Tawaran Istimewa Dan Perubahan Nilai Mahar Ilmu
Sempena tahun ke-9 penubuhan blog Pusaka-ilmuanwali.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal tahun 2009,pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada pemahar keilmuan dan juga peminat ilmu ghaib kami melalui tawaran harga mahar ISTIMEWA khas untuk anda semua.Kami mempunyai ribuan pelanggan yang berurusan dengan kami yang kami jaga 'privasi' pembeli tanpa pemberitahuan tentang pembelian di atas sebab-sebab tertentu.Kami berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang spiritual dan mempunyai ramai penuntut dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Juga beberapa pelanggan dari negara Vietnam, Arab Saudi, Turkmenistan,Australia, Indonesia, Britain dan China.InsyaAllah barangan pesanan anda akan sampai paling awal sehari selepas pembayaran ilmu dibuat dan selewat-lewatnya 14 HARI jika tiada kesilapan teknikal ( untuk barangan umum ).Jika barangan khas terutamanya pengisian KHADAM maka tertakluk kepada tempoh masa pengisian dan urusan guru. InsyaAllah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami yang melayari blog ini. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 15 Mei 2012, Pihak Pusaka Ilmuan Wali telah membuat penambahbaikan dan pertukaran nilai mahar bagi beberapa ilmu beserta barangan PERCUMA khas untuk pelanggan-pelanggan yang memaharkan ilmu dari kami. Sila layari blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Pihak kami juga ingin memaklumkan tentang penambahan kos pos mengikut kawasan anda, HANYA untuk mahar ilmu yang bernilai BAWAH RM100 sahaja. Berikut adalah maklumat penambahan kos tersebut :
1. Sabah dan Sarawak - Tambahan RM15 untuk kos pos
2. Singapura - Tambahan RM60 untuk kos pos
3. Brunei - Tambahan RM70 untuk kos pos
( Pihak kami HANYA menggunakan perkhidmatan PosLaju Pos Malaysia sahaja.PEMBELIAN anda melebihi RM100 maka kos pos adalah percuma )
Sebarang pertanyaan sila hubungi Tok Adi di talian 017-5959321 ( sms @ call ). Sekian, terima kasih.
MAHAR yang diletakkan untuk ilmu-ilmu di bawah adalah tetap. Tetapi di dalam sesetengah kes, bergantung juga kepada tahap masalah anda dan budi bicara guru ( Tok Adi ). InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya jika ada kemusykilan.
Sekian, terima kasih.
Memandangkan terlalu ramai pelanggan kami di dalam dan luar negara yang memohon Tawaran Diskaun Untuk Keilmuan terpilih dilanjutkan maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Disember 2017, Pihak Pusaka Ilmuan Wali
telah membuat TAWARAN DISKAUN 20% - 50% UNTUK KEILMUAN TERPILIH SAHAJA!!!
Untuk ahli baru, hanya sertai blog kami dan anda turut mendapat tawaran hebat ini. Hanya klik " join " di item Followers yang terdapat di sebelah kanan blog kami dan anda terus akan menikmati tawaran terhebat kami ini.Sila maklumkan penyertaan anda kepada kami semasa ingin memaharkan barangan kami.
1.Pihak Pusaka-Ilmuanwali Tidak berminat untuk berurusan dengan ‘ broker-broker ’ atau orang tengah dan sesiapa sahaja yang berkait dengan urusan BARANG KEBAL UMUM ATAU KEBAL KULIT, BARANG TEMBUS PANDANG, DELIMA MERAH AIR ( AZIMAH MERAH DELIMA ), GELIGA EMBUN HALIMUNAN DALAM AIR, KERIS BASAH, KERIS BERDIRI, KERIS BERGERAK dan sebagainya. Jika adapun Pusaka-Ilmuanwali memaharkan keilmuan seumpama ini, maka pihak yang HANYA kami mengalu-alukan adalah PEMBELI ATAU PEMAHAR SAHAJA. InsyaAllah barulah urusan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya.
2.Pihak Pusaka-Ilmuanwali tidak berminat dengan sebarang urusan ‘ tarik duit ’, pulihkan duit tarik, pulihkan emas tarik, pulihkan duit hancur dan berkara-perkara yang seumpamanya. Pihak Pusaka-Ilmuanwali mempunyai sebab tersendiri untuk menetapkan pendirian ini.
3.Pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak menawarkan Ilmu yang menggalakkan maksiat berlaku secara berleluasa iaitu Ilmu Menurun Nombor Ekor atau Berjudi, Ilmu Pengasihan untuk 'Gay' atau 'Lesbian' dan Khadam Pengasihan atau Pelarisan Bersifat 'HITAM'. Pihak kami mempunyai pendirian yang kukuh tentang hal ini.
4.Akhir sekali, pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak akan melayan dan tidak berminat untuk menjadi tempat bertanya kepada individu yang memaharkan keilmuan mistik dari sumber yang tidak ada kaitan dengan pihak Pusaka-Ilmuanwali sendiri. Melainkan untuk proses penambahbaikan dan pemulihan kekuatan barangan mistik itu sendiri. Mahar atas usaha tersebut akan dimaklumkan pihak kami setelah mendapat persetujuan hasil perbincangan dengan individu yang berminat untuk melakukan proses ini. InsyaAllah.
4.21.2013
PERIHAL TENTANG SIFAT MAZMUMAH ( SUKA MENCARI AIB ORANG LAIN, AIB DIRI SENDIRI TAK NAMPAK )
1. “ Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan At-Tirmidzi)
2. “ Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah s.w.t menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat ” (HR. At-Tirmidzi)
3. “ Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. At-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)
4. “ Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya ” (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud)
5. “ Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya. ” (HR. Al-Bukhari)
6. “ Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu? ” Rasulullah s.a.w. menjawab, “ Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka ”, ditanya lagi “ Bagaimana kalau ianya benar? ” Rasulullah s.a.w. menjawab “ Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah ”
7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: “ Kalian pukullah dia ”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan ( syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan )”. (HR. Al-Bukhari)
8. “ Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya. ” (HR. At-Tirmidzi)
9. “ Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat. ” ( HR. Al-Bukhari )
10. “ Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “ Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat. ”( HR Ahmad ).
Teknologi sekarang seperti Facebook, Blog, Forum dan pelbagai lagi laman sosial serta media elektronik sering digunakan untuk mencaci, menghina, membuat fitnah, membuka aib seseorang dan sebagainya. Pengasas blog juga tidak terlepas daripada perbuatan tidak bertanggung jawab sesetengah individu yang secara terang-terangan meng'aib'kan beliau semata-mata kerana beliau kadang-kadang tidak melayan sms, panggilan atau pertanyaan pada sesetengah masa. Tetapi saya ( moderator ) FB dan juga blog ini yang sudah lama kenal dengan pengasas blog sendiri, melihat beliau sendiri tidak pernah 'ada masa' malahan memaafkan individu-individu yang pernah menghamburkan kata-kata kesat kepada beliau tidak kira di dalam talian telefon, melalui sms dan media elektronik yang lainnya. Pengasas blog memang seorang yang sibuk dengan kegiatan dan urusan seharian beliau dan kadang-kadang tiada kesempatan masa untuk berhubung dengan pelanggannya sendiri. Tetapi jika ada masa terluang maka beliau sendiri yang akan menghubungi anda tentang permasalahan atau tentang pembelian barangan dari pihak kami.
Bukan bermaksud untuk memuji beliau kerana beliau sendiri pernah menasihati saya, " Sabar itu separuh daripada iman, setiap sesuatu benda yang kita tidak sukai itu berlaku sebenarnya dugaan daripada Allah. Kita hidup di dunia ini mengharapkan redha Allah, macam mana Allah nak redha dengan kehidupan kita kalau kita tak redha dengan cubaannya." Kata-kata beliau itu cukup terkesan di hati saya apabila saya ditimpa masalah. Kadang-kadang menyebabkan saya lebih tenang apabila ditimpa masalah kerana saya terus teringat nasihat beliau apabila ditimpa kesusahan.
Baru-baru ini, ada pelanggan-pelanggan lama yang bertanyakan tentang kenapa blog www.pusakaalam.net telah ditutup. Ini penjelasan saya yang mana saya rasa bertanggungjawab untuk mendedahkan hal sebenar kepada ramai pelanggan dulu yang bertanya. Dulu Syeikh Muhammad Solihen pernah mengupah seorang kawan untuk menjadi moderator sebelum saya, namun kerana kawan beliau itu terlalu suka meminjam duit beliau dan tidak pernah membayarnya, pada suatu hari pengasas blog telah bertanyakan duit tersebut kepada kawan ( moderator ), namun kawan beliau itu tidak membayar habis duit tersebut serta telah memutuskan silaturrahimnya dengan pengasas blog. Jadi moderator tersebut juga enggan memberikan kerjasama dan terus menghilangkan diri. Saya pernah bertanya kepada pengasas blog tentang hal ini, beliau berkata , " Ikut suka dialah nak buat macam itu, kat akhirat nanti jumpa juga. Saya tak kisah pasal duit beribu yang dia pinjam tu, tapi kesian dia kat sana. Kat dunia tak selesai, kat akhirat nanti banyak soal jawabnya. Biarlah, redha ajelah. " Banyak sebenarnya penganiayaan yang berlaku tetapi biarlah itu menjadi rahsia kami sahaja. Pihak kami pun tidak berminat nak dedahkan rahsia atau 'aib' orang. Cuma sekadar berpesan-pesan akan kebaikan dan berpesan-pesan kepada kesabaran itu yang pihak kami cuba amalkan di sini. Perkongsian di atas juga adalah untuk pihak kami sendiri dan anda di luar sana. Gunakanlah sebaik-baiknya kemudahan yang ada dan janganlah kita menyalah gunakan segala kemudahan yang ada sekadar untuk melakukan sebarang perbuatan keji dan dilarang oleh agama. Perbanyakkan istighfar setiap hari dan berusaha untuk mengurangkan kesilapan serta dosa yang dibuat. InsyaAllah semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.
Akhirul kalam saya sebagai moderator yang dipertanggungjawabkan oleh Tuan Syeikh Muhammad Solihen untuk meneraju blog ini, blog Pusakaalam2u dan juga FB Pusaka Alam 2U selama setahun lebih ini ( Mac 2012 sehingga kini ) memohon ampun dan maaf kepada semua andai ada terkasar bahasa, terlebih bicara yang mana jika sekiranya ada menyebabkan anda semua terguris hati maka diharapkan memaafkan pihak kami yang tidak terlepas dari membuat kesilapan. Segala teguran dan kritikan membina pihak kami terima dengan hati yang terbuka demi mempertingkatkan kualiti serta 'survival' usaha pihak kami. Ribuan terima kasih diucapkan kepada anda semua.
" Tiada manusia yang sempurna di dunia ini namun contohilah sifat Rasulullah s.a.w dan semoga kita termasuk di dalam kalangan umat yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. Amin."
~ Artikel ini dikeluarkan oleh Moderator FB Pusaka Alam 2U melalui sedikit maklumat daripada Syeikh Muhammad Solihen ~
BAYARAN
BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA
“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”
~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~
( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )
NO | NAMA BANK | NOMBOR AKAUN |
1. | MAYBANK
| 1630-1948-3075 |
2. | BSN
| 11105-29-00004105-4 |
3. | AMBANK
| 161-002-002698-0 |
4. | PUBLIC BANK
| 4-8714073-17 |
5. | TABUNG HAJI
| 630501048356540 |
6.
| CIMB BANK | 1305-0003830-20-8 |
7.
| RHB BANK | 1-13056-0008203-1 |
SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:
1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321
2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN
SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.
HUBUNGI KAMI
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami melalui panggilan atau SMS di talian :
017-5959321 (MASTER REIKI Tabib Tok Adi )
24 JAM InsyaAllah