Tawaran Istimewa Dan Perubahan Nilai Mahar Ilmu

Sempena tahun ke-9 penubuhan blog Pusaka-ilmuanwali.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal tahun 2009,pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada pemahar keilmuan dan juga peminat ilmu ghaib kami melalui tawaran harga mahar ISTIMEWA khas untuk anda semua.Kami mempunyai ribuan pelanggan yang berurusan dengan kami yang kami jaga 'privasi' pembeli tanpa pemberitahuan tentang pembelian di atas sebab-sebab tertentu.Kami berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang spiritual dan mempunyai ramai penuntut dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Juga beberapa pelanggan dari negara Vietnam, Arab Saudi, Turkmenistan,Australia, Indonesia, Britain dan China.InsyaAllah barangan pesanan anda akan sampai paling awal sehari selepas pembayaran ilmu dibuat dan selewat-lewatnya 14 HARI jika tiada kesilapan teknikal ( untuk barangan umum ).Jika barangan khas terutamanya pengisian KHADAM maka tertakluk kepada tempoh masa pengisian dan urusan guru. InsyaAllah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami yang melayari blog ini. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 15 Mei 2012, Pihak Pusaka Ilmuan Wali telah membuat penambahbaikan dan pertukaran nilai mahar bagi beberapa ilmu beserta barangan PERCUMA khas untuk pelanggan-pelanggan yang memaharkan ilmu dari kami. Sila layari blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Pihak kami juga ingin memaklumkan tentang penambahan kos pos mengikut kawasan anda, HANYA untuk mahar ilmu yang bernilai BAWAH RM100 sahaja. Berikut adalah maklumat penambahan kos tersebut :

1. Sabah dan Sarawak - Tambahan RM15 untuk kos pos
2. Singapura - Tambahan RM60 untuk kos pos
3. Brunei - Tambahan RM70 untuk kos pos

( Pihak kami HANYA menggunakan perkhidmatan PosLaju Pos Malaysia sahaja.PEMBELIAN anda melebihi RM100 maka kos pos adalah percuma )

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tok Adi di talian 017-5959321 ( sms @ call ). Sekian, terima kasih.

MAHAR yang diletakkan untuk ilmu-ilmu di bawah adalah tetap. Tetapi di dalam sesetengah kes, bergantung juga kepada tahap masalah anda dan budi bicara guru ( Tok Adi ). InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya jika ada kemusykilan.
Sekian, terima kasih.

Memandangkan terlalu ramai pelanggan kami di dalam dan luar negara yang memohon Tawaran Diskaun Untuk Keilmuan terpilih dilanjutkan maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Disember 2017, Pihak Pusaka Ilmuan Wali

telah membuat TAWARAN DISKAUN 20% - 50% UNTUK KEILMUAN TERPILIH SAHAJA!!!
Untuk ahli baru, hanya sertai blog kami dan anda turut mendapat tawaran hebat ini. Hanya klik " join " di item Followers yang terdapat di sebelah kanan blog kami dan anda terus akan menikmati tawaran terhebat kami ini.Sila maklumkan penyertaan anda kepada kami semasa ingin memaharkan barangan kami.

1.Pihak Pusaka-Ilmuanwali Tidak berminat untuk berurusan dengan ‘ broker-broker ’ atau orang tengah dan sesiapa sahaja yang berkait dengan urusan BARANG KEBAL UMUM ATAU KEBAL KULIT, BARANG TEMBUS PANDANG, DELIMA MERAH AIR ( AZIMAH MERAH DELIMA ), GELIGA EMBUN HALIMUNAN DALAM AIR, KERIS BASAH, KERIS BERDIRI, KERIS BERGERAK dan sebagainya. Jika adapun Pusaka-Ilmuanwali memaharkan keilmuan seumpama ini, maka pihak yang HANYA kami mengalu-alukan adalah PEMBELI ATAU PEMAHAR SAHAJA. InsyaAllah barulah urusan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya.

2.Pihak Pusaka-Ilmuanwali tidak berminat dengan sebarang urusan ‘ tarik duit ’, pulihkan duit tarik, pulihkan emas tarik, pulihkan duit hancur dan berkara-perkara yang seumpamanya. Pihak Pusaka-Ilmuanwali mempunyai sebab tersendiri untuk menetapkan pendirian ini.

3.Pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak menawarkan Ilmu yang menggalakkan maksiat berlaku secara berleluasa iaitu Ilmu Menurun Nombor Ekor atau Berjudi, Ilmu Pengasihan untuk 'Gay' atau 'Lesbian' dan Khadam Pengasihan atau Pelarisan Bersifat 'HITAM'. Pihak kami mempunyai pendirian yang kukuh tentang hal ini.

4.Akhir sekali, pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak akan melayan dan tidak berminat untuk menjadi tempat bertanya kepada individu yang memaharkan keilmuan mistik dari sumber yang tidak ada kaitan dengan pihak Pusaka-Ilmuanwali sendiri. Melainkan untuk proses penambahbaikan dan pemulihan kekuatan barangan mistik itu sendiri. Mahar atas usaha tersebut akan dimaklumkan pihak kami setelah mendapat persetujuan hasil perbincangan dengan individu yang berminat untuk melakukan proses ini. InsyaAllah.

5.27.2013

GURINDAM SYEIKH MUHAMMAD SOLIHEN UNTUK TAHUN 2012



SEKARANG KAU GEMBIRA?

Sekarang, jangan hanya berlalu pergi
Berpura-pura segala-galanya akan tenang
Dan engkau tidak memikirkan tentang aku
Dan aku tahu tidak ada gunanya
Bila semua pembohonganmu menjadi benar dan aku tidak hiraukannya

Bolehkah engkau melihat sedalamnya di mataku
Dan memberitahuku bahawa kau gembira sekarang
Sanggupkah kau beritahu sejujurnya atau hapuskan aku?
Adakah kau gembira sekarang?
Pembohonganmu tiada pengakhiran?

Setelah segalanya engkau rampas
Dan meninggalkanku pinggan kosong
Dan engkau tiada mempedulikan aku
Dan aku nekad meninggalkan permainan ini
Aku akan meninggalkanmu semua kesalahan ini kerana tidak sedikitpun aku kesal
Melihatkan engkau yang tiada sekelumit sesal

Adakah kau memiliki segalanya sekarang?
Adakah benar engkau mempunyai segala-galanya yang kau mahu?
Atau tiada engkau berikan sesuatu yang tiada engkau dapatkan
Nyata engkau tidak boleh lari dari kejahatan diri sendiri

Renunglah sedalamnya ke mataku
Bolehkah engkau melihat aku di mata?
Aku mampu merampas segalanya keranaku mahu
Aku tidak akan hancur kerana
Aku puas bergembira saat ini
Adakah engkau gembira sekarang?

~ Puisi ini ditulis oleh Syeikh Muhammad Solihen di atas kekesalan beliau terhadap penipuan duniawi yang berleluasa pada tahun lepas. Dunia oh dunia...~

Sekadar perkongsian dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati...

Yang benar,
Moderator FB dan Blog Pusaka Alam 2U

5.25.2013

GURINDAM PENGASAS BLOG

MERINDUI KEHILANGAN AKAN SESUATU

Tolong, tolonglah maafkan diriku,
Tetapi aku tidak akan berada di rumah ini lagi,
Mungkin suatu hari nanti engkau akan melihat ke atas,
Dan hampir separuh sedar kau akan berkata sendiri,
"Semacam ada sesuatu yang hilang?"

Kau tidak akan menangis kerana ketiadaan aku,
Aku cukup tahu,
Kau telah melupakan aku sekian lama,
Adakah aku tidak penting padamu?
Sememangnya begitu dan tidak penting?
Bukan sesuatu yang hilang dari dirimu?
Tidak adakah seseorang yang merindui aku?

Walau sebanyak manapun aku berkorban,
Engkau tidak akan mencuba untuk aku, bukan sekarang,
Walaupun aku terpaksa mati untuk mengetahui adakah kau menyayangi diriku?
Aku tetap bersendirian selalu,
Tiadakah seseorang yang merindui diriku?

Tolonglah maafkan aku,
Tetapi aku tidak akan berada di rumah ini lagi,
Aku tahu apa yang kau lakukan untuk dirimu,
Aku bernafas sedalamnya dan menangis sepuasnya,
"Bukankah ada sesuatu yang hilang”?
Memang tiada sesiapa merindui diriku?

Dan jika aku terluka,
Tetap akan mengalir berdarah darah itu,
Mengetahui yang kau tidak akan pedulikan aku,
Dan jika aku tidur hanya untuk bermimpi akan dirimu,
Aku akan bangun sendiri tanpa engkau di sana,
Bukankah ada sesuatu yang hilang?
Bukankah sesuatu....

- Puisi Syeikh Muhammad Solihen -

GURINDAM CERITA KEHIDUPAN

SEMUA ORANG JADI BINGUNG

Sempurna secara semulajadinya
Ikutan perasaan puas sendiri
Hanya semua yang kita perlu tahu
Lebih banyak pembohongan tentang dunia kamu

Tidak pernah dan tidak akan sekalipun
Tidak malukah engkau? Adakah kau tidak melihat diriku?
Engkau tahu yang semua orang tertipu keranamu?

Lihatlah di sini dia datang kini
Tunduk dan merenung dalam tertanya-tanya
Oh bagaimana kami boleh menyukai kamu
Kelemahan engkau jelas apabila berpura-pura
Tetapi sekarang aku sudah ketahui kamu

Tidak pernah dan tidak akan sekalipun
Kau tidak tahu bagaimana engkau telah mengkhianati aku
Dan bagaimanapun kau tetap membuat semua orang tertipu

Tanpa topeng di manakah kau akan bersembunyi?
Tiada dapat kau mencari diri sendiri
Yang hilang dalam pembohongan ciptaanmu

Aku tahu kebenaran kini
Aku tahu siapa sebenarnya engkau
Dan aku tidak suka kepada engkau lagi

Tidak pernah dan tidak akan terjadi
Engkau terus hilang di dalam
Kesesatan ciptaanmu sendiri

Tidak pernah dan tidak akan terjadi
Kau bukan dirimu yang sebenar dan
Tidak boleh menyelamatkan aku
Kini kau menjadi kebodohan semua orang
Yang sedar akan realiti pembohonganmu...

Bait-bait puisi ini adalah ditulis oleh Syeikh Muhammad Solihen pada 3 tahun lepas selepas dikhianati oleh seorang sahabat karib beliau yang memfitnah beliau setelah 'menumpang' selama 3 bulan di rumah beliau.. Pengasas Pusaka Alam 2U sudah memaafkan sahabatnya itu tetapi kesal kenapa sahabatnya itu berubah secara tiba-tiba hanya kerana 'kehendak yang tinggi'nya tidak kesampaian.Kami memohon doa kepada Allah s.w.t. supaya diberikan hidayah kepadanya dan semoga sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t. Bait puisi mungkin agak kasar, tetapi buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih.Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah 'isi' pada setiap perkataan dalam puisi tersebut, dalam maknanya.Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Moderator FB dan Blog Pusaka Alam 2U

5 JENIS MAKANAN YANG BOLEH MENGURANGKAN LEMAK DALAM BADAN

Banyaknya timbunan lemak di dalam tubuh pastinya tidak baik untuk kesihatan selain itu bagi orang yang gemuk mengurangi jumlah lemak ditubuh juga merupakan impian bagi mereka. Jika anda yang pada saat ini ingin mengurangi lemak yang ada di dalam tubuh sebaiknya mengamalkan makanan berikut ini yang sangat ampuh mengurangi lemak yang ada di dalam tubuh anda. 5 Makanan Yang Boleh Hilangkan Lemak berikut adalah :

1. Cincau hijau
Mengandung karbohidrat, polifenol, vitamin A dan B. 100 gram cincau hijau mengandung 6,23 gram serat kasar, memadai untuk memenuhi keperluan serat harian. Manfaat lain, iaitu mengurangi panas perut, menurunkan tekanan darah, meredakan bisul dan demam.

2. Agar-agar
Agar-agar, yang terbuat dari rumput laut mengandungi serat larut air. Berkemampuan untuk menurunkan konsentrasi kolesterol darah sehingga dapat mencegah penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

3. Cincau hitam
Secara tradisional dipercayai sebagai meredakan kepanasan, demam, sakit perut,muntah, batuk, pencegah gangguan pencernaan dan penurun tekanan darah.

4. Teh hijau
Mengandung polifenol, antioksidan tinggi yang efektif memerangi radikal bebas. Polifenol membantu menjaga pembuluh darah dari penyempitan arteri yang berpotensi menaikkan tekanan darah, juga membantu mengurangi risiko kanser, serta efektif untuk menurunkan berat badan.

5. Teh rosela
Penelitian menunjukkan, rosela mengandung betasitosterol yang mempunyai struktur kimia mirip kolesterol. Fungsinya menghambat penyerapan kolesterol.Dengan ,mengambil satu liter teh rosela sebelum sarapan selama empat minggu juga mampu menurunkan tekanan darah tingkat rendah dan sedang. Daya kerjanya hampir sama dengan ubat anti hipertensi komersial yang ada dijual di farmasi.

Selalu mengamalkan meminum cincau dan dicampur dengan sesudu madu asli dan dicampur dengan jintan hitam ( Habbatus Sawda ) dan membaca Surah Al-Fatihah 10 Kali, Surah mu'awwidhatayn ( Al-Falaq dan An-Nas ) juga 10 kali dan ditiup ke minuman tersebut 10 kali dan niatkan Ya Allah, sembuhkanlah sebarang racun serta ( santau ) jika sekiranya ada dalam jasad aku yang bukan asalnya sejak azali sudah ada, sembuhkanlah dan hilangkanlah Ya Allah... Amal selama 10 hari ( 3 kali setiap hari ) InsyaAllah sembuh sepenuhnya santau itu dengan izin Allah...cubalah amalkan.

Perkongsian ini adalah daripada pengasas blog dan FB Pusaka Alam 2U

Yang benar,
Moderator Pusaka Alam 2U

5.15.2013

SEJARAH SYAIKH SITI JENAR

Nama asli Syaikh Siti Jenar adalah Sayyid Hasan ’Ali Al-Husaini, dilahirkan di Persia, Iran. Kemudian setelah dewasa mendapat gelaran Syaikh Abdul Jalil. Dan ketika datang untuk berdakwah ke Caruban, sebelah tenggara Cirebon. Dia mendapat gelaran Syaikh Siti Jenar atau Syaikh Lemah Abang atau Syaikh Lemah Brit.

Syaikh Siti Jenar adalah seorang sayyid atau habib keturunan dari Rasulullah Saw. Nasab lengkapnya adalah Syaikh Siti Jenar [Sayyid Hasan ’Ali] bin Sayyid Shalih bin Sayyid ’Isa ’Alawi bin Sayyid Ahmad Syah Jalaluddin bin Sayyid ’Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik Azmat Khan bin Sayyid 'Alwi 'Ammil Faqih bin Sayyid Muhammad Shohib Mirbath bin Sayyid 'Ali Khali Qasam bin Sayyid 'Alwi Shohib Baiti Jubair bin Sayyid Muhammad Maula Ash-Shaouma'ah bin Sayyid 'Alwi al-Mubtakir bin Sayyid 'Ubaidillah bin Sayyid Ahmad Al-Muhajir bin Sayyid 'Isa An-Naqib bin Sayyid Muhammad An-Naqib bin Sayyid 'Ali Al-'Uraidhi bin Imam Ja'far Ash-Shadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam 'Ali Zainal 'Abidin bin Imam Husain Asy-Syahid bin Sayyidah Fathimah Az-Zahra binti Nabi Muhammad Rasulullah Saw.

Syaikh Siti Jenar lahir sekitar tahun 1404 M di Persia, Iran. Sejak kecil ia berguru kepada ayahnya Sayyid Shalih dibidang Al-Qur’an dan Tafsirnya. Dan Syaikh Siti Jenar kecil berhasil menghafal Al-Qur’an usia 12 tahun.

Kemudian ketika Syaikh Siti Jenar berusia 17 tahun, maka ia bersama ayahnya berdakwah dan berdagang ke Melaka. Tiba di Melaka ayahnya, yaitu Sayyid Shalih, diangkat menjadi Mufti Melaka oleh Kesultanan Melaka dibawah pimpinan Sultan Muhammad Iskandar Syah. Saat itu. Kesultanan Melaka adalah di bawah komando Khalifah Muhammad 1, Kekhalifahan Turki Utsmaniyyah. Akhirnya Syaikh Siti Jenar dan ayahnya bermukim di Melaka.

Kemudian pada tahun 1424 M, Ada perpindahan kekuasaan antara Sultan Muhammad Iskandar Syah kepada Sultan Mudzaffar Syah. Sekaligus pergantian mufti baru dari Sayyid Sholih [ayah Siti Jenar] kepada Syaikh Syamsuddin Ahmad.

Pada akhir tahun 1425 M. Sayyid Shalih beserta anak dan isetrinya pindah ke Cirebon. Di Cirebon Sayyid Shalih menemui sepupunya yaitu Sayyid Kahfi bin Sayyid Ahmad.

Posisi Sayyid Kahfi di Cirebon adalah sebagai Mursyid Thariqah Al-Mu’tabarah Al-Ahadiyyah dari sanad Utsman bin ’Affan. Sekaligus Penasehat Agama Islam Kesultanan Cirebon. Sayyid Kahfi kemudian mengajarkan ilmu Ma’rifatullah kepada Siti Jenar yang pada waktu itu berusia 20 tahun. Pada saat itu Mursyid Al-Thariqah Al-Mu’tabarah Al-Ahadiyah ada 4 orang, yaitu:

1. Maulana Malik Ibrahim, sebagai Mursyid Thariqah al-Mu’tabarah al-Ahadiyyah, dari sanad sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq, untuk wilayah Jawa Timur, Jawa Tengah, Bali, Sulawesi, Kalimantan, Nusa Tenggara, Maluku, dan sekitarnya
2. Sayyid Ahmad Faruqi Sirhindi, dari sanad Sayyidina ’Umar bin Khattab, untuk wilayah Turki, Afrika Selatan, Mesir dan sekitarnya,
3. Sayyid Kahfi, dari sanad Sayyidina Utsman bin ’Affan, untuk wilayah Jawa Barat, Banten, Sumatera, Champa, dan Asia tenggara
4. Sayyid Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Ja’far al-Bilali, dari sanad Imam ’Ali bin Abi Thalib, untuk wilayah Makkah, Madinah, Persia, Iraq, Pakistan, India, Yaman.

Kitab-Kitab yang dipelajari oleh Siti Jenar muda kepada Sayyid Kahfi adalah Kitab Fusus Al-Hikam karya Ibnu ’Arabi, Kitab Insan Kamil karya Abdul Karim al-Jilli, Ihya’ Ulumuddin karya Al-Ghazali, Risalah Qushairiyah karya Imam al-Qushairi, Tafsir Ma’rifatullah karya Ruzbihan Baqli, Kitab At-Thawasin karya Al-Hallaj, Kitab At-Tajalli karya Abu Yazid Al-Busthamiy. Dan Quth al-Qulub karya Abu Thalib al-Makkiy.

Sedangkan dalam ilmu Fiqih Islam, Siti Jenar muda berguru kepada Sunan Ampel selama 8 tahun. Dan belajar ilmu ushuluddin kepada Sunan Gunung Jati selama 2 tahun.

Setelah wafatnya Sayyid Kahfi, Siti Jenar diberi amanat untuk menggantikannya sebagai Mursyid Thariqah Al-Mu’tabarah Al-Ahadiyyah dengan sanad Utsman bin ’Affan. Di antara murid-murid Syaikh Siti Jenar adalah: Muhammad Abdullah Burhanpuri, Ali Fansuri, Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai, Abdul Ra’uf Sinkiliy dan lain-lain.

KESALAHAN SEJARAH TENTANG SYAIKH SITI JENAR YANG MENJADI FITNAH ADALAH:

1. Menganggap bahawa Syaikh Siti Jenar berasal dari cacing. Sejarah ini bertentangan dengan logic akal manusia dan Syari’at Islam. Tidak ada bukti panduan yang kuat bahawa Syaikh Siti Jenar berasal dari cacing. Ini adalah sejarah bohong. Dalam sebuah naskah klasik, Serat Candhakipun Riwayat jati ; Alih aksara; Perpustakaan Daerah Propinsi Jawa Tengah, 2002, halaman 1, cerita yg masih sangat popular tersebut dibantah secara tegas, “Wondene kacariyos yen Lemahbang punika asal saking cacing, punika ded, sajatosipun inggih pancen manungsa darah alit kemawon, griya ing dhusun Lemahbang.” [Adapun diceritakan kalau Lemahbang (Syekh Siti Jenar) itu berasal dari cacing, itu salah. Sebenarnya ia memang manusia yang akrab dengan rakyat jelata, bertempat tinggal di desa Lemah Abang]….

2. “Ajaran Manunggaling Kawulo Gusti” yang diidentitikan kepada Syaikh Siti Jenar oleh beberapa penulis sejarah Syaikh Siti Jenar adalah bohong, tidak berdasar kepada sejarah asal. Istilah itu berasal dari Kitab-kitab Primbon Jawa. Padahal dalam Suluk Syaikh Siti Jenar, beliau menggunakan kalimat “Fana’ wal Baqa’. Fana’ Wal Baqa’ sangat berbeza penafsirannya dengan Manunggaling Kawulo Gusti. Istilah Fana’ Wal Baqa’ merupakan ajaran tauhid, yang merujuk pada Firman Allah: ”Kullu syai’in Haalikun Illa Wajhahu”, artinya “Segala sesuatu itu akan rosak dan binasa kecuali Dzat Allah”. Syaikh Siti Jenar adalah penganut ajaran Tauhid Sejati, Tauhid Fana’ wal Baqa’, Tauhid Qur’ani dan Tauhid Syar’iy.

3. Dalam beberapa buku diceritakan bahawa Syaikh Siti Jenar meninggalkan Sholat, Puasa Ramadhan, Sholat Jum’at, Haji dan sebagainya. Syaikh Burhanpuri dalam Risalah Burhanpuri halaman 19 membantahnya, ia berkata, “Saya berguru kepada Syaikh Siti Jenar selama 9 tahun, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, bahwa dia adalah pengamal Syari’at Islam Sejati, bahkan solat sunnah yang dilakukan Syaikh Siti Jenar adalah lebih banyak daripada manusia biasa. Tidak pernah bibirnya berhenti berdzikir “Allah..Allah..Allah” dan membaca Shalawat nabi, tidak pernah ia putus puasa Daud, Isnin-Kamis, puasa Yaumul Bidh, dan tidak pernah saya melihat dia meninggalkan sholat Jumaat”.

4. Beberapa penulis telah menulis bahwa kematian Syaikh Siti Jenar, dibunuh oleh Wali Songo, dan mayatnya berubah menjadi anjing. Bantahan saya: “Ini suatu penghinaan kepada seorang Waliyullah, seorang cucu Rasulullah. Sungguh amat keji dan biadab, seseorang yang menyebut Syaikh Siti Jenar lahir dari cacing dan meninggal jadi anjing. Jika ada penulis menuliskan seperti itu. Bererti dia tidak mampu berfikiran jernih. Dalam teori Antropologi atau Biologi Quantum sekalipun.Manusia lahir dari manusia dan akan wafat sebagai manusia. Maka saya meluruskan riwayat ini berdasarkan riwayat para habib, ulama’, kyai dan ahli sufi yang terpercaya kewara’annya. Mereka berkata bahawa Syaikh Siti Jenar meninggal dalam kondisi sedang bersujud di Pengimaman Masjid Agung Cirebon. Setelah sholat Tahajjud. Dan para pelajar baru mengetahuinya saat akan melaksanakan solat Subuh.“

5. Cerita bahawa Syaikh Siti Jenar dibunuh oleh Sembilan Wali adalah bohong. Tidak memiliki sejarah asas dan bertulis yang kukuh. Cerita itu hanyalah cerita rekaan yang ditambah-tambah, agar kelihatan dahsyat, dan laku bila dijadikan filem atau hikayat. Bantahan saya: “Wali Songo adalah penegak Syari’at Islam di tanah Jawa. Padahal dalam Maqaashidus syarii’ah diajarkan bahwa Islam itu memelihara kehidupan [Hifzhun Nasal wal Hayaah]. Tidak boleh membunuh seorang jiwa yang mukmin yang di dalam hatinya ada Iman kepada Allah. Tidaklah mungkin 9 waliyullah yang suci dari keturunan Nabi Muhammad akan membunuh waliyullah dari keturunan yang sama. Tidak boleh diterima dengan logik akal.”

Penghancuran sejarah ini, menurut ahli Sejarah Islam Indonesia (Azyumardi Azra) adalah pakatan jahat Penjajah Belanda, untuk memecah belahkan umat Islam agar selalu bertikai antara Sunni dengan Syi’ah, antara Ulama’ Syari’at dengan Ulama’ Hakikat. Bahkan Penjajah Belanda telah mengklasifikasikan umat Islam Indonesia dengan Politik Devide et Empera [Politik Pecah Belah] dengan 3 kelas:
1) Kelas Santri [diidentikkan dengan 9 Wali]
2) Kelas Priyayi [diidentikkan dengan Raden Fattah, Sultan Demak]
3) Kelas Abangan [diidentikkan dengan Syaikh Siti Jenar]

Wahai kaum muslimin melihat fenomena seperti ini, maka kita harus waspada terhadap upaya jahat para kolonialist, imprealis, zionis, freemasonry yang memutar belitkan fakta terhadap penulisan sejarah Islam. Hati-hati supaya jangan kita bercanggah pendapat dengan sesama umat Islam. Jangan biar umat Islam ini pecah. Ulama’nya pecah. Mari kita bersatu dalam naungan Islam untuk kejayaan Islam dan umat Islam di dunia dan di akhirat.InsyaAllah.

~ Perkongsian ini dibenarkan oleh pengasas blog dan FB Pusaka Alam 2U ~

Semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah

LAPAN GOLONGAN YANG AKAN MENJADI SEBAIK-BAIK MANUSIA DI SISI ALLAH

 
( Gambar di atas sekadar ilustrasi semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia )
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Kepada semua sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap mukmin akan bercita-cita untuk menjadi insan cemerlang dan terbaik. Tetapi bukannya mudah untuk terpilih menjadi orang terbaik kerana untuk menjadi yang terbaik bukanlah dinilai dari ukuran manusia semata-mata, tetapi ukuran itu ditetapkan sendiri oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala melalui ucapan Nabi SAW.

Terdapat lapan golongan manusia seperti yang dinyatakan oleh Nabi SAW.

Golongan tersebut adalah seperti berikut :

PERTAMA : TIDAK INGKAR UNTUK MEMBAYAR HUTANG.

Mereka yang membantu saudaranya yang susah lalu memberikan hutang adalah satu perbuatan yang mulia di sisi Allah SWT.Memberi hutang lebih besar ganjaran pahalanya daripada bersedekah . Mengenai kebaikan memberi pinjaman dan sedekah kepada mereka yang memerlukan, firman Allah SWT ialah “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” – (Surah al-Baqarah ayat 245)

Begitu juga hadis Nabi SAW menyatakan: “Pada malam aku diisra’kan (Mikraj) aku melihat tulisan di atas pintu syurga, ‘Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda‘. Aku bertanya Jibril kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah? Jawabnya, kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan” (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Baihaqi).

Sesiapa yang berhutang kerana keperluan hidup sedangkan hatinya berniat untuk membayar balik maka hutangnya akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Maksudnya : "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Hadis Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Dalam hadis Nabi SAW ada menyatakan :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عن رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أنه فَقَالَ « خَيْرُكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً » متفق عليه

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan: Bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang. ” (Muttafaqun ‘alaih)

KEDUA : BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA.

Kenapa belajar dan mengajarkan al-Quran akan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT? Ini adalah kerana tidak ada kitab yang paling baik melainkan kitab Al-Quran nul karim. Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT melalui malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah SAW. Di dalam al-Quran mengandungi hukum hakam dan panduan hidup manusia. Al-Quran berbeza dengan kitab-kitab yang lain kerana membaca satu huruf sahaja akan mendapat ganjaran 10 kali ganda. Manusia tidak akan sesat jika berpandu kepada ajaran al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)” (Hadis Riwayat Muslim) Bermaksud jika anda berusaha untuk membaca Al-Quran walaupun dalam keadaan anda tidak mahir dalam membacanya, maka Allah SWT memuliakan golongan dengan dua pahala ( kebajikan ) melebihi orang yang mahir, maka seharusnya kita menggalakkan pembacaan Al-Quran sesama muslim dan ahli keluarga kita sebagai suatu budaya yang baik untuk diamalkan.InsyaAllah.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang maksud :“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنْ عُثْمَانَ – رضى الله عنه- عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ» رواه البخاري

Maksudnya: Ustman bin Affan radhiyallahu ‘anhu berkata: Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis riwayat Bukhari). Jika kita sudah pandai dan mahir akan bacaan Al-Quran, adalah terlebih baik kita mengajarkannya kepada sesama muslim. Mungkin dalam bentuk tadarus Al-Quran atau berbentuk ilmu yang bagus untuk diamalkan.InsyaAllah.

KETIGA : ORANG YANG PALING DIHARAPKAN KEBAIKANNYA DAN PALING JAUH KEBURUKANNYA.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Katakanlah: 'Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu'. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Surah Az-Zumar ayat 10)

Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”. (Hadis Riwayat Muslim) Maka perlulah kita bercakap tentang perkara yang membawa kepada manfaat dan bukanlah bercakap tentang hal yang mengaibkan manusia yang lain, bercakap sesuatu yang boleh menumbuhkan rasa riya’, takabbur, ujub dan takbur tentang kelebihan diri kita atau sesuatu nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Berkatalah perkara yang baik-baik dan bermanfaat ataupun diam adalah lebih baik daripada berbicara yang boleh membawa kepada dosa dan perkara maksiat.

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَقَفَ عَلَى أُنَاسٍ جُلُوسٍ فَقَالَ « أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِكُمْ مِنْ شَرِّكُمْ ». قَالَ فَسَكَتُوا فَقَالَ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَقَالَ رَجُلٌ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنَا بِخَيْرِنَا مِنْ شَرِّنَا. قَالَ « خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ …» رواه الترمذى

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berdiri di hadapan beberapa orang, lalu bersabda: “Mahukah kalian aku beritahukan sebaik-baik dan seburuk-buruk orang dari kalian?”

Mereka terdiam, dan Nabi bertanya seperti itu tiga kali, lalu ada seorang yang berkata: “Ya, kami mahu wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami sebaik-baik dan buruk-buruk kami,”

Baginda bersabda: “Sebaik-sebaik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan sedangkan keburukannya terjaga…” (Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’. no. 2603)

KEEMPAT : MENJADI SUAMI YANG PALING BAIK TERHADAP KELUARGANYA.

Seseorang mukmin yang berlemah lembut dan menjalankan tarbiah terhadap ahli keluarganya adalah adalah ciri-ciri suami yang baik. Suami yang baik dan bertanggungjawab akan menjadi contoh kepada isteri dan anak-anaknya dalam menguruskan bahtera rumahtangga. Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik sebagai suami dan bapa ketika bersama-sama ahli keluarganya.

Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh suami kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

Dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى

Maksudnya: “Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah Sallallau ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Ash Shahihah (no. 285)

KELIMA : ORANG YANG PALING BAIK AKHLAKNYA DAN MENUNTUT ILMU.

Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik).” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Aisyah r.ha. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Sesungguhnya seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam'.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan." (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Menuntut ilmu adalah satu kefarduan dan sesiapa yang keluar rumah untuk menuntut ilmu bermakna ia menuju jalan ke syurga.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di khalayak para malaikat yang berada di sisi-Nya.” ( Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867 ) Menuntut ilmu pula biarlah ilmu yang Haq ( sahih dan jelas ), bermanfaat dan juga membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.InsyaAllah.

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «خَيْرُكُمْ إِسْلاَماً أَحَاسِنُكُمْ أَخْلاَقاً إِذَا فَقِهُوا» رواه أحمد

Maksudnya: “Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian Islamnya adalah yang paling baik akhlak jika mereka menuntut ilmu.” (Hadis riwayat Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ .no. 3312) Akhlak yang baik adalah cermin dari iman yang sempurna dan hati yang suci. Jika bagus imannya maka baguslah akhlaknya, jika indah dan suci hatinya maka akan terzahir dari segi perbuatan dan perkataan yang dituturkannya.InsyaAllah.

KEENAM : ORANG YANG MEMBERIKAN MAKANAN.

Salah satu sifat orang mukmin yang bertakwa adalah membantu golongan yang miskin dan memerlukan bantuan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik ( menafkahkan hartanya di jalan Allah ), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.” (Surah al-Baqarah (2) ayat 245)

Sabda Nabi SAW maksudnya : ”Barangsiapa memberi makan orang lapar, Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga. Barangsiapa memberi minuman kepada orang haus, Allah pada hari kiamat nanti akan memberinya minuman syurga yang amat lazat (ar-rahiq al-makhtum), dan barangsiapa memberi pakaian orang yang telanjang, Allah akan memberinya pakaian syurga yang berwarna hijau (khudhr al-jannah).” (Hadis Riwayat Abu Daud no 1432; Tirmizi no 2373)

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنْ حَمْزَةَ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ رضي الله عنه قَالَ: فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «خَيْرُكُمْ مَنْ أَطْعَمَ الطَّعَامَ» رواه أحمد

Maksudnya: Hamzah bin Shuhaib meriwayatkan dari bapanya radhiyallahu ‘anhu yang berkata: Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang memberikan makanan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ . no. 3318)

KETUJUH : ORANG YANG PANJANG UMUR DAN BAIK PERBUATANNYA.

Umur panjang adalah kurniaan Allah SWT kepada manusia yang dipilih-Nya. Jika diberikan umur yang panjang manusia sentiasa mentaati perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya maka beruntunglah ia, tetapi jika umurnya panjang tetapi manusia masih tidak sedar diri hidup bergelumangan dengan noda dan dosa, melabur hartanya dalam saham arak, masih suka buat fitnah, suka membuka aib orang lain, masih mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT, mencampuri antara urusan yang haq dah batil, menyesatkan manusia dengan perkara yang menyesatkan serta mensyirikkan Allah SWT maka jenis manusia seperti ini amat malang kerana dia menempah dirinya untuk masuk neraka. Perlu diingat kelebihan dirinya umur panjang, hartanya melimpah ruah dan sihat tubuh badan adalah merupakan istidraj (kemurkaan Allah) daripada Allah SWT, sampai masanya Allah SWT cabut nyawanya dalam keadaan yang su'ul khatimah dan mengaibkan, nauzubillah.

Sebaliknya pula jika seseorang itu dikurniakan umur yang panjang kemudian banyak amal soleh ikhlas kerana Allah SWT, amal ibadah kerana Allah SWT, berterusan jihadnya kerana Allah SWT, benci pada maksiat dan fitnah, sentiasa bertaubat, sentiasa memberi manfaat kepada orang lain dan umurnya dipergunakan untuk agama Allah SWT maka umur seperti ini adalah umur yang diberkati dan dia adalah manusia yang dipilih oleh Allah SWT.

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رضي الله عنه أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ خَيْرُ النَّاسِ قَالَ «مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ» رواه الترمذى

Maksudnya: Abdullah bin Busr radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa ada seorang Arab Badui berkata kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik manusia?” Baginda menjawab: “Siapa yang paling panjang umurnya dan baik amalannya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihut Targhib wat Tarhib . no. 3363)

KELAPAN : ORANG YANG PALING BERMANFAAT BAGI MANUSIA.

Mukmin yang beruntung adalah mukmin yang hidupnya di dunia sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Perbuatannya, ucapannya, nasihatnya, gerak kerjanya, tulisannya dan pandangannya semuanya membawa kebaikan dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai serta tidak merugikan orang lain bahkan mempereratkan lagi silaturrahim sesama muslim dengan perbuatannya mahupun dengan perkataannya.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis Nabi SAW menyatakan :

عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya: “Jabir radhiyallau ‘anhuma bercerita bahwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (Hadis dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ . no. 3289)

Sekalian para sahabatku yang dikasihi,

Alangkan beruntungnya kita apabila kita termasuk dikalangan lapan golongan yang di panggil oleh Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik manusia. Mereka yang beramal soleh dan melakukan amal kebajikan ketika di dunia, dan termasuk di dalam sebaik-baik golongan seperti dihuraikan di atas maka mereka akan mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT dan akan berbahagia di dunia dan akhirat. Semoga bersama-samalah kita memperbanyakkan amal kerana Allah SWT, wasatiah dalam beramal ( mengimbangi tuntutan di dunia dan di akhirat ), sentiasa mengamalkan akhlak yang baik, menjaga segala pertuturan baik dari segi perkataan mahupun ucapan, meninggalkan perbuatan dosa dan meningkatkan pahala,menjauhkan diri daripada perkara batil dan syubhah ( sesuatu yang samar diantara yang Halal dan yang Haram ) serta berdoa akan redha Allah SWT kepada kita dan semoga kita sentiasa berada di dalam RahmatNya selalu. InsyaAllah. Sama-samalah kita memanjatkan doa semoga kita ditempatkan di kalangan orang-orang yang sentiasa mendapat Rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat. Akhirul kalam, semoga kita menjadi muslim yang sejati dan berakhlak mulia. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

~ perkongsian ilmu ini telah dibahaskan oleh Syeikh Muhammad Solihen semasa majlis bersama penuntut-penuntut ilmu Agama dan pelajar Malaysia di Mesir baru-baru ini ~

" Semoga bermanfaat untuk semua "

( Moderator blog dan FB Pusaka Alam 2U )

PEMBERITAHUAN PENTING

MENJAWAB PERSOALAN PELANGGAN BARU-BARU INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melayari FB Pusaka Alam 2U dan Blog ini. Baru-baru ini terdapat beberapa orang pelanggan ( 5@6 orang ) yang mana kebanyakkannya pelanggan yang pernah memaharkan barangan kami serta 2 orang pelanggan yang mungkin baru sahaja nak memaharkan barangan serta keilmuan kami bertanya tentang kenapa pihak kami biasanya meminta nama penuh berbinkan ibu dan bapa serta tarikh lahir. Sebelum menjawab pertanyaan anda, saya ( Moderator FB dan blog ) terlebih dahulu mendapatkan penjelasan daripada pengasas blog dan FB Pusaka Alam 2U. Berikut adalah jawapan beliau :

" Dulu ( 3 tahun lepas ) pernah seorang blogger ( bukan blogger barangan mistik ) pemilik restoran di Negeri Sembilan pernah membuat fitnah yang sama mengatakan bahawa barang di blog ( masa tu www.pusakaalam.net ) diambil dari Indon dan pihak kami suka 'mandrem' pelanggan yang mana pihak kami mintak nama berbinkan ibu dan ayah serta tarikh lahir. Pemilik restoran ( blogger ) tersebut membuat terlalu banyak komen di bawah setiap item di dalam blog sampai ramai juga pada waktu itu bertanya kepada pengasas blog tentang komen tidak bertanggungjawab tersebut. Ini adalah tidak benar sama sekali.Pihak kami dulu pernah ke Negeri Sembilan bersama pihak Polis Cawangan Khas ( untuk menjejaki pemilik restoran tersebut ). Namun semuanya sia-sia kerana ramai yang mengatakan bahawa orang yang pihak kami cari itu 'tidak wujud'. Pada masa itu, pihak kami juga telah dinasihatkan oleh peguam syarikat dan juga pihak polis supaya mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sendiri permasalahan ini. Akhirnya, pengasas blog telah meminta supaya pemilik restoran tersebut supaya tidak meletakkan komen lagi seperti itu dan jika tidak, pihak kami tidak teragak-agak akan menjejakinya sampai dapat dan akan melakukan upacara 'Sumpah Laknat' yang mana masing-masing perlu bersumpah dengan nama Allah sambil memegang Al-Quran di atas kepala masing-masing. Caranya senang, masing-masing akan mengucapkan satu baris perkataan pada masa yang sama dan jika sesiapa yang bersalah antara salah seorang yang bersumpah, maka kesalahan itu akan diserahkan kepada Allah untuk menghukumnya.Sejak daripada itu, pemilik restoran tersebut terus mendiamkan diri sampai sekarang. Mungkin takut sebab dakwaannya itu tidak berasas " jelas Syeikh Muhammad Solihen semasa saya menelefon beliau kelmarin.

Menurut Syeikh Muhammad Solihen, nama ibu dan bapa serta tarikh lahir yang pihak kami minta adalah semata-mata untuk memohon petunjuk daripada Allah dengan lebih tepat tentang apakah masalah sebenar yang dialami oleh pelanggan yang memaharkan barangan serta ilmu di blog ataupun di FB Pusaka Alam 2U. Ini kerana, biasanya pelanggan ini memaharkan barangan atau ilmu untuk membantu menyelesaikan masalah semasa yang mereka hadapi dan ada juga yang sekadar berminat untuk membuat koleksi. Berdasarkan pengalaman beliau lebih 11 tahun dalam bidang ini, kadang-kadang banyak faktor yang menyebabkan barangan dan keilmuan yang dimaharkan lambat menjadi, tidak serasi dan mungkin terus tidak menjadi.Walaupun kebanyakkan barangan dan ilmu yang dimaharkan menjadi dengan izin Allah, namun terdapat juga beberapa individu yang memaharkan barangan dan ilmu dengan pihak kami mendakwa kurang menjadi dan atas beberapa faktor masalah individu tersebut kadang-kadang barangan yang dimaharkan langsung tidak menjadi. Justeru itu, pihak kami memerlukan maklumat tambahan tersebut sekadar untuk membantu secara ( ' rohaniah dan spiritual' serta melakukan 'Falakiah ) kira-kira mengikut kaedah ilmuan Islam zaman dahulu kala untuk menyelesaikan masalah pelanggan yang memaharkan barangan dan keilmuan daripada pihak kami secara berperingkat tanpa sebarang bayaran tambahan.Secara jujurnya, sebenarnya masalah seperti ini terjadi mungkin atas sebab tertentu seperti masalah gangguan makhluk halus, terkena sihir, pelalau, masalah aura yang tidak seimbang, sengkolo ( sakat badan ) dan mungkin masalah gangguan saka yang berlaku kepada pelanggan tersebut. Jadi pihak kami mengambil langkah perihati dan inisiatif untuk menyelesaikan permasalahan anda ini secara RAHSIA sebelum barangan anda dihantar oleh pihak kami. Ini kerana pihak kami pun perlu wasatiah ( mengimbangi urusan dunia dan akhirat ) yakni sederhana. Berniaga pun berniaga juga namun untuk 'tabungan' di akhirat pun perlu juga. Tetapi pihak kami memaklumkan di sini bukanlah bermaksud apa-apa atau ada agenda tertentu. Sekadar menjawab pertanyaan anda yang bertanya melalui mesej di FB Pusaka Alam 2U.

Saya sebagai Moderator blog dan FB juga secara jujurnya melihat pengasas ( Syeikh Muhammad Solihen ) seorang yang sederhana dalam banyak urusan beliau. Baik dari segi berpakaian, berbicara, serta berkeperluan. Walaupun mungkin tidak ada masalah untuk hidup mewah ( mempunyai rumah yang besar, kereta yang mahal dan berjenama ) namun saya melihat beliau tidak menonjol jika dilihat dari beberapa perkara tersebut. Begitu juga dengan kegiatan dalam FB dan blog yang saya boleh katakan sebagai 'low-profile' dan tidak begitu menonjol. Jadi boleh dikatakan saya secara jujurnya ingin mencontohi beliau dalam beberapa perkara tersebut untuk menjaga hati saya supaya terlindung daripada sifat Mazmumah yakni Riya' dan Takabbur. Maaf ye Tuan Syeikh, sebab tulis pujian di sini. Jangan marah.....

Sekadar menjawab persoalan yang bertanya. Semoga persoalan ini dapat dijawab dengan baik oleh pihak kami dan seterusnya menjawab semua kemusykilan anda yang bertanya. Sekian, terima kasih dan harap maklum.

' Semoga bermanfaat untuk semua, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah. InsyaAllah '

Yang Benar,

Moderator FB dan Blog Pusaka Alam 2U

PERIHAL UJUB SECARA RINGKASNYA

 ( Gambar di atas sekadar imej semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia )

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri tanpa mengira semua itu asalnya datang dari keizinan Allah dan kurniaan Allah SWT.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Orang yang kaya , kagum dengan kemewahannya
Orang yang diberikan kelebihan, kagum dengan keajaibannya

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

Mintak dijauhkan semua ini daripada kita semua...Amin...

( Moderator Blog dan FB Pusaka Alam 2U )

5.03.2013

PERIHAL KHADAM JIN PEREMPUAN & KHADAM PUTERI JIN ISLAM

Baru-baru ini ada beberapa persoalan telah diajukan kepada pengasas blog mengenai Khadam Jin Perempuan dan Khadam Puteri Jin Islam daripada beberapa orang pelanggan yang ragu-ragu akan khadam itu sendiri.Sebenarnya, khadam-khadam ini 'diisikan' oleh seorang Guru Perempuan yang merupakan salah seorang guru kepada pengasas blog. Khadam yang akan dipindahkan merupakan sebenar-benarnya golongan Jin Islam yang sudah ditundukkan sepenuhnya oleh guru kami dengan kekuatan Ayat Suci Al-Quran, Asma'-asma' Sirr ( Asma' Rahsia ), Ilmu Rajahan dan Simbol Kenabian, Ilmu Ma'rifat ( Tauhid yang dalam ) dan beberapa ilmu rahsia yang mana jika Khadam-khadam ini cuba untuk ingkar kepada perjanjian mereka dengan guru perempuan tersebut maka secara automatik ( segera ) mereka akan hancur lebur dan musnah sekelip mata serta bukan bersifat menjadi 'saka' setelah dipindahkan.Kerana satu perjanjian telah dibuat oleh guru perempuan tersebut dengan khadam ini yang mana jika sekiranya anda meninggal dunia setelah mengambil khadam ini maka khadam ini akan kembali ke tempat asalnya sebagaimana perjanjiannya dengan guru perempuan tersebut.

InsyaAllah khadam tersebut bukanlah jenis yang bersifat negatif seperti Jin saka, hantu ( roh gentayangan ), jembalang, penunggu dan sebagainya.Mahar yang diminta oleh pihak kami adalah sebagai penebus dan penangkal segala perkara yang mungkin akan berbangkit di kemudian hari yang boleh menyebabkan khadam ini menjadi saka kepada anda dan anda jadi susah dan nazak semasa saat-saat sakaratul maut ( proses kematian ).Maka tidak perlulah anda semua di luar sana ragu-ragu akan khadam ini kerana pihak kami telah pun membuat kajian secara RAHSIA selama 5 tahun sebelum memaharkan khadam ini kepada anda.Ingat, pihak kami pun manusia biasa yang tahu membezakan hukum antara HALAL dan HARAM dan juga takut akan balasan buruk di NERAKA kelak jika sekiranya perkara ini boleh menyebabkan pihak kami layak ke NERAKA maka pihak kami sendiripun tidak akan memaharkannya kepada anda semua.Yang anda perlu berhati-hati adalah jika tiba-tiba ada individu yang menawarkan kepada anda khadam secara PERCUMA yang mana mungkin khadam itu sudah tidak sanggup untuk dijaga oleh individu itu sendiri.Sebab itu individu tersebut dengan mudahnya menawarkan Khadam secara PERCUMA dan tiada mahar yang diminta kerana tiada proses penebusan dan pembatal segala perkara berbangkit di kemudian hari dan oleh sebab itu khadam tersebut sememangnya boleh menjadi SAKA kepada anda. Secara realitinya pihak kami pernah mengubati beberapa individu yang sudah mengalami masalah seperti ini dalam 4 tahun kebelakangan ini.

Semoga pemberitahuan dan segala perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk semua.Pihak kami sekadar berpesan-pesan akan kebenaran dan semoga segala persoalan yang telah diajukan kepada pengasas blog terungkai dengan pemberitahuan ini. Harap maklum dan terima kasih.

" Buang yang keruh, ambil yang jernih "

~ Semoga artikel ini tidak disalah ertikan oleh sesetengah pihak kerana bersifat perkongsian ilmu semata-mata. Tiada kena mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup atau yang telah mati ~

( Artikel ini dikeluarkan atas arahan pengasas blog bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan pelanggan kami yang bertanya tentang perkara ini )

Yang Benar,
Moderator FB dan Blog Pusaka Alam 2U

5.01.2013

SEJARAH RINGKAS NUSANTARA ~ Sambungan Bab 3 ~



PERKARA LUAR BIASA YANG MENCARIK ADAT

Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara luar biasa yang mencarik adat yang boleh berlaku ke atas manusia. Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara yang di puji dan 4 perkara yang di keji dan menyalahi ajaran Islam. Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan perbezaan perkara-perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Bagi menjelaskan kekeliruan itu maka diperturunkan serba ringkas tentang perkara-perkara tersebut, agar pembaca semua dapat membuat penilaian dengan sebaik-baiknya.

Empat Perkara Yang Di Puji

1. Irhas.

Irhas ialah perkara luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi dan rasul-rasul ( SAHAJA ) semasa baginda masih kecil. Contohnya seperti Nabi Isa boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian. Perkara ini tidak menjadi kekeliruan kerana Nabi dan rasul telah tiada pada masa sekarang.


2. Mukjizat.

Mukjizat ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah hanya kepada Nabi-Nabi dan rasulnya ( SAHAJA ) bagi melancarkan usaha rasul-rasul tersebut menyampaikan dakwah dan risalah Allah. Contohnya seperti Mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh memahami bahasa semua binatang.

3. Karomah.

Karomah ialah suatu perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang mukmin yang berakhlak rasul dan benar-benar berpegang dengan ajaran Islam zahir dan batin ( WALI-WALI ALLAH SAHAJA ). Hal ini adalah perkara biasa bagi Mereka. Karomah merupakan suatu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang arif tentang Allah ( Arifbillah ) .Mereka ini adalah merupakan orang-orang yang alim dan sentiasa beramal soleh. Mereka mahir sekurang-kurangnya tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf serta mereka sentiasa beramal dengannya pada setiap masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka sentiasa dengan Allah tanpa dapat dipengaruhi oleh alam sekeliling. Mereka dimuliakan oleh ahli di langit dan diperhinakan oleh kebanyakan ahli di bumi.

4. Maunah.

Maunah ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang mukmin awam yang soleh, yang apabila di timpa sesuatu musibah atau hal ke atas dirinya, mereka terus melipat gandakan pergantungan dan keimanan kepada Allah serta memantapkanya melalui berbagai-bagai wirid, jampi ( Ruqyah ) dan doa serta amalan-amalan sunat yang lain. Maunah ini merupakan satu kemuliaan yang Allah kurniakan kepada diri zahir dan batin hamba-hambanya yang soleh. Mereka arif tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf tetapi kemampuan beramal mereka adalah terhad. Apabila berlaku sesuatu hal ke atas diri mereka samada mutlak dari Allah atau yang bersangkut paut dengan manusia, mereka terus melipatgandakan pergantungan diri dan keimanan kepada Allah serta memantapkan lagi dengan berbagai-bagai wirid, jampi ( ruqyah ), doa dan segala amalan sunat. Mereka tidak merasa sedih atau kecewa sekiranya permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Allah.

Empat Perkara Yang Di Keji

Perkara luar biasa yang di keji oleh Allah ialah perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang biasa melalui pertolongan selain daripada Allah. Contohnya melalui pertolongan khadam-khadam yang terdiri daripada Jin dan Syaitan dan sebagainya ( YANG DILAKNAT ALLAH S.W.T ). Perkara luar biasa jenis ini mestilah di jauhi oleh setiap orang Islam kerana ianya sesat dan menyesatkan. Perkara-perkara tersebut ialah :-

1. Istidraj

Istidraj ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada mereka yang berpura-pura beramal dengan amalan soleh, walaupun diri mereka mahir dengan fardhu ain, Usuluddin, fekah dan tasauf. Mereka berbangga dengan perkara luar biasa yang berlaku ke atas diri mereka sedangkan mereka mengetahui punca sebenar datangnya perkara luar biasa tersebut. Lazimnya golongan ini terikat dengan perjanjian serta mewujudkan pantang-larang yang selari dengan hukum syarak. Ini kerana khadam-khadam mereka adalah terdiri daripada golongan Jin Islam samada yang soleh, fasik atau terdiri daripada Jin yang kafir.

Setiap amalan wirid, jampi dan doa itu ada penjaganya (Khadam). Orang yang beramal dengan kaedah ini kebiasaannya mempunyai suatu perasaan tidak baik yang telah tersemat dalam diri mereka. Antara matlamat mereka ialah :-

a) Ingin di puja.
b) Ingin dikunjungi oleh orang ramai
c) Cinta kepada pangkat dan kebesaran
d) Ingin mendapatkan harta dan kuasa
e) Cintakan dunia yang berlebihan
f) Ingin menjadi orang yang penting dan terkemuka dalam setiap perkara

Golongan khadam ayat dari golongan puak rohani alam rendah memang dijadikan Allah untuk menyukakan golongan yang seumpama itu dengan beberapa perkara luar biasa. Mereka pada zahirnya kelihatan seperti orang yang beriman dan sentiasa menjaga syariat Islam serta berakhlak Rasul tetapi sebenarnya mereka beramal dengan perkara-perkara kufur dan telah terjun ke lembah kekufuran, samada mereka sedari atau tidak.

Punca kesesatan golongan ini ialah apabila rohani-rohani alam yang rendah mengunjungi mereka dalam tidur ataupun semasa jaga, dengan rupa atas nama-nama orang-orang soleh samada yang masih hidup ataupun yang telah mati atau mereka membuat Tajalli ketuhanan. Lazimnya mereka dibebankan dengan beberapa syarat yang menepati hukum syarak untuk diamalkan sebagai syarat perjanjian persahabatan dalam semua kelakuan melalui lidah, anggota dan hati, di semua tempat, waktu dan masa. Maka bermula di saat itu diri mereka berada di dalam Syirik Uluhiyyah dan segala rupa bentuk amalan syariatnya tidak ada nilai di sisi Allah.

Mereka sebenarnya mengetahui dari mana datangnya zahir perkara luar biasa pada perkataan, perbuatan dan kasad hati, tetapi mereka enggan meninggalkan amalan tersebut kerana mereka ingin menjadi jaguh dalam bidang perubatan dan sebagainya dengan mengadakan beberapa keajaiban dari berbagai-bagai jenis ubatan, kaedah perubatan dan sebagainya. Kadang-kadang melalui langkah mempertahankan diri. Mereka juga terjebak dalam permainan tunjuk kuat kebatinan supaya mereka di anggap orang yang paling makbul doanya atau paling keramat. Jika dia seorang ulama, maka dia inginkan supaya di kunjungi, di puja dan di hormati sebagai seorang Ahlillah secara mutlak, sedangkan dalam masa yang sama dia akan terasa hina dan hilang kewibawaan sebagai ulama, jika tiada pada dirinya, nyata beberapa perkara yang luar biasa.

2. Sihir.

Sihir ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-rang Islam yang durhaka (‘asi ) yang tidak faham aqidah, syariat dan ubudiah serta tidak beramal dengannya dan orang-orang yang fasik. Sihir juga diberikan oleh Allah kepada pendita-pendita bukan Islam samada Yahudi, Buddha, Nasrani, Majusi dan yang seumpama dengannya. Sihir ini terjadi melalui pertolongan daripada rohani Jin Islam yang fasik dan Jin-Jin yang kafir melalui perjanjian tertentu. Kebiasaannya golongan ini terikat dengan perjanjian dan mengadakan jamuan yang harus dan haram di sisi Syarak. Mereka mendapat perkara yang luar biasa ini adalah melalui pertolongan kumpulan Jin Islam yang fasik dan daripada Jin yang kafir.

Golongan orang Islam yang mendapat perkara luar biasa melalui kaedah ini selalunya sentiasa bergelumang dengan kejahatan dalam semua hal. Golongan ini sebenarnya Mulhid dan Zindik dalam bab aqidah. Selalunya mereka akan mengadakan berbagai cara atau upacara yang berselindung di sebalik ajaran Islam.Biasanya golongan seperti ini mencampuri urusan mereka dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. ( Bercampur antara perkara haq dan batil ).

3. Silap Mata.

Silap Mata adalah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang Islam yang fasik dan juga kepada orang-orang kafir, melalui pertolongan daripada Jin kafir. Oleh itu mereka juga terikat dengan perjanjian dan membuat perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak.

4. Sya’wazah.

Sya’wazah ialah perkara yang di kurniakan oleh Allah, yang berlawanan sama sekali daripada kehendak asal. Kebiasaannya perkara ini Allah berikan kepada golongan yang angkuh daripada orang-orang kafir. Misalnya apabila mereka meminta sesuatu yang baik, tetapi Allah kurniakan dengan sesuatu kejahatan yang berlipat ganda.

 ~ Perkongsian ini dibuat atas perbincangan ( Muzakarah ) pengasas blog dengan sahabatnya Ahli sejarah Malaysia dan juga beberapa guru daripada bidang tasauf dan juga bidang Ma'rifat ( Tauhid yang dalam ).InsyaAllah semoga bermanfaat untuk semua .Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Amin...~

BAYARAN

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA

“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”

~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~

( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )


NO

NAMA BANK

NOMBOR AKAUN

1.

MAYBANK

1630-1948-3075

2.

BSN

11105-29-00004105-4

3.

AMBANK

161-002-002698-0

4.

PUBLIC BANK

4-8714073-17

5.

TABUNG HAJI

630501048356540

6.

CIMB BANK

1305-0003830-20-8

7.

RHB BANK

1-13056-0008203-1

SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:

1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321

2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN

SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami melalui panggilan atau SMS di talian :

017-5959321
(MASTER REIKI Tabib Tok Adi )
24 JAM InsyaAllah