Tawaran Istimewa Dan Perubahan Nilai Mahar Ilmu

Sempena tahun ke-9 penubuhan blog Pusaka-ilmuanwali.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal tahun 2009,pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada pemahar keilmuan dan juga peminat ilmu ghaib kami melalui tawaran harga mahar ISTIMEWA khas untuk anda semua.Kami mempunyai ribuan pelanggan yang berurusan dengan kami yang kami jaga 'privasi' pembeli tanpa pemberitahuan tentang pembelian di atas sebab-sebab tertentu.Kami berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang spiritual dan mempunyai ramai penuntut dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Juga beberapa pelanggan dari negara Vietnam, Arab Saudi, Turkmenistan,Australia, Indonesia, Britain dan China.InsyaAllah barangan pesanan anda akan sampai paling awal sehari selepas pembayaran ilmu dibuat dan selewat-lewatnya 14 HARI jika tiada kesilapan teknikal ( untuk barangan umum ).Jika barangan khas terutamanya pengisian KHADAM maka tertakluk kepada tempoh masa pengisian dan urusan guru. InsyaAllah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami yang melayari blog ini. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 15 Mei 2012, Pihak Pusaka Ilmuan Wali telah membuat penambahbaikan dan pertukaran nilai mahar bagi beberapa ilmu beserta barangan PERCUMA khas untuk pelanggan-pelanggan yang memaharkan ilmu dari kami. Sila layari blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Pihak kami juga ingin memaklumkan tentang penambahan kos pos mengikut kawasan anda, HANYA untuk mahar ilmu yang bernilai BAWAH RM100 sahaja. Berikut adalah maklumat penambahan kos tersebut :

1. Sabah dan Sarawak - Tambahan RM15 untuk kos pos
2. Singapura - Tambahan RM60 untuk kos pos
3. Brunei - Tambahan RM70 untuk kos pos

( Pihak kami HANYA menggunakan perkhidmatan PosLaju Pos Malaysia sahaja.PEMBELIAN anda melebihi RM100 maka kos pos adalah percuma )

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tok Adi di talian 017-5959321 ( sms @ call ). Sekian, terima kasih.

MAHAR yang diletakkan untuk ilmu-ilmu di bawah adalah tetap. Tetapi di dalam sesetengah kes, bergantung juga kepada tahap masalah anda dan budi bicara guru ( Tok Adi ). InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya jika ada kemusykilan.
Sekian, terima kasih.

Memandangkan terlalu ramai pelanggan kami di dalam dan luar negara yang memohon Tawaran Diskaun Untuk Keilmuan terpilih dilanjutkan maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Disember 2017, Pihak Pusaka Ilmuan Wali

telah membuat TAWARAN DISKAUN 20% - 50% UNTUK KEILMUAN TERPILIH SAHAJA!!!
Untuk ahli baru, hanya sertai blog kami dan anda turut mendapat tawaran hebat ini. Hanya klik " join " di item Followers yang terdapat di sebelah kanan blog kami dan anda terus akan menikmati tawaran terhebat kami ini.Sila maklumkan penyertaan anda kepada kami semasa ingin memaharkan barangan kami.

1.Pihak Pusaka-Ilmuanwali Tidak berminat untuk berurusan dengan ‘ broker-broker ’ atau orang tengah dan sesiapa sahaja yang berkait dengan urusan BARANG KEBAL UMUM ATAU KEBAL KULIT, BARANG TEMBUS PANDANG, DELIMA MERAH AIR ( AZIMAH MERAH DELIMA ), GELIGA EMBUN HALIMUNAN DALAM AIR, KERIS BASAH, KERIS BERDIRI, KERIS BERGERAK dan sebagainya. Jika adapun Pusaka-Ilmuanwali memaharkan keilmuan seumpama ini, maka pihak yang HANYA kami mengalu-alukan adalah PEMBELI ATAU PEMAHAR SAHAJA. InsyaAllah barulah urusan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya.

2.Pihak Pusaka-Ilmuanwali tidak berminat dengan sebarang urusan ‘ tarik duit ’, pulihkan duit tarik, pulihkan emas tarik, pulihkan duit hancur dan berkara-perkara yang seumpamanya. Pihak Pusaka-Ilmuanwali mempunyai sebab tersendiri untuk menetapkan pendirian ini.

3.Pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak menawarkan Ilmu yang menggalakkan maksiat berlaku secara berleluasa iaitu Ilmu Menurun Nombor Ekor atau Berjudi, Ilmu Pengasihan untuk 'Gay' atau 'Lesbian' dan Khadam Pengasihan atau Pelarisan Bersifat 'HITAM'. Pihak kami mempunyai pendirian yang kukuh tentang hal ini.

4.Akhir sekali, pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak akan melayan dan tidak berminat untuk menjadi tempat bertanya kepada individu yang memaharkan keilmuan mistik dari sumber yang tidak ada kaitan dengan pihak Pusaka-Ilmuanwali sendiri. Melainkan untuk proses penambahbaikan dan pemulihan kekuatan barangan mistik itu sendiri. Mahar atas usaha tersebut akan dimaklumkan pihak kami setelah mendapat persetujuan hasil perbincangan dengan individu yang berminat untuk melakukan proses ini. InsyaAllah.

1.21.2013

20 AMALAN YANG MEMPERMUDAHKAN DATANGNYA REZEKI



20 AMALAN DIPERMUDAHKAN REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan untuk setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya ialah:

1. Menyempatkan diri dalam beribadah
Allah tidak mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.). Banyakkanlah beribadah kepada Allah dengan ikhlas mengharapkan keredhaan Allah serta bukanlah menunjuk-nunjuk kepada manusia yang lainnya dan merahsiakan ibadah dari pengetahuan orang lain untuk mengelakkan timbul rasa riya’. Jika ada sedikit perasaan riya’ dalam beribadah maka haram bau syurga! Kerana riya itu termasuk dalam syirik kecil.

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan sayang pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.). Bersedekahlah dengan ikhlas dan sembunyikan sedekah dari pengetahuan orang lain. Ibarat tangan kanan yang bersedekah, tangan kiri pun tidak tahu.

14. Melazimi solat malam ( Tahajjud )
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah. Lakukan solat Tahajjud kerana Allah dan bukan kerana sebab duniawi kerana dibimbangi rosak amalan nanti. Lakukanlah dengan ikhlas sambil mengharapkan keredhaan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
 Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Jadilah kita golongan orang yang dicintai-Nya dan bukannya golongan yang tidak dicintai-Nya. InsyaAllah.

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya. InsyaAllah.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.). Bertawakkal hanyalah kepada Allah dan bukanlah makhluk selainnya yakni jin, bunian, dewa-dewi atau wali-wali Allah sekalipun. Janganlah juga percaya kepada tangkal, batu-batu hikmat dan barang-barang tiada bermanfaat yang boleh menyebabkan kita syirik dan menyekutukan Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

BAYARAN

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA

“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”

~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~

( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )


NO

NAMA BANK

NOMBOR AKAUN

1.

MAYBANK

1630-1948-3075

2.

BSN

11105-29-00004105-4

3.

AMBANK

161-002-002698-0

4.

PUBLIC BANK

4-8714073-17

5.

TABUNG HAJI

630501048356540

6.

CIMB BANK

1305-0003830-20-8

7.

RHB BANK

1-13056-0008203-1

SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:

1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321

2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN

SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami melalui panggilan atau SMS di talian :

017-5959321
(MASTER REIKI Tabib Tok Adi )
24 JAM InsyaAllah