Tawaran Istimewa Dan Perubahan Nilai Mahar Ilmu

Sempena tahun ke-9 penubuhan blog Pusaka-ilmuanwali.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal tahun 2009,pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada pemahar keilmuan dan juga peminat ilmu ghaib kami melalui tawaran harga mahar ISTIMEWA khas untuk anda semua.Kami mempunyai ribuan pelanggan yang berurusan dengan kami yang kami jaga 'privasi' pembeli tanpa pemberitahuan tentang pembelian di atas sebab-sebab tertentu.Kami berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang spiritual dan mempunyai ramai penuntut dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Juga beberapa pelanggan dari negara Vietnam, Arab Saudi, Turkmenistan,Australia, Indonesia, Britain dan China.InsyaAllah barangan pesanan anda akan sampai paling awal sehari selepas pembayaran ilmu dibuat dan selewat-lewatnya 14 HARI jika tiada kesilapan teknikal ( untuk barangan umum ).Jika barangan khas terutamanya pengisian KHADAM maka tertakluk kepada tempoh masa pengisian dan urusan guru. InsyaAllah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami yang melayari blog ini. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 15 Mei 2012, Pihak Pusaka Ilmuan Wali telah membuat penambahbaikan dan pertukaran nilai mahar bagi beberapa ilmu beserta barangan PERCUMA khas untuk pelanggan-pelanggan yang memaharkan ilmu dari kami. Sila layari blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Pihak kami juga ingin memaklumkan tentang penambahan kos pos mengikut kawasan anda, HANYA untuk mahar ilmu yang bernilai BAWAH RM100 sahaja. Berikut adalah maklumat penambahan kos tersebut :

1. Sabah dan Sarawak - Tambahan RM15 untuk kos pos
2. Singapura - Tambahan RM60 untuk kos pos
3. Brunei - Tambahan RM70 untuk kos pos

( Pihak kami HANYA menggunakan perkhidmatan PosLaju Pos Malaysia sahaja.PEMBELIAN anda melebihi RM100 maka kos pos adalah percuma )

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tok Adi di talian 017-5959321 ( sms @ call ). Sekian, terima kasih.

MAHAR yang diletakkan untuk ilmu-ilmu di bawah adalah tetap. Tetapi di dalam sesetengah kes, bergantung juga kepada tahap masalah anda dan budi bicara guru ( Tok Adi ). InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya jika ada kemusykilan.
Sekian, terima kasih.

Memandangkan terlalu ramai pelanggan kami di dalam dan luar negara yang memohon Tawaran Diskaun Untuk Keilmuan terpilih dilanjutkan maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Disember 2017, Pihak Pusaka Ilmuan Wali

telah membuat TAWARAN DISKAUN 20% - 50% UNTUK KEILMUAN TERPILIH SAHAJA!!!
Untuk ahli baru, hanya sertai blog kami dan anda turut mendapat tawaran hebat ini. Hanya klik " join " di item Followers yang terdapat di sebelah kanan blog kami dan anda terus akan menikmati tawaran terhebat kami ini.Sila maklumkan penyertaan anda kepada kami semasa ingin memaharkan barangan kami.

1.Pihak Pusaka-Ilmuanwali Tidak berminat untuk berurusan dengan ‘ broker-broker ’ atau orang tengah dan sesiapa sahaja yang berkait dengan urusan BARANG KEBAL UMUM ATAU KEBAL KULIT, BARANG TEMBUS PANDANG, DELIMA MERAH AIR ( AZIMAH MERAH DELIMA ), GELIGA EMBUN HALIMUNAN DALAM AIR, KERIS BASAH, KERIS BERDIRI, KERIS BERGERAK dan sebagainya. Jika adapun Pusaka-Ilmuanwali memaharkan keilmuan seumpama ini, maka pihak yang HANYA kami mengalu-alukan adalah PEMBELI ATAU PEMAHAR SAHAJA. InsyaAllah barulah urusan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya.

2.Pihak Pusaka-Ilmuanwali tidak berminat dengan sebarang urusan ‘ tarik duit ’, pulihkan duit tarik, pulihkan emas tarik, pulihkan duit hancur dan berkara-perkara yang seumpamanya. Pihak Pusaka-Ilmuanwali mempunyai sebab tersendiri untuk menetapkan pendirian ini.

3.Pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak menawarkan Ilmu yang menggalakkan maksiat berlaku secara berleluasa iaitu Ilmu Menurun Nombor Ekor atau Berjudi, Ilmu Pengasihan untuk 'Gay' atau 'Lesbian' dan Khadam Pengasihan atau Pelarisan Bersifat 'HITAM'. Pihak kami mempunyai pendirian yang kukuh tentang hal ini.

4.Akhir sekali, pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak akan melayan dan tidak berminat untuk menjadi tempat bertanya kepada individu yang memaharkan keilmuan mistik dari sumber yang tidak ada kaitan dengan pihak Pusaka-Ilmuanwali sendiri. Melainkan untuk proses penambahbaikan dan pemulihan kekuatan barangan mistik itu sendiri. Mahar atas usaha tersebut akan dimaklumkan pihak kami setelah mendapat persetujuan hasil perbincangan dengan individu yang berminat untuk melakukan proses ini. InsyaAllah.

2.24.2013

PERIHAL BARANG KEBAL DAN KEBENARANNYA

" As'kum, Tuan Syeikh. Sy Zxxxx berasal dari Kedah. Berminat dengan barang kayu kebal kulit yang tuan maharkan. Boleh diuji terus atau mcamana Tuan? Sy btul2 berminat. Klu bleh diuji terus sy bank-in trus skrg "

( S.M. Solihen ) " Wsalam, kayu ni memang kebal kulit sahaja tetapi kalau nak uji kna btul2 yakin. Yakin dgn kuasa Allah yang menjadikan manusia pka
i kayu ni jd kebal. Bukan kayu ni ada kuasa kbal tsbut. Hrp mklum "

" Mknanya kena btul yakin ke Tuan? Ingtkn pegang trus kebal. Tkpelah nanti sy hubungi Tuan balik "

( S.M. Solihen ) " Ok. Wslam."

Sms di atas adalah contoh salah satu dari berpuluh-puluh dan mungkin beratus sms pasal barang kebal yang diterima oleh pengasas blog kami yang baru 5 tahun terlibat dengan perniagaan di internet ini. Realitinya ramai yang tercari-cari barang kebal ini kecewa dengan hasil dan manfaat barang-barang kebal yang dimaharkan, tetapi ramai juga yang berpuas hati dengan manfaat dan keberkesanan barang kebal tersebut. Persoalannya ialah kenapa dan mengapa??? Kami ingin berkongsi sedikit pengetahuan kepada anda tentang barang kebal ini.

Barang yang dikatakan mempunyai sifal kebal mempunyai 2 kategori iaitu :

1. Kebal Umum : Jika pemakai barang kebal umum ini ditembak maka tidak akan tercedera, Ditikam tidak lut, ditetak tidak berdarah dan jika dicederakan mungkin tidak merasa sakit.Malah jika benar-benar ampuh maka rambut atau sebarang bulu di anggota tubuh manusia dipotong maka tidak akan putus. Kekebalan barang ini juga tidak tertakluk kepada tempat dan kawasan. Maksudnya jika barang ini dibawa ke luar negara juga jika diuji di sana akan kebal dengan izin Allah.

2.Kebal Kulit : Jika pemakai barang kebal kulit ini ditembak maka akan cedera juga tetapi tidaklah teruk sebagaimana biasa. Mungkin boleh berdarah juga tetapi daging tidak hancur. Ditikam mungkin akan sedikit tergores tetapi tidaklah terlalu teruk. Jika ditusuk kulit dengan jarum maka tidaklah akan masuk ke dalam kulit. Jika ditetak maka insyaAllah tidak lut tetapi berbekas juga kulitnya. Sesetengah barang kebal kulit bersifat kebal di mana-mana tempat namun jika ada yang mempunyai pantang mungkin hanya kebal setempat sahaja. Maksudnya jika dibawa ke negeri lain dalam negara yang sama akan terjejas sifat kekebalannya itu.

Barang kebal umum dicari-cari oleh Guru Tarik Duit yang kononnya boleh digunakan sebagai medium utama untuk ritual ' Tarik Duit '. Bab realiti dalam 'Tarik duit' ini akan kami kupaskan untuk anda pada waktu yang akan datang.Realitinya barang-barang yang bersifat kebal ini mempunyai satu permasalahan dari segi keberkesanan dan khasiatnya yang kadang-kadang menjadi dan kadang-kadang tidak menjadi. Kenapa dan mengapa benda ini boleh terjadi??? Berdasarkan pengalaman kami lebih 10 tahun dalam bidang spiritual ini bersependapat bahawa kaedah pengujian dan keserasian antara pemilik barang dengan barang kebal itu sendiri memainkan peranan untuk barang kebal tersebut benar-benar terbukti berkesan. Antara masalah yang menyebabkan barang kebal ini tidak menjadi adalah :

1.Si pemakai mempunyai gangguan energi negatif. Bermaksud si pemakai barang kebal mempunyai masalah gangguan saka, sihir, sengkolo dan mungkin belajar ilmu-ilmu yang bersifat negatif secara sedar atau tidak.

2.Si pemakai beriktikad bahawa barang kebal itu benar-benar 'kebal' secara semulajadi dan menolak kekuasaan Allah secara tidak sedar bahawa hakikatnya ada sesuatu 'hikmah' yang Allah s.w.t. ciptakan barang tersebut menyebabkan ianya boleh memberikan kekebalan kepada si pemakai.

3.Barang kebal yang dimaharkan itu digunakan untuk niat atau tujuan yang tidak bagus seperti menurun nombor ekor dan sebagainya. Atau dimaharkan balik dengan harga yang melampau tingginya dari mahar asal yang dibeli dulu.

Biasanya barang kebal ini tidak kira dari segi kategori kebal umum atau kebal kulit biasanya mempunyai 'penjaga' yang terdiri dari golongan Muakkal yakni Malaikat yang menjaga khazanah bumi yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batuan, logam berharga dan mineral dalam tanah yang mana golongan Muakkal inilah yang ditugaskan oleh Allah untuk menjaga sekalian makhluk selain manusia dan jin yang ada di muka bumi ini. Golongan ini digelarkan sebagai Malaikat Hafazah atau Malaikat Penjaga.Golongan Muakkal ini adalah golongan makhluk suci yang menjaga keindahan dan khasiat setiap sesuatu benda yang Allah ciptakan selain dari manusia dan jin. Justeru itu jika berlaku masalah seperti yang diterangkan di atas maka keindahan barang kebal yang hendak diuji itu akan terganggu dan mungkin mengakibatkan barang kebal tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika diuji. Memandangkan masalah seperti ini sering berlaku kepada sesetengah pembeli barang kebal kulit dari pihak kami pada awal tahun 2009 lagi, maka pihak kami membuat satu langkah untuk menyelesaikan masalah ini dari terus berlaku. Setiap pemahar barang kami yang bersifat kebal kulit akan diberikan mandian Khas bertujuan SEMATA-MATA untuk :

1.Membersihkan segala energi negatif yang ada pada si pemakai secara sedar atau tidak sedar
2.Menyeimbangkan kekuatan 'aura' dan keberkesanan barang kebal kulit tersebut dengan si pemakai
3.Meningkatkan keberkesanan khasiat kayu kebal kulit tersebut

Pihak kami mengesyorkan supaya setiap pemahar barangan kebal kulit dari kami melakukan mandian Khas yang kami sertakan terlebih dahulu kerana secara realitinya bukan semua barang kebal kulit ini 'menjadi' dengan semua orang. Pihak kami menerangkan tentang hal ini secara jujur kerana tidak mahu perkara seperti ini berbangkit di kemudian hari. InsyaAllah semoga perkongsian maklumat ini berguna dan bermanfaat untuk kita semua. Sekian, harap maklum. Terima kasih.

~ Artikel ini diterbitkan oleh pihak Pusaka Alam 2U atas keizinan pengasas blog Syeikh Muhammad Solihen ~

2.16.2013

PERIHAL PERNIKAHAN ANTARA JIN DAN MANUSIA ( Mengikut pengalaman pengasas blog sendiri )



                                     ( Gambar di atas sekadar ilustrasi semata-mata )


Assalamu’alaikum w.h.t dan salam sejahtera kepada semua pelanggan Pusaka Alam 2U.

Baru-baru ini ada beberapa pelanggan kami yang bertanyakan tentang pernikahan antara jin dan manusia serta hukumnya dalam Islam. Maka di sini pihak kami berasa bertanggungjawab untuk menjawab pertanyaan tersebut setelah bermusyawarah dengan beberapa orang guru yang arif di dalam bidang ini.

Masalah perihal tentang pernikahan antara jin dan manusia ini pernah dibahas oleh Imam Syibli Hanafi (769 h) dalam bukunya “Aakamul Marjan” dan Dumairi dalam kitabnya “Hayatul Hayawan al-Kubra”. Pembahasan meliputi permasalahan mungkinkah manusia menikah dengan jin? Dan bolehkah bila itu terjadi. Kemungkinannya, kebanyakan ulama mengatakan mungkin dengan dalil firman Allah kepada iblis “ berserikatlah dengan mereka (manusia) dalam harta dan anak-anak mereka ” (Isra’ : 64). Hadis Rasulullah memperkuat ini “ Barang siapa mengumpuli isterinya dengan tanpa membaca basmalah, maka syaitan akan ikut andil bersamanya ” (Ibnu Jarir dalam Tahdzibul Atsar).

Pendapat yang mengatakan tidak mungkin beralasan kerana manusia diciptakan dari bumi, sedangkan jin dari api, kedua unsur ini tidak akan bersatu. Namun ini ditentang bahawa itu pada mulanya, tapi sekarang unsur tersebut sudah tidak ada lagi pada manusia dan jin. Alasan kedua, tidak mungkin ada hubungan seks antara kedua makhluk ini, kerana bagaimana boleh terjadi sperma manusia mengalami proses pembuahan dalam rahim jin atau sebaliknya. Ini juga ditentang bahawa pernikahan sepasang manusia yang sama sekali tidak mungkin berhubungan seksual juga diperbolehkan.

Buku tersebut selanjutnya menceritakan kisah-kisah terjadinya pernikahan antara manusia dan jin. Saya sendiri pernah mendengar dan melihat seorang sahabat saya di Indonesia yang menikah dengan jin. Hukumnya menurut syariat Islam yaitu para ulama berbeza pendapat. Yang pertama mengatakan tidak boleh dikatakan oleh ulama Hambali, seperti termaktub dalam fatwa Sirajiyah. Dalilnya firman Allah “ Dan Allah telah menjadikan untuk kalian dari diri kalian isteri-isteri ” (an-Nahl : 72). Dan ayat “ Dan di antara tanda-tanda kebesarannya, Allah menciptakan untuk kamu sekalian dari jenismu isteri-isteri agar kalian tenteram dan dijadikan di antara kalian rasa kasih dan sayang ” (ar-Rum:21).

Ayat-ayat ini jelas bahawa dalam pernikahan dengan jin tidak menyimpan tujuan di atas dan perbezaan alam menghalang wujudnya hubungan pernikahan yang sempurna. Pendapat kedua dari Hasan Basri dan Qatadah mengatakan boleh. Ayat tersebut menurutnya, tidak menyatakan jelas keharaman nikah antara manusia dan jin.Namun pendapat yang mengatakan boleh tetap mengatakan bahawa pernikahan antara manusia dan jin hukumnya makruh, kerana permasalahan yang mungkin timbul akibat pernikahan ini sukar menyelesaikannya secara hukum. Misalnya terjadi cerai atau masalah nafkah, sulit diselesaikan secara hukum. Imam Malik pernah ditanya tentang seorang lelaki dari bangsa jin ingin menikahi perempuan muslimah. Beliau menjawab “ Saya melihat ini boleh saja secara agama, tapi saya sangat tidak suka melihat wanita hamil, kemudian ketika ditanya siapa suamimu, lalu dia bagitahu “ jin”. Lama-kelamaan para pelaku hamil di luar nikah pun akan mengatakan hal yang sama, hingga berlaku banyak kerosakan dalam Islam. Mazhab Maliki tetap mengatakan boleh disertai makruh hukumnya lelaki manusia menikah dengan jin perempuan. Wallahu a’lam.

Adakalanya kita mendengar kisah perkahwinan di antara manusia dan jin yang kebiasaannya orang Melayu menyebut orang Bunian. Apakah pandangan Islam mengenai perkahwinan ini yang melibatkan sama ada manusia itu lelaki ataupun perempuan. Dalam hal ini ada dua persoalan :

1) Kemungkinannya.
2) Pandangan syarak mengenainya.

Kalau dikaji dari segi kemungkinannya maka ianya tetap berlaku. At Tabari berkata “ Mereka menyakini pernikahan dan persetubuhan kadang-kadang berlaku di antara manusia dan jin sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud :
" Dan desak serta pujuklah sesiapa Yang Engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu) ". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w
“Apabila seseorang suami menyetubuhi perempuannya dan dia tidak menyebut nama Allah, maka mereka akan didatangi syaitan dan bersetubuh bersama”.
Ibnu Abbas pula berkata :
“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan,. Apabila perempuan itu hamil, maka dia akan mengandungkan khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin "
Ibnu Taimiah menguatkan pendapat ini dengan katanya : “ Terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak dan ini sesuatu yang telah termaklum ”.

Nabi kita Muhammad s.a.w telah menegah kita bernikah dengan jin. Para fuqaha berkata, tidak harus berkahwin di antara manusia dan jin dan dimakruhkan pula oleh kaum tabiin, ini menunjukkan perkahwinan itu boleh berlaku. Sekiranya tidak boleh berlaku pernikahan ini maka tidak akan timbul hukum harus atau pun haram.

Ahli sejarah dan ahli-ahli hadis menceritakan tentang kisah perkahwinan ini daripada Ulama Salafi terdahulu sebagaimana yang disebut oleh Ahmad bin Sulaiman daripada A’masy katanya :
“Ada jin jantan yang berkahwin dengan kaum kami, dan aku bertanya kepadanya apakah makanan yang paling kamu suka, maka jawab jin itu nasi. Kami bawakan nasi berkenaan, maka kami nampak suapan terangkat sedangkan orangnya tidak ada. Dan banyak lagi kisah mengenai perkahwinan ini sebagai bukti berlakunya”.

Sekiranya ditanya bagaimana boleh berlakunya sedangkan unsur manusia dari tanah dan jin dari api. Unsur tanah bagaimana ianya boleh masuk ke dalam rahim jin yang berunsur api. Unsur tanah adalah sejuk dan lembut sedangkan api panas dan tidak akan lahirnya keturunan. Maka jawapannya :

1) Walaupun mereka diciptakan daripada api tidaklah kekal dengan kejadiannya yang asal itu, tetapi berubah setelah beranak pinak, makan minum dan sebagainya. Sebagaimana anak Adam yang asalnya adalah tanah tetapi sekarang sudah pun berubah daripada asalnya.Nabi kita Muhammad s.a.w menceritakan bahawa lidah syaitan dirasakan sejuk apabila Nabi mencekiknya.

فمازلت أخنقة حتي برد لعابه
Aku terus mencekiknya sehingga sejuk air liurnya. Ini menunjukkan unsur asal sudah tidak ada lagi kalau masih daripada unsur asal nescaya panas air liurnya.

2) Masalah hukum syarak. Jumhur ulamak seperti Al Hasan, Qatadah, Ishak, dan Hakim mengatakan bahawa makruh hukumnya.
Tetapi pendapat Imam Malik bin Anas r.a mengatakan harus tetapi tidak digalakkan. Abu Othman Said bin Al Abbas Ar Razi menulis di dalam kitabnya
الاءاهام والوسوـس

Mengenai perniakahan dengan jin, suatu kaum telah menulis surat kepada Imam Malik bin Anas bertanya mengenai pernikahan dengan jin. Katanya, di sana ada satu jin “ lelaki ” meminang seorang wanita manusia, dia ingin supaya menjadi halal perhubungannya. Imam Malik menjawab, “ aku lihat tidak ada apa-apa masalah di dalam agama tetapi adalah makruh kerana apabila terdapat seorang wanita hamil dan ditanya siapa suaminya maka jawapannya JIN maka akan timbul kerosakan di dalam agama kita.

Ada pula sesetengah ulamak mengatakan haram berdasarkan firman Allah s.w.t bermaksud :

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Sekiranya berlaku perkahwinan di antara manusia dan jin tidak akan berlaku keserasian dan kemesraan di antara suami dan isteri disebabkan berlainan bangsa. Maka hilanglah nikmat perkahwinan yang disebut sebagai ketenangan (sakinah). Pendapat ini berdasarkan juga hadis Rasulullah s.a.w daripada Mohd bin Yahya Al Qadie, daripada Basyar bin Umar, daripada Ibn Lahiah daripada Yunus bin Yazid daripada Az Zuhri katanya Baginda Rasulullah s.a.w telah melarang berkahwin dengan jin.

Perkahwinan di antara jin dan manusia akan timbul perasaan tidak tenteram, takut, bimbang dan berbagai-bagai lagi. Tidak wujud perasaan tenang, sakinah dan gembira. Oleh itu hilanglah nikmat perkahwinan yang disebut dalam ayat tadi, iaitu tanda-tanda kebesaran Allah menjadikan perkahwinan itu ketenangan, kemesraan, berkasih sayang dan sebagainya.
Tambahan pula timbul permusuhan di antara dua golongan semenjak zaman berzaman sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati) ".

Berbalik kepada bagaimanakah pernikahan ini boleh terjadi maka elok kiranya kita mengetahui serba sedikit tentang beberapa perkara tentang pernikahan itu sendiri di dalam Islam. Perkara itu tebahagi kepada rukun nikah, syarat bakal suami, syarat bakal isteri, syarat wali, syarat-syarat saksi, syarat ijab dan syarat qabul.

RUKUN NIKAH
• Pengantin lelaki
• Pengantin perempuan
• Wali
• Dua orang saksi lelaki
• Ijab dan kabul ( akad nikah )

SYARAT BAKAL SUAMI
• Islam
• Lelaki yang tertentu
• Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
• Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
• Bukan dalam ihram haji atau umrah
• Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
• Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
• Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

SYARAT BAKAL ISTERI
• Islam
• Perempuan yang tertentu
• Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
• Bukan seorang khunsa
• Bukan dalam ihram haji atau umrah
• Tidak dalam idah
• Bukan isteri orang

SYARAT WALI
• Islam, bukan kafir dan murtad
• Lelaki dan bukannya perempuan
• Baligh
• Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
• Bukan dalam ihram haji atau umrah
• Tidak fasik
• Tidak cacat akal fikiran, gila, terlalu tua dan sebagainya
• Merdeka
• Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

JENIS-JENIS WALI
• Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
• Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
• Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
• Wali raja / hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

SYARAT-SYARAT SAKSI
• Sekurang-kurangnya dua orang
• Islam
• Berakal
• Baligh
• Lelaki
• Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
• Dapat mendengar, melihat dan bercakap
• Adil ( Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan berbuat dosa-dosa kecil )
• Merdeka

SYARAT IJAB
• Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
• Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
• Diucapkan oleh wali atau wakilnya
• Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah ( nikah kontrak contoh perkahwinan ( ikatan suami isteri ) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah )
• Tidak secara taklik ( tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan )
Contoh bacaan Ijab : Wali / wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan / kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya / bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai ".

SYARAT QABUL
• Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
• Tiada perkataan sindiran
• Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya ( atas sebab-sebab tertentu )
• Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah ( seperti nikah kontrak )
• Tidak secara taklik ( tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan )
• Menyebut nama bakal isteri
• Tidak diselangi dengan perkataan lain
Contoh sebutan qabul ( akan dilafazkan oleh bakal suami ): " Aku terima nikah / perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya / bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai " ATAU " Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku ".

Selepas qabul dilafazkan Wali / wakil Wali akan mendapatkan pengiktirafan / kesaksian dari para hadirin khususnya dari dua orang saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.
Selanjutnya Wali / wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diaminkan oleh para hadirin.

Sejurus itu, mas kahwin / bayaran perkawinan / mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagiaan suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan isteri mengucup / mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau pipinya. Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu.

Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian ( walimatul urus ) yang tidak perlu membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?

WAKIL WALI / QADI
Wakil wali / Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan / pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan / mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin, barangan hantaran ( hadiah ), penyedian tempat berkahwin, jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna, Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim ( yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas ) seperti Ustaz, Muallim, Mufti, Sheikh Ul-Islam dan sebagainya.Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

MAHAR
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah An-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

Jenis mahar
• Mahar misil : mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya
• Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.

WALIMATULURUS
Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat ( seperti majlis santapan makanan ) diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib ( terdapat ulama mengatakan sunat ). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar ( was-was ) dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar, selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin. Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa ( seperti cemburu,gersang dan was-was ) dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

Segala apa yang diterangkan di atas adalah secara umumnya pernikahan antara manusia sesama manusia mengikut syarat-syarat tertentu. Jika berlaku pernikahan antara manusia dengan jin pula perlulah juga mengikut syarat sekurang-kurangnya ada pengantin lelaki, pengantin perempuan, Wali Hakim , dua orang saksi lelaki serta ijab dan kabul ( akad nikah ). Saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana pernikahan antara manusia dan jin dilakukan di Indonesia. Syarat yang paling penting adalah guru yang akan menjalankan urusan pernikahan tersebut mestilah ‘menzahirkan’ jin tersebut ke dalam bentuk manusia. Kerana mengikut guru yang menjalankan urusan tersebut, tidak sah sekiranya semasa akad nikah diadakan salah seorang pengantin itu masih berada di alam yang berlainan. Saksi dan juga Wali Hakim perlu melihat dengan jelas kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tersebut. Untuk mempermudahkan lagi urusan berkenaan biasanya guru tersebut sendiri yang akan menjadi wakil wali atau Qadi bagi pernikahan tersebut.

Sebelum pernikahan dijalankan maka guru tersebut akan membuat satu perjanjian dengan jin dan keluarganya yang mana jin tersebut tidak boleh menganiayai isteri ( jika jin adalah lelaki ) dan tidak boleh derhaka kepada suami ( jika jin adalah perempuan ). Jika melanggar syarat tersebut maka akan hancur musnahlah mereka dengan sendirinya. Berlainan pula dengan manusia, jika manusia itu suami tidak boleh menganiayai isteri ( jin ) dan jika manusia itu isteri tidak boleh menderhakai suami ( jin ) tersebut. Jika melanggar syarat tersebut maka manusia tersebut boleh ‘dighaibkan’ ke alam jin dan menjadi hamba di alam tersebut buat selama-lamanya. Jika syarat-syarat tersebut telah dipersetujui maka barulah pernikahan tersebut akan dijalankan oleh guru tersebut.

Berhubung dengan mahar urusan pernikahan yang perlu dibayar kepada guru pula adalah sekitar RM10,000 ke RM30,000 bagi guru yang boleh ‘menzahirkan’ jin ke dalam bentuk manusia tersebut. Saya sendiri pernah melihat puteri jin yang telah dizahirkan dalam bentuk manusia tersebut mempunyai wajah yang cantik dan mempesonakan. Boleh disentuh dan boleh dipegang sebagaimana manusia biasa. Kelebihan dalam menggunakan khidmat guru sebegini dalam urusan pernikahan ini adalah pasangan jin tersebut boleh ‘ghaib’ pada bila-bila masa dan ‘zahir’ pada bila-bila masa mengikut kehendak pasangan yang satu lagi. Bermaksud di sini setelah selamat dinikahkan maka pasangan jin ( manusia ) tersebut boleh melihat isteri atau suaminya tanpa perlu bantuan guru atau mengamalkan apa-apa ilmu untuk tujuan berkenaan. Jika berlaku kelahiran pula, anak yang dilahirkan pula boleh ‘dizahirkan’ ke alam kita atau ‘ ghaib ’ ke alam jin. Dan anak tersebut juga boleh ‘ zahir ’ atau ‘ ghaib ’ bila-bila masa yang dikehendaki oleh dirinya sendiri sebagaimana ibu atau bapanya itu ( jin ) tersebut mempunyai keistimewaan itu sebelumnya.

Biasanya pernikahan ini dijalankan di Indonesia hanyalah semata-mata bertujuan untuk mendapat kekayaan bagi manusia kerana pasangan jin yang dinikahkan itu berupaya mencari kekayaan harta dunia kepada manusia yang dinikahinya mengikut kenyataan guru yang menjalankan urusan pernikahan tersebut. Tetapi memang ada benarnya kerana sahabat saya di sana yang merupakan seorang pemandu teksi mempunyai duit yang banyak sedangkan tidak munasabah pekerjaan seperti itu mampu memberikannya sebuah rumah banglo yang besar beserta 3 buah kereta mewah yang mana saya sendiripun tidak mampu membelinya buat masa sekarang. Saya sendiri pun pernah ditawarkan oleh guru berkenaan untuk dinikahkan dengan puteri jin dengan mahar yang jauh lebih rendah berbanding mahar biasa pada tahun lepas namun setelah memikirkan sedalam-dalamnya maka saya mentah-mentah menolak pelawaan guru berkenaan dengan cara yang baik.

Akhirul kalam, dalam perkara melibatkan pernikahan jin dan manusia ini bukanlah perkara yang mudah. Pihak Pusaka Alam 2U sendiri pun tidak mampu untuk ‘ menzahirkan’ jin dalam bentuk manusia yang sempurna, masakan boleh pula kami menikahkan manusia dengan jin sedangkan syarat utama tersebut pun masih tidak mampu kami laksanakan. Bukan apa, jika jin tersebut boleh ‘dizahirkan’ dalam bentuk manusia yang sempurna maka apa-apa sahaja ‘barang berharga’ yang dibawa olehnya dari alam jin akan sempurna zahirnya juga ke alam kita ini. Rugilah dan tidak ada apa-apa kelebihanlah jika bernikah dengan jin tetapi tiada mendapat keistimewaan atau kekayaan daripada pernikahan tersebut. Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. Diingatkan sekali lagi, pihak kami TIDAK menyediakan perkhidmatan ‘pernikahan dengan jin atau puteri jin’ dan  jauh sekali dengan ‘ RATU JIN ’ kepada anda, cuma artikel ini diterbitkan sekadar menjawab pertanyaan beberapa pelanggan yang bertanyakan akan hal ini kepada pihak kami. Semua kenyataan di dalam artikel ini adalah benar untuk pengetahuan anda. Diharap artikel ini dapat memuaskan hati pelanggan kami yang bertanya. Sekian, harap maklum dan terima kasih.

~ Artikel ini diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Solihen ~

2.14.2013

KAEDAH UMUM PUASA MENGIKUT KEILMUAN WALI SONGO



Kebelakangan ini ada beberapa pelanggan yang bertanyakan tentang beberapa jenis puasa dan kaedah menjalankan puasa tersebut. Pihak kami merasakan bertanggungjawab untuk menerangkan secara terperinci perihal puasa ini kerana ada pihak yang bertanya itu baru menceburi bidang spiritual ini. Pihak kami mengalu-alukan anda menceburi bidang ini namun jika menuntut ilmu itu biarlah kena pada tempatnya. InsyaAllah berikut adalah jenis-jenis puasa mengikut keilmuan Wali Songo :

1.Puasa Nyireh : Tidak boleh makan dan minum minuman atau makanan yang mengandungi unsur nyawa contohnya daging, telur, ikan, ayam dan sebagainya. Boleh sahaja makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Puasa ini bermula sama macam puasa biasa dan berakhir pada waktu maghrib hari yang sama.

2.Puasa Mutih : Puasa yang mana berbuka dan bersahur hanya makan nasi putih dan air masak atau air putih ( berwarna lutsinar sahaja ) Tidak boleh makan ikan, garam,gula dan semua jenis buah-buahan serta sayur-sayuran. Puasa ini adalah untuk menguatkan roh dan spiritual individu yang berpuasa tersebut.

3.Puasa Patigeni : Tidak boleh makan, tidak boleh minum, tidak boleh tidur, menetap di suatu tempat yang sepi dan kalau malam tidak boleh pasang lampu.Puasa bermula selepas waktu maghrib dan berakhir pada waktu maghrib keesokkan harinya. Mengikut guru Syeikh Muhammad Solihen sendiri yang pernah bertemu dengan ‘zat yang ujud ‘ pada salah seorang Wali Songo mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w mendapat wahyu yang pertama setelah tidak sengaja mengamalkan Puasa Patigeni ini. Wallahu a’lam.

4.Puasa Ngowong : Tidak makan dan tidak minum, boleh tidur sebentar tapi tak boleh tidur lama, boleh keluar rumah atau tempat beramal asal perkara bermanfaat dan tidak boleh melakukan maksiat. Puasa ini juga bermula dari waktu maghrib dan berakhir pada waktu maghrib keesokkan harinya. Puasa ini biasa diamalkan oleh ahli ilmu kewalian. ( Ahli sufi )

5.Puasa Ngebleng : Tidak makan dan tidak minum jenis makanan dan minuman apapun. Tidak boleh keluar dari bilik beramal keluali buang air kecil dan besar. Tidak boleh tidur kecuali sebentar sahaja dalam 20-30 minit. Tidak boleh bercakap dengan sesiapapun sewaktu beramal puasa ini melainkan membaca wirid atau amalan yang dilakukan tersebut. Puasa ini juga bermula dari waktu maghrib dan berakhir pada waktu maghrib keesokkan harinya.  Puasa ini biasa diamalkan oleh Wali Songo suatu ketika dulu.

6. Puasa Staman : Antara puasa yang paling berat yang hanya manusia luar biasa boleh lakukan jenis puasa seperti ini. Biasanya setelah berjaya puasa ini dilakukan dengan sempurna maka seseorang itu dipercayai mempunyai kesaktian dan karomah para wali. Berpuasa selama 7 hari atau 21 hari atau 44 hari atau 41 hari atau 40 hari mengikut sanad ilmu yang diamalkan. Bermulanya puasa selepas waktu maghrib dan berakhir pada waktu maghrib keesokkan harinya. Berbuka dan bersahur hanya makan cili api sebanyak 3 biji dan sesudu garam. Tidak boleh minum air selama mengamalkan puasa tersebut. Boleh tidur sebentar tapi tak boleh tidur lama, boleh keluar rumah atau tempat beramal asal perkara bermanfaat dan tidak boleh melakukan maksiat. Jika pada waktu malam tidak boleh pasang lampu dalam bilik beramal. Puasa ini biasanya di amalkan oleh wali-wali Allah. Antara simbolik dan kelebihan amalan puasa ini diibaratkan makbul atau mujarabnya ilmu pengamal puasa Staman ini seperti masinnya rasa garam. Jika terkena ilmu pengamal puasa Staman ini pula maka pedasnya ilmunya ibarat pedasnya lada yang dimakan.

Begitulah serba ringkas ilmu tentang kaedah umum puasa mengikut keilmuan Wali Songo yang jarang-jarang diketengahkan oleh individu yang mendakwa mereka mempunyai dampingan atau ilmu daripada Wali Songo sendiri. Pihak kami bukanlah berasa sombong dengan kenyataan ini cuma ingin menegaskan di sini bahawa pihak kami mempelajari ilmu-ilmu daripada guru-guru yang mempunyai sanad ilmu kewalian yang sahih dan sah. Segala nama dan ejaan puasa yang diterangkan adalah nama yang sebenar-benarnya dan bukanlah rekaan daripada pihak kami. Kami mengajarkan anda ilmu yang haq ( benar ) dan bukanlah ilmu batil ( tidak betul dan tidak sah ). Mohon kemaafan jika terdapat kekurangan daripada pihak kami tentang perkongsian ilmu ini. Harap maklum dan terima kasih.

2.03.2013

KISAH PARA WALI DI TANAH MELAYU - HABIB NUH


ANTARA 7 WALI ALLAH DI TANAH MELAYU :
AS-SAYYID HABIB NUH AL-HABSYI RAHIMAHULLAH 1788M – 1866M

Nasab dan keturunan

Nama penuh beliau ialah As-Sayyid Habib Noh bin Muhammad Al-Habsyi. Beliau yang datang dari Kedah adalah merupakan seorang yang berbangsa arab berasal dari Yaman dan asal-usul keturunan beliau juga adalah daripada keturunan Rasulullah s.a.w. menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayidina Hussein r.a. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Beliau yang hidup sekitar tahun 1788M – 1866 M datang dari keluarga empat adik-beradik lelaki iaitu Habib Nuh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.

Dari perkahwinan beliau dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Sharifah Badaniah. Sharifah Badaniah kemudiannya berkahwin dengan Syed Mohamad bin Hassan Al-Shatri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib Noh hanya seorang cucu perempuan bernama Sharifah Rugayah. Dia berkahwin dengan Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Sharifah Zainah dan Sharifah Zubaidah.

Dari banyak sumber yang diperolehi, Habib Nuh tiba ke Singapura tidak lama setelah Sir Stamford Raffles mendarat di pulau itu. Usianya pada ketika itu mencecah tiga puluhan tahun. Walaupun beliau telah menghabiskan saki-baki usianya di Singapura dan meninggal dunia di sana, beliau banyak berjalan, terutamanya ke Johor Bahru dan negeri-negeri lain di Malaysia untuk berdakwah. Beliau adalah seorang yang amat warak. Waktu malamnya beliau gunakan untuk solat hingga terbit fajar. Dan beliau kerap berkunjung ke makam-makam (tanah perkuburan), selalu mendoakan roh-roh yang telah meninggalkan jasad. Beliau sentiasa berjalan bersama-sama kawan-kawan rapat melainkan bila dia secara spesifik meminta untuk berseorangan diri.

Karamah

Di sini, saya ingin bekongsi bersama pembaca mengenai kemuliaan yang Allah kurniakan kepada beliau. Banyak Karamah yang dibuktikan oleh mereka yang hidup sezaman dengan beliau. Tetapi, tidak ramai yang dapat menyelami peranannya sebagai orang kerohanian yang sentiasa dirinya hampir dengan Allah SWT. Kerana peranan sebagai Rijalullah atau Rijalulghaib ini amat simbolik dan sukar difahami menerusi bahasa dan pengertian yang zahir sedangkan tugas mereka juga besar. Antara kurniaan Karamah yang diberikan Allah swt adalah seperti berikut;

1.      Menghadiri Sidang Wali-wali.

Mengenai keistimewaan dan ketinggian kedudukan Habib Nuh, Pakcik Muhammad Abu Bakar, 102 tahun, khadam kepada Syeikh Haji Said Al Linggi r.h. menceritakan satu peristiwa yang berlaku ke atas gurunya yang ada kaitan dengan As Sayid Habib Nuh:
Pada satu hari seperti biasa Syeikh Muhammad Said masuk ke bilik suluk khas selepas sembahyang jemaah Asar. Seperti biasa juga, Pakcik Muhammad menunggu di luar bilik kalau2 beliau dipanggil masuk oleh gurunya untuk satu2 hajat. Tetapi pada petang itu beliau tidak dipanggil, dan gurunya keluar dari bilik suluk itu apabila hampir masuk waktu Maghrib dan terus sembahyang jemaah Maghrib bersama anak2 muridnya. Malam itu Syeikh Said tidak mengajar. Selesai sembahyang sunat, beliau bercakap dengan Pakcik Muhammad secara empat mata.
“Engkau tahu aku pergi ke mana tadi?” kata Syeikh Said.
“Saya tidak tahu,” jawab Pakcik Muhammad dengan beradab.
“Aku pergi bersidang di Bukit Qhauf. Aku dan Habib Nuh sahaja yang mewakili umat sebelah sini. Rasulullah SAW juga hadir, dan engkau jangan cerita berita ini kepada sesiapa sebelum aku mati.”

Pakcik Muhammad Abu Bakar menyimpan amanat ini sehingga beliau memberitahu penulis sewaktu di temui di rumahnya di Seremban pada tahun 1991. Syeikh Said Linggi meninggal dunia pada tahun 1926. Menurut Pakcik Muhammad, Bukit Qhauf itu duduknya di luar daripada alam Syahadah. Wallahua’lam.

“Walaupun persidangan itu dihadiri oleh Rasulullah SAW tetapi ia dipengerusikan oleh orang lain, tak tahulah siapa orang istimewa itu,” tambah Pakcik Muhammad. “Bila ditanya siapa orang yang mempengerusikan majlis itu, Syeikh Said tidak memberitahu.”

Syeikh Said jua memberitahu bahawa majlis yang dihadiri oleh beliau dan Habib Nuh ialah persidangan wali2 yang membincangkan antara lain tentang satu wabak yang akan turun, yakni wabak cacar. Dan para wali yang bersidang itu mohon bala itu supaya tidak turun. Alhamdulillah, makbul. Tetapi menurut Pakcik Muhammad, “tempiasnya” masih mengenai orang ramai sehingga ramai yang mati terutamanya orang2 kafir. ( Wabak cacar pada masa itu merupakan penyakit yang sangat bahaya dan belum ditemui ubatnya ).

“Saya tiga hari pengsan dan bahu saya masih berparut diserang wabak cacar itu. itupun Syeikh Said yang mengubatnya,” kata Pakcik Muhammad sambil menunjuk parut cacar di atas bahunya.
Cerita ini menggambarkan peranan tersembunyi As Sayid Habib Nuh sebagai “pencatur dunia” yang mana kenyataan ini sukar diterima oleh mereka yang hanya menggunakan akal menilai sesuatu kebenaran.

2.      Menunduk Gabenor Yang Angkuh.

As Sayid Habib Nuh dikurniai Allah berbagai2 karamah sebagai tanda kemuliaan pada dirinya. Pelbagai cerita mengenai kewalian dan karamah beliau dibawa dari mulut ke mulut sehinggalah kepada Sayid Hassan Al Khattib, penjaga makam Habib Nuh r.h. Di antaranya adalah seperti berikut :

As Sayid Habib Nuh bersikap tidak menghormati orang2 yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi. Begitulah, walaupun orang menghormatinya atau takut kepada Crawford, Gabenor Singapura ketika itu tetapi Habib Nuh tidak takut kepada wakil penjajah itu.
Dalam satu peristiwa, Gabenor Crawford marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Tiba2 sahaja kereta kuda yang dinaiki gabenor itu terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Gabenor naik marah dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya. Tetapi pengiring itu bertanya kepada tuan gabenornya, “Tahukah tuan siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”
Gabenor menjawab, “Itu orang gila.”
“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.
Gabenor menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk2 kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu gabenor sedar betapa As Sayid Habib Nuh mempunyai kelebihan luar biasa.
Bagaimanapun, pada satu ketika gabenor terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang-orangnya menangkap Habib Nuh dan mengurung di dalam penjara dengan kaki dan tangannya dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana As Sayid Habib Nuh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang beragama Kristian itu. Anehnya, para pengawal penjara kemudian melihat Habib Nuh di luar penjara. tangan dan kakinya tidak dirantai. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku padanya akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.

3.      Kapal Pelayaran, Terbakar Dan Karam.

Dalam satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Nuh di perlabuhan. Habib Nuh menahan barang-barang yang berharga daripada dibawa bersama dalam pelayaran itu. Orang-orang yang terlibat tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap bertegas;
“Tidak boleh barang-barang yang berharga itu dibawa.”
Setelah lama berbalah, akhirnya orang ramai terpaksa akur dengan kemahuan Habib Nuh itu dan pemilik barang-barang tersebut tidak jadi mengirim barangnya dengan kapal itu.
Beberapa hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahawa kapal yang berlayar itu terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah tuan punya barang-barang tersebut sedar hikmah divsebalik larangan Habib Nuh itu. Beliau bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT.

4.      Habib Nuh Meminta Untuk Melaksanakan Nazar dan Niat.

Dalam satu peristiwa lain, ada seorang saudagar ingin meneruskan pelayarannya ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Setelah sepuluh tahun berlalu, dia pun pulang dari pelayaran itu. Habib Nuh pergi menemuinya dan menuntut kain seperti yang diniatkannya itu. Orang itu terperanjat kerana dia tidak pernah menyatakan niatnya itu kepada sesiapa dan dia sendiri sudah lupa dengan niatnya itu kerana terlalu lama, tetapi Habib Nuh datang mengingatkannya akan niat baiknya itu. [9]
Habib Nuh juga dikenali mempunyai kelebihan untuk tahu masa depan. Beliau seolah-olah tahu jika seseorang itu sakit, memerlukan beliau atau memaksudkan beliau. Pada satu masa, seorang India Muslim balik ke India mengikut jalan laut untuk melawat keluarganya. Dia telah berniat bahawa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat, dia akan menghadiahkan kepada Habib Nuh satu hadiah. Bila dia pulang, dia terkejut bila melihat Habib Nuh sudah sedia menunggunya di tepi laut.
Habib Nuh kata kepadanya “Saya percaya bahawa awak sudah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada saya.” Terkejut, India Muslim itu berkata, “Katakan kepada saya wahai tuan yang bijaksana, apakah yang tuan hajati dan saya akan dengan senang hati menghadiahkan kepada tuan.”
Habib Nuh menjawab, “Saya mahukan beberapa gulung kain kuning untuk disedekahkan kepada orang miskin, yang memerlukannya dan kanak-kanak.” Sambil memeluk Habib Nuh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya amat gembira untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati Allah kerana baik budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga hari untuk menghadiahkannya kepada tuan.”
Dia telah menunaikan janjinya dalam masa yang dijanjikan.

5.      Bertemu Di Kota Mekah.

Beliau dikurniakan oleh Allah swt kebolehan untuk ghaib, dan dilihat kembali di tempat-tempat yang jauh. Ada yang memberitakan bahawa beliau telah dilihat sedang solat di Masjid Besar Makkah tanpa secara fizikalnya pergi ke sana. Pada satu masa, beliau pernah berkata kepada bakal haji bahawa mereka akan berjumpa di Makkah. Bila jemaah itu sampai di sana, dia telah disambut oleh Habib Nuh sendiri. Menurut orang-orang yang hidup sezaman dengan Habib Nuh, mereka pernah bertemu atau berada dengannya di beberapa tempat dalam satu masa yang sama. Kejadian seperti ini tidak pelik bagi wali-wali Allah.

6.      Tabib Yang Berkat Dan Hebat.

Habib Nuh juga terkenal sebagai tabib yang hebat, terutamanya ke atas kanak-kanak yang memang disukainya. Pernah beliau menyembuhkan seorang kanak-kanak yang cedera di kakinya dengan hanya meletakkan tangan-tangan beliau di atas luka itu dan membaca doa. Dalam masa yang singkat, kanak-kanak itu sudah boleh berlari semula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atasnya. Bapa kepada kanak-kanak itu amat gembira, dia telah memberikan wang kepada Habib Nuh, tapi Habib Nuh memberikan wang itu kepada yang memerlukan.
Habib Nuh sanggup mengharungi ribut untuk pergi mengubati kanak-kanak yang sakit. Beliau pernah berjalan ke Paya Lebar dari rumah beliau di Telok Blangah ketika hujan lebat untuk mengubati seorang kanak-kanak. Bila beliau sampai di rumah kanak-kanak itu, ibubapa kanak-kanak itu terkejut melihat pakaian Habib Nuh langsung tidak basah.

7.      Air Bertukar Menjadi Susu.

Dalam satu insiden lain, Habib Nuh telah dikejutkan oleh tangisan berterusan anak jirannya. Bila beliau pergi ke sana, beliau dapati bahawa keluarga itu amat miskin dan tidak mampu membeli makanan untuk anak yang kelaparan itu. Beliau mengalirkan airmata bila mendengar cerita itu, lantas mengambil satu tempurung kelapa,menuangkan air ke dalamnya dan membaca doa. Dengan kehendak Allah, air itu bertukar menjadi susu untuk diminum oleh kanak-kanak tersebut.

8.      Mimpi Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah As-Suhaimi BaSyaiban

Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid junjungan nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan di dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan junjungan nabi Muhammad s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun kembali ke rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi baginda nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada baginda nabi s.a.w.: “Ya RasulAllah, marilah kita ziarahi rumah kawan saya Muhammad Suhaimi.” Tetapi junjungan nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: “Saya tidak mahu menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya.” Habib Nuh merayu kepada baginda nabi s.a.w.: “Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni.” Setelah itu baharulah junjungan nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, sehingga dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.

9.      Keberkatan Menyayangi Kanak-kanak

Antara sifat yang menonjol pada diri As Sayid Habib Nuh ialah beliau sangat menyayangi kanak-kanak . Sering orang bertemu Habib Nuh bersama dikelilingi oleh kanak-kanak. Ini sesuatu yang ganjil. Kadang-kadang beliau singgah di kedai-kedai bersama kumpulan kanak-kanak dan kanak-kanak itu mengambil seberapa banyak makanan yang ada tanpa apa-apa bayaran.
Anehnya, ke semua tuan kedai tidak melarang perbuatan itu. Kerana mereka yakin kedai mereka akan beroleh keberkatan jika dikunjungi oleh Habib Nuh bersama kumpulan kanak-kanak tersebut. Ini terbukti, mana-mana kedai orang Islam yang didatangi oleh Habib Nuh bersama kanak-kanak, kemudiannya menjadi maju dan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.
Sayid Habib Nuh sayang kepada kanak-kanak kerana mereka adalah Ahlul Jannah (ahli Syurga). Kelakuan Sayid Habib Nuh itu agak ganjil bagi seorang yang sudah tua. Memang itu di antara keganjilan Habib Nuh, seorang yang mempunyai keistimewaan yang terlindung.

10.  Tebuan Menghormati Jenazah Beliau

Diceritakan ketika keranda jenazah beliau diusung untuk ke makam pusaranya, mereka yang mengusungnya terpaksa membawa keranda tersebut melalui ke satu lorong kecil. Di mana kiri dan kanan sepanjang perjalanan di lorong kecil tersebut kedapatan penuh dengan pokok buluh Cina serta dedaunnya yang panjang. Semasa melalui lorong itu, keranda tersebut merempuh sarang tebuan sehingga sarang itu pecah. Tetapi tebuan-tebuan itu tidak sedikit pun menganggu orang ramai yang mengiringi jenazah itu.

11.  Pusara Terselamat Dari Letupan Bom dan Pemugaran.

Karamah beliau tidak habis di situ saja. Semasa Perang dunia kedua, bila Telok Blangah dibom dengan hebatnya oleh Jepun, tidak ada satu bom pun singgah di pusara Habib Nuh. Dan bila kerajaan Singapura mahu membina satu jalanraya di Tanjung Pagar, jambatan telah direka bentuk untuk membengkok melengkarinya, tingginya hampir sama dengan kedudukan
Makam Habib Nuh.
Dikatakan, menurut rancangan pemerintah, makam Habib Nuh dan Masjid Haji Mohd Salleh perlu dipindahkan demi membolehkan pembinaan Highway dibina lurus. Dengan membelakangkan rayuan daripada jawatankuasa makam dan masjid, kontraktor pembangunan telah menempatkan beberapa jentolak untuk memulakan pemugaran. Dengan kuasa Allah swt, semua jentolak tidak dapat dihidupkan. Akhirnya, lebuh raya terpaksa dibina membelok di antara sekitar makam dan masjid.

Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah (perkara di luar adat) yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang wali Allah yang soleh taat kepada ajaran Islam. Lihat, bukan sahaja jelas karamahnya sewaktu hayat beliau masih hidup, bahkan setelah kewafatan beliau juga masih terpelihara kemuliaanya. Apa yang diharapkan adalah agar kita dapat mengikuti jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan usaha junjungan nabi Muhammad s.a.w. Mahabbah kepada para solihin adalah dituntut dan seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya di akhirat kelak.

Nasihat dan Wasiat

Beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memberikan banyak nasihat kepada kawan-kawan setianya. Antara mutiara kata beliau ialah “Jangan jadi tamak terhadap harta dunia dan jangan punya perasaan hasad-dengki (dan sebarang perasaan
negatif) terhadap sesiapa sepanjang hidup anda.”

Sebelum meninggal, Habib Nuh telah berpesan kepada kawan-kawannya agar jenazah beliau dikebumikan di Mount Palmer sebuah (bukit kecil di jalan Palmer), yang merupakan tanah perkuburan kecil pada masa itu. Walau bagaimana pun pada hari beliau
meninggal, setiap orang telah lupa mengenai pesanan itu dan mereka semua bersedia untuk menuju ke tanah perkuburan Bidadari Muslim. Bila sampai masanya untuk mengangkat keranda, ia tidak berganjak dari atas tanah. Tidak ada seorang pun terdaya mengangkatnya. Persekitaran menjadi kelam kabut, dan hampir setiap orang menangis melihat keranda itu tidak berganjak walaupun cuba diangkat oleh lelaki-lelaki yang gagah.

Nasib baik, seorang daripada yang hadir akhirnya teringat akan pesan Habib Nuh tersebut dan lantas tampil menceritakan hal yang sebenarnya kepada setiap orang yang hadir.
Setiap orang menyedari bahawa mereka telah lupa tentang pesanan tersebut, lalu bersepakat memutuskan untuk bergerak menuju ke Mount Palmer. Dengan kehendak Allah, keranda itu boleh diangkat dengan mudah dan laungan Allahu Akbar bergema mengiringi perjalanan mereka. Dengan izin Allah swt, jenazah Habib Nuh telah selamat dikebumikan di Mount Palmer.

Kewafatan

Setelah 78 tahun mengabdikan diri beliau kepada Islam, Habib Nuh telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat, 27 Julai 1866 bersamaan dengan 14 Rabiul Awal 1283. Habib Nuh menghembuskan nafasnya yang terakhir di Telok Blangah, di kediaman Temenggong Abu Bakar, Johor. Apabila berita itu tersebar, ramai orang daripada pelbagai peringkat, termasuk orang-orang Inggeris yang telah memeluk Islam melalui beliau, dan mereka yang berada di kepulauan-kepulauan berhampiran telah datang untuk menziarahi pusaranya. Pada hari yang sama, semua kereta kuda yang ada di Singapura memberhentikan aktiviti harian mereka kerana ingin membawa pengunjung ke makamnya dengan tanpa bayaran.

Di belakang makam Habib Nuh, terdapat sebuah makam yang dipercayai adalah makam Qadhi pertama di Singapura pada era pemerintahan British. Beliau dikatakan anak saudara kepada Habib Nuh dari kaum kerabat Alhabsyi, namanya Said Abdul Rahman Bin Salim Al-Habsyi r.a yang wafat pada tahun 1867.

Beberapa tahun selepas jenazah Habib Nuh dikebumikan pada tahun 1890, seorang hartawan bernama Sayid Muhammad bin Ahmad Al Sagof telah membuat binaan di atas makam Habib Nuh tersebut. Beberapa tahun lalu makam itu dibaik pulih kerana binaan lama sudah hampir roboh.

Pada tahun 1962, kerajaan Singapura menambak laut di sekitar makam itu sehingga menjadi dataran. Dan di situ juga didirikan bangunan-bangunan. Keadaan tempat itu sekarang jauh berbeza dengan apa yang digambarkan akan berlaku sebelum adanya makam Habib Nuh di situ. Dengan itu makam Sayid Habib Nuh terus selamat dan terjaga.

Makam Habib Nuh yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer bersebelahan dengan Masjid Haji Mohd Salleh, kini ianya telah diambil alih sepenuhnya oleh pihak Majlis Ugama Islam Singapura untuk segala urusan yang berkaitan dengan makam.Makam beliau tetap terpelihara sehingga ke hari ini dan menjadi kebiasaan, makam Habib Nuh sering diziarahi oleh orang ramai termasuk orang-orang Arab dari Hadralmaut dan negara-negara Arab lain serta umat Islam di sekitar Asia untuk mendapat keberkatan daripada kewaliannya. Juga sebagai memenuhi seruan Rasulullah s.a.w. supaya menziarahi kubur agar dapat mengingati mati (zikrul maut).

Semoga Allah merahmati roh beliau.
~Al-Fatihah~

BAYARAN

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA

“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”

~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~

( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )


NO

NAMA BANK

NOMBOR AKAUN

1.

MAYBANK

1630-1948-3075

2.

BSN

11105-29-00004105-4

3.

AMBANK

161-002-002698-0

4.

PUBLIC BANK

4-8714073-17

5.

TABUNG HAJI

630501048356540

6.

CIMB BANK

1305-0003830-20-8

7.

RHB BANK

1-13056-0008203-1

SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:

1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321

2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN

SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami melalui panggilan atau SMS di talian :

017-5959321
(MASTER REIKI Tabib Tok Adi )
24 JAM InsyaAllah