7.Menghancurkan sihir dan menundukkan golongan makhluk halus yang jahat dari alam ghaib
8.Berupaya menjadi satu medium perhubungan yang sangat ampuh untuk memohon karomah Wali-wali Allah yang mampu untuk mencapai segala hajat keperluan dunia anda
9.
Untuk mempermudahkan doa anda diterima oleh Allah. ( Anda akan didoakan oleh wali-wali Allah dan bersama meng'amin'kan doa anda.
10.Dan pelbagai lagi kelebihan yang lain yang anda akan rasai setelah mengamalkan ilmu ini.

InsyaAllah setelah mendapat 'petunjuk' dari Allah s.w.t. Syeikh Muhammad Solihen berkenan untuk berkongsi akan keilmuan ini kerana diyakini akan dimanfaatkan kepada jalan kebaikan dan khuatir jika tidak diajarkan ilmu ini akan luput ditelan zaman. InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk mempelajari ilmu ini. InsyaAllah.Semoga bermanfaat untuk semua. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Moderator FB dan Blog Pusaka Alam 2U


** ILMU INI ADALAH ILMU YANG BERSANAD DAN PENGASAS BLOG YAKNI SYEIKH MUHAMMAD SOLIHEN MEMPUNYAI GURU YANG SAH DALAM MENGAMALKAN ILMU INI. ILMU INI BUKAN DIAMBIL DARI MANA-MANA BLOG ATAU BELAJAR MELALUI GOOGLE SEBAGAIMANA ADA PIHAK YANG MENABURKAN FITNAH TERHADAP PENGASAS BLOG SEJAK 2@3 TAHUN KEBELAKANGAN INI.HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH**

ILMU BAHASA JIN

Maharnya : RM300 Tahap Dasar ( Percuma Kapsul Super Aura dan Minyak Rahsia Pemanggil Jin ), RM800 untuk Tahap Istimewa ( Percuma Kapsul Super Aura dan Minyak Epal Jin Turki )

Ilmu ini merupakan ilmu yang sangat LANGKA ( Lama @ Kuno ) dan jarang-jarang diperkatakan.Merupakan salah satu pecahan daripada Ilmu Ma'rifat ( Ilmu Ketuhanan Tahap Tinggi ) dan salah satu bahasa yang dikuasai oleh Nabi Sulaiman a.s. untuk menundukkan Bangsa Jin.Ilmu ini sangat berguna untuk menundukkan sekalian Bangsa Jin tidak kira dari hierarki terendah mahupun kelas atasan. Ilmu ini perlu 'dikhatamkan' selama 3 hari dengan kaedah yang sangat mudah dan tidak membebankan. InsyaAllah ( Dengan izin Allah ) setelah anda menguasai Ilmu Bahasa Jin ini, anda akan mendapat kelebihan :

1.Menundukkan sekalian Bangsa Jin
2.Membuatkan Bangsa Jin bekerja untuk kita tanpa syarat
3.Menundukkan sekalian makhluk ghaib untuk pelbagai hajat dunia
4.Mengisikan Khadam kelas atasan kepada orang, tasbih, batu permata dan sebagainya
5.Medium penarikan rezeki dari alam ghaib
6.Medium perubatan ampuh ( Bangsa Jin sangat takut kepada manusia yang tahu bahasa bangsa mereka )
7.Boleh mengetahui rahsia-rahsia ghaib
8.Memudahkan proses trawangan ( meraga sukma )
9.Boleh digunakan untuk medium pelarisan rezeki
10.Dan pelbagai lagi kegunaan yang anda akan tahu sendiri apabila memiliki ilmu ini.
 

InsyaAllah buat masa sekarang. Ilmu ini hanya terhad untuk 50 orang sahaja yang terawal mendaftar untuk mempelajari ilmu yang sangat bernilai ini.Ilmu ini juga merupakan salah satu KUNCI kepada keilmuan pengasas blog dan FB Pusaka Alam 2U ( TABIB TOK ADI ) yang mana merupakan salah satu bukti beliau pernah 'berhubung' dengan makhluk ghaib terutamanya Bangsa Jin. Terhad kepada 50 orang yang terawal sahaja. Siapa yang berminat sila hubungi pihak kami. Sekian, terima kasih.

** ILMU INI ADALAH ILMU YANG BERSANAD DAN PENGASAS BLOG YAKNI TABIB TOK ADI MEMPUNYAI GURU YANG SAH DALAM MENGAMALKAN ILMU INI. ILMU INI BUKAN DIAMBIL DARI MANA-MANA BLOG ATAU BELAJAR MELALUI GOOGLE SEBAGAIMANA ADA PIHAK YANG MENABURKAN FITNAH TERHADAP PENGASAS BLOG SEJAK 2@3 TAHUN KEBELAKANGAN INI.HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH**

6.04.2013

PERKONGSIAN NASIHAT DAN PERINGATAN



JANGAN TERTIPU OLEH KEDUNIAAN

“ Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang ( pada hari itu ) seorang yah tidak boleh menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat pula menolong ayahnya sedikitpun.Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan pula penipu ( syaitan ) memperdayakan kamu dalam ( mentaati ) Allah.
( Surah Luqman : Ayat 33 )

“ Hai manusia, sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan kamu memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah ”
( Surah Fathir ; Ayat 5 )

“ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu.Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
( Surah Ali ‘Imran : Ayat 185 )

“ Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan dan tanaman-tanamannya yang mengkagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”
( Surah Al-Hadid : Ayat 20 )

Ketahuilah bahawa perumpamaan penduduk dunia ini dalam hal ghaflah dan kelalaian mereka bagaikan suatu kaum atau bangsa yang sedang menaiki bahtera. Bahtera yang melintasi suatu pulau. Nakhoda menyuruh para penumpang turun dari kapal untuk menunaikan hajat keperluan masing-masing, sambil mengingatkan bahawa jangan singgah terlalu lama, kerana masa singgah hanya sebentar. Masa keberangkatan kapal semula sangatlah dekat. Para penumpang bertebaran di seluruh penjuru pulau nan indah memikat dan memukau pandangannya.

Satu kumpulan di kalangan mereka menunaikan hajat keperluan dengan bijak dan segera, kemudian mereka bergegas menaiki kapal semula. Mereka dengan mudah memilih tempat di dalam kapal, duduk di first-class, tempat yang paling selesa dan menyenangkan.

Sekumpulan lain agak lama transit ( terdampar ) di pulau tersebut. Mereka terpesona menyaksikan gemerlapan cahaya lampunya yang berwarna warni. Taman-taman bunga nan indah. Pepohonan nan rending dan menyejukkan. Kicauan burung-burung yang merdu, lirik lagu yang teratur dan memukau. Mereka mengamati tanah dataran pulau yang terdapat padanya batu-batu, permata, mutiara yang beraneka warna dan corak yang indah dan memikat mata memandang beserta seni ukirnya yang unik memikat dengan permata zamrud dan corak bentuk yang sangat ajaib. Kemudian mereka teringat jadual keberangkatan bahtera yang sangat suntuk, lantas mereka bergegas menaiki kapal. Ternyata tempat yang mereka perolehi sangat sempit menyusahkan. Merekapun duduklah di tempat tersebut.

Kumpulan ketiga sibuk mengaut batu-batu pualam dan permata yang memikat hati mereka. Mereka tertarik dan terus membawa bersama ke dalam bahtera yang telah pun penuh sesak. Barangan yang mereka bawa menyusahkan diri mereka sendiri. Akhirnya mereka dibalut penyesalan kerana membawa bersama batu permata tersebut. Mereka tak berupaya membuang dan meninggalkannya, sedang di dalam bahtera tak tersedia tempat untuk meletakkan barangan. Akhirnya mereka terpaksa memikulnya sendiri di atas pundak masing-masing. Mereka sungguh menyesal mengambil barangan tersebut, suatu sesalan yang tak membawa sebarang erti.

Golongan keempat sibuk menjelajahi pulau nan kelihatan indah sehingga mereka terlupa menaiki bahtera. Mereka pergi cukup jauh menjelajahi pelbagai taman-taman rekreasi sehingga tak terdengar seruan nakhoda kerana terlalu sibuk menikmati pelbagai jenis buah-buahan, menyaksikan gemerlapan lampu hiasan warna-warni, melihat pepohonan nan indah. Dalam masa yang sama mereka khuatir terhadap diri mereka diserang oleh binatang buas, bimbang terjatuh ke dalam lubang dan jurang yang dalam. Cemas melihat duri-duri yang mengait pakaian mereka, duri dahan-dahan kayu yang melukai badan, duri-duri berbisa yang menusuk telapak kaki, suara seram menakutkan, pelbagai pengait yang mengoyakkan pakaian menyebabkan aurat mereka terdedah yang akan menghalangi mereka meneruskan perjalanan seandainya mereka mengingininya. Akhirnya setelah mereka terdengar suara panggilan nakhoda, barangan yang mereka bawa bersama sungat menyusahkan mereka. Ternyata bahtera sudah penuh, akhirnya mereka terdampar di pantai serta mati kelaparan.

Sementara golongan kelima mereka juga tidak mendengar panggilan nakhoda, bahtera telahpun meneruskan perjalanan. Di kalangan mereka ada yang jadi mangsa binatang buas yang ganas, ada yang sesat kebingungan sehingga mati dalam perjalanan, ada yang mati tenggelam dalam timbunan lumpur, ada yang direntap ular. Mereka akhirnya hancur berkecai bagaikan bangkai-bangkai kering yang busuk. Terdapat di kalangan mereka yang sempat menaiki bahtera, namun mereka mengalami kesusahan beban banyak yang mereka bawa bersama dari pelbagai jenis bunga-bungaan, batu, dan mutiara. Kesibukan mengurus barangan mereka menyebabkan mereka diliputi kegundahan, kerana susah menjaganya bimbang akan kehilangannya dan barangan tersebut pula menyempitkan tempat duduk mereka di dalam bahtera.

Dalam pada itu, ternyata bunga-bungaan yang mereka bawa dalam masa yang singkat sahaja telahpun layu dan reput, warnanya pudar, batu dan permata perhiasan juga memudar, bahkan semuanya mendatangkan bau busuk. Di samping harta benda tersebut membuat suasana sesak dan sempit, bau busuknya pula menyakiti dan menyayat hidung, bentuk rupanya menyakiti setiap mata yang memandang.

Tidak ada pilihan lain selain barangan tersebut terpaksa di buang ke dalam laut. Buah-buahan yang mereka makan di pulau, menjejaskan kesihatan mereka. Sebaik tiba di destinasi mereka mengalami pelbagai penyakit akibat bau busuk, demikianlah para pemilik barangan tersebut tiba dalam keadaan menderita sakit.

Demikianlah kisah mereka sesiapa yang agak terlambat masuk bahtera, ia hanya memiliki tempat yang tidak selesa dalam bahtera mereka terpaksa bersesak-sesak seketika. Sebaik tiba di negeri tujuan mereka baru merasa keselesaan.

Sedang penumpang yang awal menaiki bahtera mendapati tempat yang cukup lapang, mereka tiba di destinasi dengan selamat dan selesa.

Inilah perumpamaan penghuni bumi dalam hal kesibukan mereka mengurus habuan keduniaan yang bersifat sementara, dan perihal mereka lupa akan asal kejadian mereka, alpa terhadap kehidupan di hari esok. Betapa kejinya golongan yang menduga mereka bijak bestari dan berakal sedang mereka terperdaya oleh permata dan batu pualam, yakni emas dan perak, terpukau dengan rumput mati yang kering kontang, yakni segala perhiasan dunia. Sedangkan sedikitpun tidak akan dibawanya di saat panggilan ajal telah tiba. Malahan harta benda dunia akan mendatangkan beban dan bencana ke atas pemiliknya. Sementara ia dalam kehidupan sekarang ini sibuk dengannya, sedih dan bimbang memikirkannya.

Demikianlah perihal umat manusia, kecuali segelintir hamba yang dikasihi dan dipelihara oleh Allah s.w.t

Perkongsian ini dibawakan oleh:

Syeikh Muhammad Solihen ibnu Syeikh Abdul Qadir Jailani

PERKONGSIAN BERMANFAAT

SEKADAR PERKONGSIAN

Ada orang tidak dapat pasangan hidup tetapi hidupnya bahagian dan gembira.

Ada orang dapat pasangan hidup tetapi hidupnya terseksa.

Ada orang dapat pasangan yang baik tetapi dan mempunyai anak tetapi akhirnya mendapat menantu yang perangai buruk ( tak elok ).

Ada orang hartanya banyak tetapi tidak mendapat zuriat.

Ada orang hartanya tidak banyak tetapi keluarganya sejahtera.


Ada orang hidupnya bertuah ( dapat kemewahan dan pelbagai keistimewaan ) dari orang lain namun hatinya tidak tenang.


Ada orang hidupnya penuh dugaan dan pancaroba tetapi hatinya tenang sentiasa.

Corak hidup manusia berbeza-beza. Apa yang berlaku kepada orang lain mungkin akan berlaku pula kepada kita di masa akan datang. Apa yang berlaku kepada kita sekarang mungkin akan berlaku pula kepada orang lain.

Ambil pengajaran di atas apa yang berlaku kepada diri dan orang lain. Usah berkata-kata belakang dan membanding-bandingkan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita pada masa akan datang. Jaga kata-kata, kerana pepatah pernah berkata "Kerana mulut badan binasa..". Mohon dengan Allah minta dijauhkan segala perkara yang tidak diingini berlaku dalam hidup kita. Semoga bermanfaat untuk semua.

6.02.2013

PETUA BERGUNA UNTUK KEHIDUPAN


Hukum Alam ( Law of nature )

Hulurkan dan berikanlah kebahagiaan kepada orang lain, nescaya kebahagiaan akan datang kepadamu

Hulurkanlah duit atau bantuan kepada seseorang yang memerlukan, nescaya bantuan Tuhan akan datang kepadamu. Lebih banyak kamu memberi, lebih banyak kamu akan dapat yakni perolehi ( More you give, more you get )

Hulurkanlah kejujuran dan keikhlasan dalam setiap perbuatanmu, nescaya suatu masa akan hadir insan yang benar-benar ikhlas kepadamu

Kesimpulannya, kalau hidup nak bahagia buatkanlah orang di sekeliling kita gembira dan bahagia bila bersama kita. Kalau kita nak kekayaan harta dunia, maka perbanyakkan amal jariah yakni sedekah ke jalan Allah sebab Allah tidak mengurangi harta hambaNya yang bersedekah melainkan ditambahkan lagi nikmatNya kepada hamba tersebut.Jujurlah dengan diri sendiri dan orang lain, maka kejujuran dan keikhlasan itu akan menerangi hidup kita dan menghadirkan insan yang benar-benar jujur dan ikhlas kepada kita. Renung-renungkanlah dan semoga bermanfaat untuk semua.

5.27.2013

GURINDAM SYEIKH MUHAMMAD SOLIHEN UNTUK TAHUN 2012



SEKARANG KAU GEMBIRA?

Sekarang, jangan hanya berlalu pergi
Berpura-pura segala-galanya akan tenang
Dan engkau tidak memikirkan tentang aku
Dan aku tahu tidak ada gunanya
Bila semua pembohonganmu menjadi benar dan aku tidak hiraukannya

Bolehkah engkau melihat sedalamnya di mataku
Dan memberitahuku bahawa kau gembira sekarang
Sanggupkah kau beritahu sejujurnya atau hapuskan aku?
Adakah kau gembira sekarang?
Pembohonganmu tiada pengakhiran?

Setelah segalanya engkau rampas
Dan meninggalkanku pinggan kosong
Dan engkau tiada mempedulikan aku
Dan aku nekad meninggalkan permainan ini
Aku akan meninggalkanmu semua kesalahan ini kerana tidak sedikitpun aku kesal
Melihatkan engkau yang tiada sekelumit sesal

Adakah kau memiliki segalanya sekarang?
Adakah benar engkau mempunyai segala-galanya yang kau mahu?
Atau tiada engkau berikan sesuatu yang tiada engkau dapatkan
Nyata engkau tidak boleh lari dari kejahatan diri sendiri

Renunglah sedalamnya ke mataku
Bolehkah engkau melihat aku di mata?
Aku mampu merampas segalanya keranaku mahu
Aku tidak akan hancur kerana
Aku puas bergembira saat ini
Adakah engkau gembira sekarang?

~ Puisi ini ditulis oleh Syeikh Muhammad Solihen di atas kekesalan beliau terhadap penipuan duniawi yang berleluasa pada tahun lepas. Dunia oh dunia...~

Sekadar perkongsian dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati...

Yang benar,
Moderator FB dan Blog Pusaka Alam 2U

5.25.2013

GURINDAM PENGASAS BLOG

MERINDUI KEHILANGAN AKAN SESUATU

Tolong, tolonglah maafkan diriku,
Tetapi aku tidak akan berada di rumah ini lagi,
Mungkin suatu hari nanti engkau akan melihat ke atas,
Dan hampir separuh sedar kau akan berkata sendiri,
"Semacam ada sesuatu yang hilang?"

Kau tidak akan menangis kerana ketiadaan aku,
Aku cukup tahu,
Kau telah melupakan aku sekian lama,
Adakah aku tidak penting padamu?
Sememangnya begitu dan tidak penting?
Bukan sesuatu yang hilang dari dirimu?
Tidak adakah seseorang yang merindui aku?

Walau sebanyak manapun aku berkorban,
Engkau tidak akan mencuba untuk aku, bukan sekarang,
Walaupun aku terpaksa mati untuk mengetahui adakah kau menyayangi diriku?
Aku tetap bersendirian selalu,
Tiadakah seseorang yang merindui diriku?

Tolonglah maafkan aku,
Tetapi aku tidak akan berada di rumah ini lagi,
Aku tahu apa yang kau lakukan untuk dirimu,
Aku bernafas sedalamnya dan menangis sepuasnya,
"Bukankah ada sesuatu yang hilang”?
Memang tiada sesiapa merindui diriku?

Dan jika aku terluka,
Tetap akan mengalir berdarah darah itu,
Mengetahui yang kau tidak akan pedulikan aku,
Dan jika aku tidur hanya untuk bermimpi akan dirimu,
Aku akan bangun sendiri tanpa engkau di sana,
Bukankah ada sesuatu yang hilang?
Bukankah sesuatu....

- Puisi Syeikh Muhammad Solihen -

GURINDAM CERITA KEHIDUPAN

SEMUA ORANG JADI BINGUNG

Sempurna secara semulajadinya
Ikutan perasaan puas sendiri
Hanya semua yang kita perlu tahu
Lebih banyak pembohongan tentang dunia kamu

Tidak pernah dan tidak akan sekalipun
Tidak malukah engkau? Adakah kau tidak melihat diriku?
Engkau tahu yang semua orang tertipu keranamu?

Lihatlah di sini dia datang kini
Tunduk dan merenung dalam tertanya-tanya
Oh bagaimana kami boleh menyukai kamu
Kelemahan engkau jelas apabila berpura-pura
Tetapi sekarang aku sudah ketahui kamu

Tidak pernah dan tidak akan sekalipun
Kau tidak tahu bagaimana engkau telah mengkhianati aku
Dan bagaimanapun kau tetap membuat semua orang tertipu

Tanpa topeng di manakah kau akan bersembunyi?
Tiada dapat kau mencari diri sendiri
Yang hilang dalam pembohongan ciptaanmu

Aku tahu kebenaran kini
Aku tahu siapa sebenarnya engkau
Dan aku tidak suka kepada engkau lagi

Tidak pernah dan tidak akan terjadi
Engkau terus hilang di dalam
Kesesatan ciptaanmu sendiri

Tidak pernah dan tidak akan terjadi
Kau bukan dirimu yang sebenar dan
Tidak boleh menyelamatkan aku
Kini kau menjadi kebodohan semua orang
Yang sedar akan realiti pembohonganmu...

Bait-bait puisi ini adalah ditulis oleh Syeikh Muhammad Solihen pada 3 tahun lepas selepas dikhianati oleh seorang sahabat karib beliau yang memfitnah beliau setelah 'menumpang' selama 3 bulan di rumah beliau.. Pengasas Pusaka Alam 2U sudah memaafkan sahabatnya itu tetapi kesal kenapa sahabatnya itu berubah secara tiba-tiba hanya kerana 'kehendak yang tinggi'nya tidak kesampaian.Kami memohon doa kepada Allah s.w.t. supaya diberikan hidayah kepadanya dan semoga sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Bait puisi mungkin agak kasar, tetapi buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih.Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah 'isi' pada setiap perkataan dalam puisi tersebut, dalam maknanya.Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Moderator FB dan Blog Pusaka Alam 2U

5 JENIS MAKANAN YANG BOLEH MENGURANGKAN LEMAK DALAM BADAN

Banyaknya timbunan lemak di dalam tubuh pastinya tidak baik untuk kesihatan selain itu bagi orang yang gemuk mengurangi jumlah lemak ditubuh juga merupakan impian bagi mereka. Jika anda yang pada saat ini ingin mengurangi lemak yang ada di dalam tubuh sebaiknya mengamalkan makanan berikut ini yang sangat ampuh mengurangi lemak yang ada di dalam tubuh anda. 5 Makanan Yang Boleh Hilangkan Lemak berikut adalah :

1. Cincau hijau
Mengandung karbohidrat, polifenol, vitamin A dan B. 100 gram cincau hijau mengandung 6,23 gram serat kasar, memadai untuk memenuhi keperluan serat harian. Manfaat lain, iaitu mengurangi panas perut, menurunkan tekanan darah, meredakan bisul dan demam.

2. Agar-agar
Agar-agar, yang terbuat dari rumput laut mengandungi serat larut air. Berkemampuan untuk menurunkan konsentrasi kolesterol darah sehingga dapat mencegah penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

3. Cincau hitam
Secara tradisional dipercayai sebagai meredakan kepanasan, demam, sakit perut,muntah, batuk, pencegah gangguan pencernaan dan penurun tekanan darah.

4. Teh hijau
Mengandung polifenol, antioksidan tinggi yang efektif memerangi radikal bebas. Polifenol membantu menjaga pembuluh darah dari penyempitan arteri yang berpotensi menaikkan tekanan darah, juga membantu mengurangi risiko kanser, serta efektif untuk menurunkan berat badan.

5. Teh rosela
Penelitian menunjukkan, rosela mengandung betasitosterol yang mempunyai struktur kimia mirip kolesterol. Fungsinya menghambat penyerapan kolesterol.Dengan ,mengambil satu liter teh rosela sebelum sarapan selama empat minggu juga mampu menurunkan tekanan darah tingkat rendah dan sedang. Daya kerjanya hampir sama dengan ubat anti hipertensi komersial yang ada dijual di farmasi.

Selalu mengamalkan meminum cincau dan dicampur dengan sesudu madu asli dan dicampur dengan jintan hitam ( Habbatus Sawda ) dan membaca Surah Al-Fatihah 10 Kali, Surah mu'awwidhatayn ( Al-Falaq dan An-Nas ) juga 10 kali dan ditiup ke minuman tersebut 10 kali dan niatkan Ya Allah, sembuhkanlah sebarang racun serta ( santau ) jika sekiranya ada dalam jasad aku yang bukan asalnya sejak azali sudah ada, sembuhkanlah dan hilangkanlah Ya Allah... Amal selama 10 hari ( 3 kali setiap hari ) InsyaAllah sembuh sepenuhnya santau itu dengan izin Allah...cubalah amalkan.

Perkongsian ini adalah daripada pengasas blog dan FB Pusaka Alam 2U

Yang benar,
Moderator Pusaka Alam 2U

5.15.2013

SEJARAH SYAIKH SITI JENAR

Nama asli Syaikh Siti Jenar adalah Sayyid Hasan ’Ali Al-Husaini, dilahirkan di Persia, Iran. Kemudian setelah dewasa mendapat gelaran Syaikh Abdul Jalil. Dan ketika datang untuk berdakwah ke Caruban, sebelah tenggara Cirebon. Dia mendapat gelaran Syaikh Siti Jenar atau Syaikh Lemah Abang atau Syaikh Lemah Brit.

Syaikh Siti Jenar adalah seorang sayyid atau habib keturunan dari Rasulullah Saw. Nasab lengkapnya adalah Syaikh Siti Jenar [Sayyid Hasan ’Ali] bin Sayyid Shalih bin Sayyid ’Isa ’Alawi bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin bin Sayyid ’Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik Azmat Khan bin Sayyid 'Alwi 'Ammil Faqih bin Sayyid Muhammad Shohib Mirbath bin Sayyid 'Ali Khali Qasam bin Sayyid 'Alwi Shohib Baiti Jubair bin Sayyid Muhammad Maula Ash-Shaouma'ah bin Sayyid 'Alwi al-Mubtakir bin Sayyid 'Ubaidillah bin Sayyid Ahmad Al-Muhajir bin Sayyid 'Isa An-Naqib bin Sayyid Muhammad An-Naqib bin Sayyid 'Ali Al-'Uraidhi bin Imam Ja'far Ash-Shadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam 'Ali Zainal 'Abidin bin Imam Husain Asy-Syahid bin Sayyidah Fathimah Az-Zahra binti Nabi Muhammad Rasulullah Saw.

Syaikh Siti Jenar lahir sekitar tahun 1404 M di Persia, Iran. Sejak kecil ia berguru kepada ayahnya Sayyid Shalih dibidang Al-Qur’an dan Tafsirnya. Dan Syaikh Siti Jenar kecil berhasil menghafal Al-Qur’an usia 12 tahun.

Kemudian ketika Syaikh Siti Jenar berusia 17 tahun, maka ia bersama ayahnya berdakwah dan berdagang ke Melaka. Tiba di Melaka ayahnya, yaitu Sayyid Shalih, diangkat menjadi Mufti Melaka oleh Kesultanan Melaka dibawah pimpinan Sultan Muhammad Iskandar Syah. Saat itu. Kesultanan Melaka adalah di bawah komando Khalifah Muhammad 1, Kekhalifahan Turki Utsmaniyyah. Akhirnya Syaikh Siti Jenar dan ayahnya bermukim di Melaka.

Kemudian pada tahun 1424 M, Ada perpindahan kekuasaan antara Sultan Muhammad Iskandar Syah kepada Sultan Mudzaffar Syah. Sekaligus pergantian mufti baru dari Sayyid Sholih [ayah Siti Jenar] kepada Syaikh Syamsuddin Ahmad.

Pada akhir tahun 1425 M. Sayyid Shalih beserta anak dan isetrinya pindah ke Cirebon. Di Cirebon Sayyid Shalih menemui sepupunya yaitu Sayyid Kahfi bin Sayyid Ahmad.

Posisi Sayyid Kahfi di Cirebon adalah sebagai Mursyid Thariqah Al-Mu’tabarah Al-Ahadiyyah dari sanad Utsman bin ’Affan. Sekaligus Penasehat Agama Islam Kesultanan Cirebon. Sayyid Kahfi kemudian mengajarkan ilmu Ma’rifatullah kepada Siti Jenar yang pada waktu itu berusia 20 tahun. Pada saat itu Mursyid Al-Thariqah Al-Mu’tabarah Al-Ahadiyah ada 4 orang, yaitu:

1. Maulana Malik Ibrahim, sebagai Mursyid Thariqah al-Mu’tabarah al-Ahadiyyah, dari sanad sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq, untuk wilayah Jawa Timur, Jawa Tengah, Bali, Sulawesi, Kalimantan, Nusa Tenggara, Maluku, dan sekitarnya
2. Sayyid Ahmad Faruqi Sirhindi, dari sanad Sayyidina ’Umar bin Khattab, untuk wilayah Turki, Afrika Selatan, Mesir dan sekitarnya,
3. Sayyid Kahfi, dari sanad Sayyidina Utsman bin ’Affan, untuk wilayah Jawa Barat, Banten, Sumatera, Champa, dan Asia tenggara
4. Sayyid Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Ja’far al-Bilali, dari sanad Imam ’Ali bin Abi Thalib, untuk wilayah Makkah, Madinah, Persia, Iraq, Pakistan, India, Yaman.

Kitab-Kitab yang dipelajari oleh Siti Jenar muda kepada Sayyid Kahfi adalah Kitab Fusus Al-Hikam karya Ibnu ’Arabi, Kitab Insan Kamil karya Abdul Karim al-Jilli, Ihya’ Ulumuddin karya Al-Ghazali, Risalah Qushairiyah karya Imam al-Qushairi, Tafsir Ma’rifatullah karya Ruzbihan Baqli, Kitab At-Thawasin karya Al-Hallaj, Kitab At-Tajalli karya Abu Yazid Al-Busthamiy. Dan Quth al-Qulub karya Abu Thalib al-Makkiy.

Sedangkan dalam ilmu Fiqih Islam, Siti Jenar muda berguru kepada Sunan Ampel selama 8 tahun. Dan belajar ilmu ushuluddin kepada Sunan Gunung Jati selama 2 tahun.

Setelah wafatnya Sayyid Kahfi, Siti Jenar diberi amanat untuk menggantikannya sebagai Mursyid Thariqah Al-Mu’tabarah Al-Ahadiyyah dengan sanad Utsman bin ’Affan. Di antara murid-murid Syaikh Siti Jenar adalah: Muhammad Abdullah Burhanpuri, Ali Fansuri, Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai, Abdul Ra’uf Sinkiliy dan lain-lain.

KESALAHAN SEJARAH TENTANG SYAIKH SITI JENAR YANG MENJADI FITNAH ADALAH:

1. Menganggap bahawa Syaikh Siti Jenar berasal dari cacing. Sejarah ini bertentangan dengan logic akal manusia dan Syari’at Islam. Tidak ada bukti panduan yang kuat bahawa Syaikh Siti Jenar berasal dari cacing. Ini adalah sejarah bohong. Dalam sebuah naskah klasik, Serat Candhakipun Riwayat jati ; Alih aksara; Perpustakaan Daerah Propinsi Jawa Tengah, 2002, halaman 1, cerita yg masih sangat popular tersebut dibantah secara tegas, “Wondene kacariyos yen Lemahbang punika asal saking cacing, punika ded, sajatosipun inggih pancen manungsa darah alit kemawon, griya ing dhusun Lemahbang.” [Adapun diceritakan kalau Lemahbang (Syekh Siti Jenar) itu berasal dari cacing, itu salah. Sebenarnya ia memang manusia yang akrab dengan rakyat jelata, bertempat tinggal di desa Lemah Abang]….

2. “Ajaran Manunggaling Kawulo Gusti” yang diidentitikan kepada Syaikh Siti Jenar oleh beberapa penulis sejarah Syaikh Siti Jenar adalah bohong, tidak berdasar kepada sejarah asal. Istilah itu berasal dari Kitab-kitab Primbon Jawa. Padahal dalam Suluk Syaikh Siti Jenar, beliau menggunakan kalimat “Fana’ wal Baqa’. Fana’ Wal Baqa’ sangat berbeza penafsirannya dengan Manunggaling Kawulo Gusti. Istilah Fana’ Wal Baqa’ merupakan ajaran tauhid, yang merujuk pada Firman Allah: ”Kullu syai’in Haalikun Illa Wajhahu”, artinya “Segala sesuatu itu akan rosak dan binasa kecuali Dzat Allah”. Syaikh Siti Jenar adalah penganut ajaran Tauhid Sejati, Tauhid Fana’ wal Baqa’, Tauhid Qur’ani dan Tauhid Syar’iy.

3. Dalam beberapa buku diceritakan bahawa Syaikh Siti Jenar meninggalkan Sholat, Puasa Ramadhan, Sholat Jum’at, Haji dan sebagainya. Syaikh Burhanpuri dalam Risalah Burhanpuri halaman 19 membantahnya, ia berkata, “Saya berguru kepada Syaikh Siti Jenar selama 9 tahun, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, bahwa dia adalah pengamal Syari’at Islam Sejati, bahkan solat sunnah yang dilakukan Syaikh Siti Jenar adalah lebih banyak daripada manusia biasa. Tidak pernah bibirnya berhenti berdzikir “Allah..Allah..Allah” dan membaca Shalawat nabi, tidak pernah ia putus puasa Daud, Isnin-Kamis, puasa Yaumul Bidh, dan tidak pernah saya melihat dia meninggalkan sholat Jumaat”.

4. Beberapa penulis telah menulis bahwa kematian Syaikh Siti Jenar, dibunuh oleh Wali Songo, dan mayatnya berubah menjadi anjing. Bantahan saya: “Ini suatu penghinaan kepada seorang Waliyullah, seorang cucu Rasulullah. Sungguh amat keji dan biadab, seseorang yang menyebut Syaikh Siti Jenar lahir dari cacing dan meninggal jadi anjing. Jika ada penulis menuliskan seperti itu. Bererti dia tidak mampu berfikiran jernih. Dalam teori Antropologi atau Biologi Quantum sekalipun.Manusia lahir dari manusia dan akan wafat sebagai manusia. Maka saya meluruskan riwayat ini berdasarkan riwayat para habib, ulama’, kyai dan ahli sufi yang terpercaya kewara’annya. Mereka berkata bahawa Syaikh Siti Jenar meninggal dalam kondisi sedang bersujud di Pengimaman Masjid Agung Cirebon. Setelah sholat Tahajjud. Dan para pelajar baru mengetahuinya saat akan melaksanakan solat Subuh.“

5. Cerita bahawa Syaikh Siti Jenar dibunuh oleh Sembilan Wali adalah bohong. Tidak memiliki sejarah asas dan bertulis yang kukuh. Cerita itu hanyalah cerita rekaan yang ditambah-tambah, agar kelihatan dahsyat, dan laku bila dijadikan filem atau hikayat. Bantahan saya: “Wali Songo adalah penegak Syari’at Islam di tanah Jawa. Padahal dalam Maqaashidus syarii’ah diajarkan bahwa Islam itu memelihara kehidupan [Hifzhun Nasal wal Hayaah]. Tidak boleh membunuh seorang jiwa yang mukmin yang di dalam hatinya ada Iman kepada Allah. Tidaklah mungkin 9 waliyullah yang suci dari keturunan Nabi Muhammad akan membunuh waliyullah dari keturunan yang sama. Tidak boleh diterima dengan logik akal.”

Penghancuran sejarah ini, menurut ahli Sejarah Islam Indonesia (Azyumardi Azra) adalah pakatan jahat Penjajah Belanda, untuk memecah belahkan umat Islam agar selalu bertikai antara Sunni dengan Syi’ah, antara Ulama’ Syari’at dengan Ulama’ Hakikat. Bahkan Penjajah Belanda telah mengklasifikasikan umat Islam Indonesia dengan Politik Devide et Empera [Politik Pecah Belah] dengan 3 kelas:
1) Kelas Santri [diidentikkan dengan 9 Wali]
2) Kelas Priyayi [diidentikkan dengan Raden Fattah, Sultan Demak]
3) Kelas Abangan [diidentikkan dengan Syaikh Siti Jenar]

Wahai kaum muslimin melihat fenomena seperti ini, maka kita harus waspada terhadap upaya jahat para kolonialist, imprealis, zionis, freemasonry yang memutar belitkan fakta terhadap penulisan sejarah Islam. Hati-hati supaya jangan kita bercanggah pendapat dengan sesama umat Islam. Jangan biar umat Islam ini pecah. Ulama’nya pecah. Mari kita bersatu dalam naungan Islam untuk kejayaan Islam dan umat Islam di dunia dan di akhirat.InsyaAllah.

~ Perkongsian ini dibenarkan oleh pengasas blog dan FB Pusaka Alam 2U ~

Semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah

LAPAN GOLONGAN YANG AKAN MENJADI SEBAIK-BAIK MANUSIA DI SISI ALLAH

 
( Gambar di atas sekadar ilustrasi semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia )
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Kepada semua sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap mukmin akan bercita-cita untuk menjadi insan cemerlang dan terbaik. Tetapi bukannya mudah untuk terpilih menjadi orang terbaik kerana untuk menjadi yang terbaik bukanlah dinilai dari ukuran manusia semata-mata, tetapi ukuran itu ditetapkan sendiri oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala melalui ucapan Nabi SAW.

Terdapat lapan golongan manusia seperti yang dinyatakan oleh Nabi SAW.

Golongan tersebut adalah seperti berikut :

PERTAMA : TIDAK INGKAR UNTUK MEMBAYAR HUTANG.

Mereka yang membantu saudaranya yang susah lalu memberikan hutang adalah satu perbuatan yang mulia di sisi Allah SWT.Memberi hutang lebih besar ganjaran pahalanya daripada bersedekah . Mengenai kebaikan memberi pinjaman dan sedekah kepada mereka yang memerlukan, firman Allah SWT ialah “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” – (Surah al-Baqarah ayat 245)

Begitu juga hadis Nabi SAW menyatakan: “Pada malam aku diisra’kan (Mikraj) aku melihat tulisan di atas pintu syurga, ‘Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda‘. Aku bertanya Jibril kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah? Jawabnya, kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan” (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Baihaqi).

Sesiapa yang berhutang kerana keperluan hidup sedangkan hatinya berniat untuk membayar balik maka hutangnya akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Maksudnya : "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Hadis Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Dalam hadis Nabi SAW ada menyatakan :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عن رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أنه فَقَالَ « خَيْرُكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً » متفق عليه

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan: Bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang. ” (Muttafaqun ‘alaih)

KEDUA : BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA.

Kenapa belajar dan mengajarkan al-Quran akan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT? Ini adalah kerana tidak ada kitab yang paling baik melainkan kitab Al-Quran nul karim. Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT melalui malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah SAW. Di dalam al-Quran mengandungi hukum hakam dan panduan hidup manusia. Al-Quran berbeza dengan kitab-kitab yang lain kerana membaca satu huruf sahaja akan mendapat ganjaran 10 kali ganda. Manusia tidak akan sesat jika berpandu kepada ajaran al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)” (Hadis Riwayat Muslim) Bermaksud jika anda berusaha untuk membaca Al-Quran walaupun dalam keadaan anda tidak mahir dalam membacanya, maka Allah SWT memuliakan golongan dengan dua pahala ( kebajikan ) melebihi orang yang mahir, maka seharusnya kita menggalakkan pembacaan Al-Quran sesama muslim dan ahli keluarga kita sebagai suatu budaya yang baik untuk diamalkan.InsyaAllah.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang maksud :“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنْ عُثْمَانَ – رضى الله عنه- عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ» رواه البخاري

Maksudnya: Ustman bin Affan radhiyallahu ‘anhu berkata: Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis riwayat Bukhari). Jika kita sudah pandai dan mahir akan bacaan Al-Quran, adalah terlebih baik kita mengajarkannya kepada sesama muslim. Mungkin dalam bentuk tadarus Al-Quran atau berbentuk ilmu yang bagus untuk diamalkan.InsyaAllah.

KETIGA : ORANG YANG PALING DIHARAPKAN KEBAIKANNYA DAN PALING JAUH KEBURUKANNYA.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Katakanlah: 'Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu'. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Surah Az-Zumar ayat 10)

Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”. (Hadis Riwayat Muslim) Maka perlulah kita bercakap tentang perkara yang membawa kepada manfaat dan bukanlah bercakap tentang hal yang mengaibkan manusia yang lain, bercakap sesuatu yang boleh menumbuhkan rasa riya’, takabbur, ujub dan takbur tentang kelebihan diri kita atau sesuatu nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Berkatalah perkara yang baik-baik dan bermanfaat ataupun diam adalah lebih baik daripada berbicara yang boleh membawa kepada dosa dan perkara maksiat.

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَقَفَ عَلَى أُنَاسٍ جُلُوسٍ فَقَالَ « أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِكُمْ مِنْ شَرِّكُمْ ». قَالَ فَسَكَتُوا فَقَالَ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَقَالَ رَجُلٌ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنَا بِخَيْرِنَا مِنْ شَرِّنَا. قَالَ « خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ …» رواه الترمذى

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berdiri di hadapan beberapa orang, lalu bersabda: “Mahukah kalian aku beritahukan sebaik-baik dan seburuk-buruk orang dari kalian?”

Mereka terdiam, dan Nabi bertanya seperti itu tiga kali, lalu ada seorang yang berkata: “Ya, kami mahu wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami sebaik-baik dan buruk-buruk kami,”

Baginda bersabda: “Sebaik-sebaik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan sedangkan keburukannya terjaga…” (Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’. no. 2603)

KEEMPAT : MENJADI SUAMI YANG PALING BAIK TERHADAP KELUARGANYA.

Seseorang mukmin yang berlemah lembut dan menjalankan tarbiah terhadap ahli keluarganya adalah adalah ciri-ciri suami yang baik. Suami yang baik dan bertanggungjawab akan menjadi contoh kepada isteri dan anak-anaknya dalam menguruskan bahtera rumahtangga. Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik sebagai suami dan bapa ketika bersama-sama ahli keluarganya.

Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh suami kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

Dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى

Maksudnya: “Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah Sallallau ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Ash Shahihah (no. 285)

KELIMA : ORANG YANG PALING BAIK AKHLAKNYA DAN MENUNTUT ILMU.

Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik).” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Aisyah r.ha. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Sesungguhnya seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam'.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan." (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Menuntut ilmu adalah satu kefarduan dan sesiapa yang keluar rumah untuk menuntut ilmu bermakna ia menuju jalan ke syurga.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di khalayak para malaikat yang berada di sisi-Nya.” ( Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867 ) Menuntut ilmu pula biarlah ilmu yang Haq ( sahih dan jelas ), bermanfaat dan juga membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.InsyaAllah.

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «خَيْرُكُمْ إِسْلاَماً أَحَاسِنُكُمْ أَخْلاَقاً إِذَا فَقِهُوا» رواه أحمد

Maksudnya: “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian Islamnya adalah yang paling baik akhlak jika mereka menuntut ilmu.” (Hadis riwayat Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ .no. 3312) Akhlak yang baik adalah cermin dari iman yang sempurna dan hati yang suci. Jika bagus imannya maka baguslah akhlaknya, jika indah dan suci hatinya maka akan terzahir dari segi perbuatan dan perkataan yang dituturkannya.InsyaAllah.

KEENAM : ORANG YANG MEMBERIKAN MAKANAN.

Salah satu sifat orang mukmin yang bertakwa adalah membantu golongan yang miskin dan memerlukan bantuan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik ( menafkahkan hartanya di jalan Allah ), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.” (Surah al-Baqarah (2) ayat 245)

Sabda Nabi SAW maksudnya : ”Barangsiapa memberi makan orang lapar, Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga. Barangsiapa memberi minuman kepada orang haus, Allah pada hari kiamat nanti akan memberinya minuman syurga yang amat lazat (ar-rahiq al-makhtum), dan barangsiapa memberi pakaian orang yang telanjang, Allah akan memberinya pakaian syurga yang berwarna hijau (khudhr al-jannah).” (Hadis Riwayat Abu Daud no 1432; Tirmizi no 2373)

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنْ حَمْزَةَ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ رضي الله عنه قَالَ: فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «خَيْرُكُمْ مَنْ أَطْعَمَ الطَّعَامَ» رواه أحمد

Maksudnya: Hamzah bin Shuhaib meriwayatkan dari bapanya radhiyallahu ‘anhu yang berkata: Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang memberikan makanan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ . no. 3318)

KETUJUH : ORANG YANG PANJANG UMUR DAN BAIK PERBUATANNYA.

Umur panjang adalah kurniaan Allah SWT kepada manusia yang dipilih-Nya. Jika diberikan umur yang panjang manusia sentiasa mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya maka beruntunglah ia, tetapi jika umurnya panjang tetapi manusia masih tidak sedar diri hidup bergelumangan dengan noda dan dosa, melabur hartanya dalam saham arak, masih suka buat fitnah, suka membuka aib orang lain, masih mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT, mencampuri antara urusan yang haq dah batil, menyesatkan manusia dengan perkara yang menyesatkan serta mensyirikkan Allah SWT maka jenis manusia seperti ini amat malang kerana dia menempah dirinya untuk masuk neraka. Perlu diingat kelebihan dirinya umur panjang, hartanya melimpah ruah dan sihat tubuh badan adalah merupakan istidraj (kemurkaan Allah) daripada Allah SWT, sampai masanya Allah SWT cabut nyawanya dalam keadaan yang su'ul khatimah dan mengaibkan, nauzubillah.

Sebaliknya pula jika seseorang itu dikurniakan umur yang panjang kemudian banyak amal soleh ikhlas kerana Allah SWT, amal ibadah kerana Allah SWT, berterusan jihadnya kerana Allah SWT, benci pada maksiat dan fitnah, sentiasa bertaubat, sentiasa memberi manfaat kepada orang lain dan umurnya dipergunakan untuk agama Allah SWT maka umur seperti ini adalah umur yang diberkati dan dia adalah manusia yang dipilih oleh Allah SWT.

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رضي الله عنه أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ خَيْرُ النَّاسِ قَالَ «مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ» رواه الترمذى

Maksudnya: Abdullah bin Busr radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa ada seorang Arab Badui berkata kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik manusia?” Baginda menjawab: “Siapa yang paling panjang umurnya dan baik amalannya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihut Targhib wat Tarhib . no. 3363)

KELAPAN : ORANG YANG PALING BERMANFAAT BAGI MANUSIA.

Mukmin yang beruntung adalah mukmin yang hidupnya di dunia sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Perbuatannya, ucapannya, nasihatnya, gerak kerjanya, tulisannya dan pandangannya semuanya membawa kebaikan dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai serta tidak merugikan orang lain bahkan mempereratkan lagi silaturrahim sesama muslim dengan perbuatannya mahupun dengan perkataannya.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: “Jabir radhiyallau ‘anhuma bercerita bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadis dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ . no. 3289)

Sekalian para sahabatku yang dikasihi,

Alangkan beruntungnya kita apabila kita termasuk dikalangan lapan golongan yang di panggil oleh Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik manusia. Mereka yang beramal soleh dan melakukan amal kebajikan ketika di dunia, dan termasuk di dalam sebaik-baik golongan seperti dihuraikan di atas maka mereka akan mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT dan akan berbahagia di dunia dan akhirat. Semoga bersama-samalah kita memperbanyakkan amal kerana Allah SWT, wasatiah dalam beramal ( mengimbangi tuntutan di dunia dan di akhirat ), sentiasa mengamalkan akhlak yang baik, menjaga segala pertuturan baik dari segi perkataan mahupun ucapan, meninggalkan perbuatan dosa dan meningkatkan pahala,menjauhkan diri daripada perkara batil dan syubhah ( sesuatu yang samar diantara yang Halal dan yang Haram ) serta berdoa akan redha Allah SWT kepada kita dan semoga kita sentiasa berada di dalam RahmatNya selalu. InsyaAllah. Sama-samalah kita memanjatkan doa semoga kita ditempatkan di kalangan orang-orang yang sentiasa mendapat Rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat. Akhirul kalam, semoga kita menjadi muslim yang sejati dan berakhlak mulia. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

~ perkongsian ilmu ini telah dibahaskan oleh Syeikh Muhammad Solihen semasa majlis bersama penuntut-penuntut ilmu Agama dan pelajar Malaysia di Mesir baru-baru ini ~

" Semoga bermanfaat untuk semua "

( Moderator blog dan FB Pusaka Alam 2U )

BAYARAN

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA

“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”

~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~

( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )


NO

NAMA BANK

NOMBOR AKAUN

1.

MAYBANK

1630-1948-3075

2.

BSN

11105-29-00004105-4

3.

AMBANK

161-002-002698-0

4.

PUBLIC BANK

4-8714073-17

5.

TABUNG HAJI

630501048356540

6.

CIMB BANK

1305-0003830-20-8

7.

RHB BANK

1-13056-0008203-1

SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:

1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321

2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN

SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami melalui panggilan atau SMS di talian :

017-5959321
(MASTER REIKI Tabib Tok Adi )
24 JAM InsyaAllah