Tawaran Istimewa Dan Perubahan Nilai Mahar Ilmu

Sempena tahun ke-9 penubuhan blog Pusaka-ilmuanwali.blogspot.com yang ditubuhkan pada awal tahun 2009,pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tertinggi kepada pemahar keilmuan dan juga peminat ilmu ghaib kami melalui tawaran harga mahar ISTIMEWA khas untuk anda semua.Kami mempunyai ribuan pelanggan yang berurusan dengan kami yang kami jaga 'privasi' pembeli tanpa pemberitahuan tentang pembelian di atas sebab-sebab tertentu.Kami berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang spiritual dan mempunyai ramai penuntut dari negara Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei. Juga beberapa pelanggan dari negara Vietnam, Arab Saudi, Turkmenistan,Australia, Indonesia, Britain dan China.InsyaAllah barangan pesanan anda akan sampai paling awal sehari selepas pembayaran ilmu dibuat dan selewat-lewatnya 14 HARI jika tiada kesilapan teknikal ( untuk barangan umum ).Jika barangan khas terutamanya pengisian KHADAM maka tertakluk kepada tempoh masa pengisian dan urusan guru. InsyaAllah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelanggan kami yang melayari blog ini. Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 15 Mei 2012, Pihak Pusaka Ilmuan Wali telah membuat penambahbaikan dan pertukaran nilai mahar bagi beberapa ilmu beserta barangan PERCUMA khas untuk pelanggan-pelanggan yang memaharkan ilmu dari kami. Sila layari blog kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini. Pihak kami juga ingin memaklumkan tentang penambahan kos pos mengikut kawasan anda, HANYA untuk mahar ilmu yang bernilai BAWAH RM100 sahaja. Berikut adalah maklumat penambahan kos tersebut :

1. Sabah dan Sarawak - Tambahan RM15 untuk kos pos
2. Singapura - Tambahan RM60 untuk kos pos
3. Brunei - Tambahan RM70 untuk kos pos

( Pihak kami HANYA menggunakan perkhidmatan PosLaju Pos Malaysia sahaja.PEMBELIAN anda melebihi RM100 maka kos pos adalah percuma )

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tok Adi di talian 017-5959321 ( sms @ call ). Sekian, terima kasih.

MAHAR yang diletakkan untuk ilmu-ilmu di bawah adalah tetap. Tetapi di dalam sesetengah kes, bergantung juga kepada tahap masalah anda dan budi bicara guru ( Tok Adi ). InsyaAllah boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya jika ada kemusykilan.
Sekian, terima kasih.

Memandangkan terlalu ramai pelanggan kami di dalam dan luar negara yang memohon Tawaran Diskaun Untuk Keilmuan terpilih dilanjutkan maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 sehingga 31 Disember 2017, Pihak Pusaka Ilmuan Wali

telah membuat TAWARAN DISKAUN 20% - 50% UNTUK KEILMUAN TERPILIH SAHAJA!!!
Untuk ahli baru, hanya sertai blog kami dan anda turut mendapat tawaran hebat ini. Hanya klik " join " di item Followers yang terdapat di sebelah kanan blog kami dan anda terus akan menikmati tawaran terhebat kami ini.Sila maklumkan penyertaan anda kepada kami semasa ingin memaharkan barangan kami.

1.Pihak Pusaka-Ilmuanwali Tidak berminat untuk berurusan dengan ‘ broker-broker ’ atau orang tengah dan sesiapa sahaja yang berkait dengan urusan BARANG KEBAL UMUM ATAU KEBAL KULIT, BARANG TEMBUS PANDANG, DELIMA MERAH AIR ( AZIMAH MERAH DELIMA ), GELIGA EMBUN HALIMUNAN DALAM AIR, KERIS BASAH, KERIS BERDIRI, KERIS BERGERAK dan sebagainya. Jika adapun Pusaka-Ilmuanwali memaharkan keilmuan seumpama ini, maka pihak yang HANYA kami mengalu-alukan adalah PEMBELI ATAU PEMAHAR SAHAJA. InsyaAllah barulah urusan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya.

2.Pihak Pusaka-Ilmuanwali tidak berminat dengan sebarang urusan ‘ tarik duit ’, pulihkan duit tarik, pulihkan emas tarik, pulihkan duit hancur dan berkara-perkara yang seumpamanya. Pihak Pusaka-Ilmuanwali mempunyai sebab tersendiri untuk menetapkan pendirian ini.

3.Pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak menawarkan Ilmu yang menggalakkan maksiat berlaku secara berleluasa iaitu Ilmu Menurun Nombor Ekor atau Berjudi, Ilmu Pengasihan untuk 'Gay' atau 'Lesbian' dan Khadam Pengasihan atau Pelarisan Bersifat 'HITAM'. Pihak kami mempunyai pendirian yang kukuh tentang hal ini.

4.Akhir sekali, pihak Pusaka-Ilmuanwali juga tidak akan melayan dan tidak berminat untuk menjadi tempat bertanya kepada individu yang memaharkan keilmuan mistik dari sumber yang tidak ada kaitan dengan pihak Pusaka-Ilmuanwali sendiri. Melainkan untuk proses penambahbaikan dan pemulihan kekuatan barangan mistik itu sendiri. Mahar atas usaha tersebut akan dimaklumkan pihak kami setelah mendapat persetujuan hasil perbincangan dengan individu yang berminat untuk melakukan proses ini. InsyaAllah.

8.31.2012

ILMU HIKMAT PENERANG HATI DAN TENAGA MINDA

Maharnya : RM55.25

Pelbagai ilmu dan petua penerang hati dan tenaga minda yang akan diajarkan kepada anda. Amatlah berguna sekali kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda dan lebih-lebih lagi kepada mereka yang pelupa, sukar mengingati sesuatu, menghafal ilmu atau apa-apa pelajaran, menghilangkan sifat was-was, darah gemuruh, lemah semangat dan sebagainya. InsyaAllah setelah mengamalkan mana-mana ilmu yang ada di dalam ilmuan ini maka dengan izin Allah anda akan menjadi orang yang kuat ingatannya, mudah memahami pelajaran, mudah menghafal apa-apa ilmu yang dipelajari, hilang sifat was-was, darah gemuruh, lemah semangat dan sebagainya. Ilmu-ilmu amalan, petua-petua serta teknik-teknik yang mudah untuk diamalkan, dipelajari dan diikuti. Juga bagus untuk mengelakkan kejadian histeria di kalangan para pelajar yang tertekan dengan pembelajaran seharian. Sesiapa sahaja boleh mempelajarinya insyaAllah. Diajarkan untuk golongan MUSLIM sahaja. Semoga anda semua berjaya di dunia dan di akhirat.

Testimoni pengguna : ( En. Sxxxxxx Axxx dari Subang, Selangor )
" Saya rasa bersyukur kerana diberikan ilmu ini yang mana membantu saya dalam pelajaran dan persediaan SPM saya pada tahun ini. Pada ujian OTI yang terbaru ini saya mendapat keputusan yang memberangsangkan berkat mengamalkan Ilmu ini yang berasaskan Ayat Suci Al-Quran dan banyak membantu saya untuk lebih tenang dan bersedia semasa peperiksaan. Saya rasa ramai lagi yang patut mencuba ilmu ini kerana banyak petua-petua mudah dalam ilmu ini yang bagus untuk semua pelajar. Terima kasih Pak Cik Semoga Allah merahmati Pak Cik." 

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA
“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”
~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~
( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )

NO
NAMA BANK
NOMBOR AKAUN
1.
MAYBANK
1630-1948-3075
2.
BSN
11105-29-00004105-4
3.
AMBANK
161-002-002698-0
4.
PUBLIC BANK
4-8714073-17
5.
TABUNG HAJI
630501048356540
6.
CIMB BANK
1305-0003830-20-8
7.
RHB BANK
1-13056-0008203-1
SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:
1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321
2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN
SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

** ILMU INI ADALAH ILMU YANG BERSANAD DAN PENGASAS BLOG YAKNI TABIB TOK ADI MEMPUNYAI GURU YANG SAH DALAM MENGAMALKAN ILMU INI. ILMU INI BUKAN DIAMBIL DARI MANA-MANA BLOG ATAU BELAJAR MELALUI GOOGLE SEBAGAIMANA ADA PIHAK YANG MENABURKAN FITNAH TERHADAP PENGASAS BLOG SEJAK 2@3 TAHUN KEBELAKANGAN INI.HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH**

8.26.2012

PELBAGAI KERENAH PELANGGAN YANG MEMUALKAN...

Contoh pertama :

" As'kum Syeikh, saya nak tanya pasal Batu Pancar Delima... Berapa harganya? "
SMS dari S.M. Solihen " Nanti saya akan MMS gambar beserta maharnya sekali "
Jawab pelanggan ini " ok "

Setelah dihantar gambar tetapi tidak dapat dibuka kerana mungkin Hp pelanggan tersebut tiada perkhidmatan MMS atau model lama... Pelanggan tersebut menghantar sms...

" Saya betul2 berminat ni Syeikh... Takpun mcm ni, Syeikh datang ke rumah saya lepas Raya Puasa ni... saya nak tengok sendiri barangnya dan nak tengok serasi atau tidak serasi barang tersebut dengan saya "
Selepas itu pelanggan ini siap bagi alamat lagi... Kononnya bersungguh nak dapatkan barang tersebut..

Persoalan yang bermain di fikiran kami :
1) Jika saya datang dari Terengganu ke Kuala Lumpur dengan kereta...Adakah pelanggan ini akan membayar kos tol, minyak dan makan minum???
2) Jika tidak jadi memaharkan barangan tersebut... Adakah pelanggan tersebut akan sekurang-kurangnya memohon maaf atas pembuangan masa dan segala kos yang terpaksa ditanggung oleh Syeikh Muhammad Solihen??? ( Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI... kerana pada awalnya sudah tiada dimaklumkan pada Syeikh Muhammad Solihen sendiri )...

Contoh yang kedua :

" Salam, Syeikh. Saya berminat nak menjual barangan saya kepada Syeikh... Barang ni adalah barang turun temurun keluarga saya... Saya nak jual murah aje Syeikh.. Mangkuk ni ada ayat Quran, mangkuk besi, nak jual RM150 aje Syeikh. Syeikh tggal d mana? Boleh tak datang ke Kuantan tengok barang ni.."

Sms dari Syeikh Muhammad Solihen " Salam, mintak maaf sebab sy x bminat... Wassalam "
Jawab hamba Allah tersebut ( sms ) " Syeikh tgok dulu sb brg ni brg keturunan keluarga saya... Mana tau nanti berkenan ke... "

Selepas itu, banyak sms dihantar merapu-merapu dari mangkuk berukir ayat Quran, Keris Berwafaq dan barangan-barangan yang dikatakan barang keturunan... MasyaAllah... Kalau nak tipu pun agak-agaklah. Mangkuk jenis tu banyak di sebelah Indonesia... Ada sahabat Syeikh sendiri yang hadiahkan mangkuk Perak dan Tembaga Putih berukir ayat suci Al-Quran kepada Syeikh yang mana sahabat itu berasal dari Medan, Indonesia.

Contoh yang ketiga :

" Askum, Syeikh. Saya J**** dari Selangor, ada barang kebal umum. Ingat nak buat tarik duit Syeikh... Raya dah dekat. Talam Tembaga dalam 18 inci pun ada Syeikh. Harap Syeikh Boleh bantu..."

Jawab S.M.Solihen " Wassalam, sila baca di blog www.pusakaalam2u.blogspot.com pasal benda ni. Terima kasih "..

Selepas itu mcm2 sms dari hamba Allah berkenaan hajatnya yang tak kesampaian itu... Astagfirullah..
Selama 10 tahun pengalaman Syeikh Muhammad Solihen dalam bidang ni, tak pernah jumpa orang yang dapat hasil duit tarik kononnya dapat BERJUTA-JUTA yang berani tunjuk hasil "tarik duit" kat beliau... Beliau sendiri pun pernah dapat tak sampai RM10 ribu 8 tahun lepas melalui hasil tarik yang dilakukan oleh arwah bapa angkat beliau seorang " SYED " di Terengganu... itupun untuk tujuan membayar hutang semata-mata yang melibatkan hampir 14 orang jemaah..


Contoh yang keempat :

" Salam, Syeikh... Barang yang dikirimkan Syeikh ni bukan sebagaimana yang saya nak. Kata nak bagi khadam tapi kenapa kena pakai cincin n mandi minyak pulak. Kenapa Syeikh tak bagitau awal2 yg sy kena pakai benda2 ni... Saya nak balik duit saya klau tak saya report polis. Syeikh jangan main2 dgn saya!"

Pelanggan jenis di atas adalah termasuk dalam senarai ke 11 dalam senarai pelanggan dalam rekod Pusaka Alam 2U yang tak faham apa yang dipesan. Padahal sudah dimaklumkan pada awal-awal yang alat 'contact' atau tanda perhubungan kita dengan khadam adalah melalui batu cincin atau lain-lain alat yang boleh dipakai contohnya batu cincin utk lelaki dan loket untuk perempuan. Minyak mandian pula adalah bertujuan utk membersihkan diri pelanggan yang berminat mendapatkan khidmat khadam. Biasanya kita tidak tahu mungkin terdapat gangguan energi negatif ( sihir, saka, jin, iblis dan syaitan ) pada diri kita melainkan kita mengalami perkara-perkara yang aneh atau pelik yang tidak dapat dijelaskan dengan logik akal. mandian tersebut juga untuk membina 'talian' kukuh dengan khadam yang hendak diambil. Khadam ini pula tidak akan menjadi saka kerana boleh dibuang bila-bila masa dan kalau tidak dibuang pun akan kembali sendiri ke 'kerajaan ghaib' masing-masing. InsyaAllah.


Contoh kelima :
( Sms dari seorang pelanggan yang merupakan ibu tunggal dan pernah belajar ilmu secara bayaran ansuran yang tidak habis dibayar mempunyai 2 orang anak- sudahlah duit tak habis bayar tak ada perasaan malu pula asyik sms pasal mimpi )

Sms terbaru : Selasa ( 4 September 2012 )
" tok, ape maksud kalu kita mimpi ular hijau tua jatuh dalam kain nak patuk tapi terus gigit.lalu saya amek dan lempar ia.apa mksudnya?"

Kebetulannya saya tertidur awal dek keletihan melayan pesakit dan menguruskan urusan seharian yang tidak pernah habis dan meletihkan. Tanpa disedari anak saudara pulak tengah bermain Handphone saya tiba-tiba menjawab sms tersebut...

"Maksudnya jgn bjalan2 dsekitar kwsn smak afrika utara @ selatan nigeria krana tdpat spesies ular BLACK MAMBA yang patukannya boleh membawa maut jika dipatuk d kwsn telinga.Pkara ini bru berlaku kpd kwan sy yg bermimpi sebijik sperti anda.Oleh yg dmikian bhati2 swktu lalu d tepi semak.."

Sms ibu tunggal " tp bila masa lak saya pi afrika?"

Sms anak sedara Syeikh " Berhati2 dgn awang hitam ( mat nigeria ) mana tau anda akan diculik dan dihantar ke sana dlm masa tdkat..."

Sms ibu tunggal " haa mana tok taw ada awang itam suka kt saya? adoi saya takutla tok"

Tanpa mengetahui siapa yang bersms dengannya ibu tunggal berkenaan semakin taksub dengan tilikan yang kebetulan mengena tersebut ( Anak sedara Syeikh punya kerja )...

Sms anak sedara Syeikh " Saya nasihatkan awak makan pisang2 dan buah buahan citrus spaya badan awak lbih lansing dan diminati oleh lelaki melayu..Say no to drug.Jgan jadi keldai dadah.."

Sms ibu tunggal " saya tak kenal negro tu tapi dia asyik call saya. saya taw saya tak cntek dan gemok..tp Razlan laki Tganu tu laki org ke atau duda tok? dia tu tol ke suka saya? "

Sms anak sedara Syeikh " mitk no ic dia Razlam tur.."

Sms ibu tunggal " tok saya tkda no ic dia tp gambar adala, jap saya send mms gmbar kt tok "..

Selepas itu berlarutan dengan mms  gambar lelaki berkenaan serta siap bagitau nombor plat kereta dan warnanya serta siap mintak tolong lagi secara belas kasihan nakkan lelaki tersebut kasih sayang gila cinta berahi pada ibu tunggal berkenaan. Selepas itu mungkin anak saudara saya yang berumur 9 tahun tersebut tertidur. Pada waktu pagi keesokkan harinya pada waktu pukul 9.14 pagi, saya membalas balik sms ibu tunggal tersebut menerangkan hal sebenar.. Akhirnya sampai sekarang dia tak sms atau telefon saya lagi. Alhamdulillah syukur kepada Allah... Ada hikmah di sebalik kejadian yang tidak disengajakan ini...

Kesimpulannya saya berharap agar mana-mana individu yang menghubungi kami harus memahami tujuan kami membuka blog ini adalah untuk mengembangkan ilmu Allah dan membantu insan-insan yang kurang bernasib baik diluar sana dalam bab rezeki, kesihatan, kewangan, percintaan dan sebagainya. Ramai pelanggan yang kurang berpuashati dengan Syeikh Muhammad Solihen kerana kadang2 susah untuk dihubungi. Ini kerana terlalu banyak SMS seperti ini yang dihantar oleh HAMBA ALLAH yang banyak ragamnya. Sedarlah... kerana sms anda ada orang lain yang terpaksa terima 'BAHANA' nya. MasyaAllah... Ada juga beberapa HAMBA ALLAH yang mengaku bijak pandai mengatakan ILMU ALLAH tiada boleh dijual beli.Kami meletakkan mahar agar ilmu yang kami ijazahkan mustajab dan dihargai oleh semua pemahar bak kata golongan bijak Bestari " Barang yang tiada harga tiada dihargai ".. Kesian cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah kat mana-mana institusi pengajian kalau tak diberi gaji. Yang mereka ajarkan itu pun ILMU ALLAH.. Kalau tak diberi gaji masakan boleh hidup.Akhirul kalam, Selamat menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua.. Sekian, terima kasih.

8.15.2012

BOLEHKAN JIN DIBUNUH ATAU DIPANCUNG???

Persoalan ini sering bermain di fikiran perawat amatur dan pesakit yang menderita terkena gangguan saka atau sihir yang teruk. Mari kita bincangkan persoalan ini. Allah s.w.t menciptakan Jin dan Manusia itu berpasang-pasangan dan beranak pinak. Bermaksud Jin juga merupakan makhluk Allah yang mempunyai keturunan. Sama sahaja seperti keadaan dan lumrah hidup manusia. Jika sekiranya ada sanak saudara atau keluarga kita dibunuh, apakah tindakan kita kepada si pembunuh??? Lebih-lebih lagi jika melibatkan seseorang yang kita sayangi telah dibunuh oleh orang yang kita tidak kenal. Ketahuilah bahawa jin itu merupakan makhluk yang sangat pendendam. Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda bahawa perumpamaan sebaik-baik makhluk jin itu adalah sejahat-jahat manusia. Yakni bermaksud jin yang paling baik pun adalah sifat dan sikapnya manusia yang paling jahat di muka bumi ini. Berkait dengan persoalan jin ini boleh dibunuh atau tidak, jawapannya adalah boleh. Tetapi bergantung kepada kekuatan spiritual dan ghaib seseorang perawat itu sendiri. Ada juga golongan jin yang mempunyai tahap ilmu yang tinggi dan sakti boleh memecahkan diri dan rupa bentuk mereka sampai 9 pecahan. Sama dengan bilangan alam jin itu sendiri. Petua untuk mengetahui kekuatan spiritual perawat cukup mudah. Jika dilihat perawat merawat pesakit yang meracau dan dirasuk itu berkemampuan untuk membunuh jin maka dari awal-awal lagi jin itu tidak akan masuk ke dalam tubuh manusia yang terkena sihir atau gangguan saka kerana tahu dirinya akan binasa. Bayangkanlah jika pesakit yang dirasuki jin merasuk dan siap memaki hamun, meludah, menghina, menendang dan melawan perawat itu sendiri tanpa menunjukkan rasa takut pada perawat. Secara logik akalnya, adakah kekuatan spiritual dan kerohanian perawat ini mampu menangani masalah ini dengan sebaik-baiknya sedangkan jin ini langsung tidak takut kepada perawat dan banyak muslihatnya??? Jikalau boleh jin ini dibunuh sekalipun, persoalan yang harus kita fikirkan adalah, setelah proses pemancungan dan jin itu telah dibunuh. Tidakkah perbuatan ini akan menimbulkan persengketaan antara kita dan keluarga makhluk jin itu sendiri??? Jika makhluk jin itu hanya seperti seekor nyamuk tidak apalah kerana makhluk nyamuk itu kita nampak, tetapi adakah makhluk jin ini kita nampak??? Adakah perawat yang mendakwa mereka boleh nampak makhluk ini sememangnya dan sebenar-benarnya boleh nampak akan jin ini??? Maka cara yang paling elok kita gunakan adalah melalui perundingan atau jika makhluk ini tetap berdegil maka hantarkanlah sahaja makhluk ini ke penjara mereka sendiri iaitu Lautan Pauzanggi atau Pusat Tasik Pauzanggi yang berada di alam lautan yang dikuasai oleh Nabi Khidir a.s. Maka dengan izin Allah maka tiadalah berlaku penganiayaan kepada makhluk jin dan tidak menimbulkan persengketaan antara manusia dan jin itu sendiri. Sekadar perkongsian keilmuan untuk semua. InsyaAllah moga-moga dimanfaatkan dan mendapat keredhaan disisi-Nya....

7.31.2012

Perihal Perubatan Islam - Saka

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua... selamat berpuasa dan semoga diberkati hidup kita oleh Allah s.w.t. hendaknya.


Akhir-akhir ini, Syeikh Muhammad Solihen banyak mendapat maklumat yang kurang menyenangkan seperti ini ( sms ) dari beberapa orang pesakit :


Yang Pertama :


Assalamualaikum, Tuan Syeikh. Saya menderita gangguan saka. Saya pernah berubat dengan HAJI XXXXXX di pusat rawatan AL-XXXXXXX cawangan Sabah. Dia kata dah cabut saka saya tapi seminggu lepas tu datang balik. Macam mana Tuan Syeikh? Boleh ke Tuan Syeikh berubat jarak jauh saka ni?


Yang Kedua :


Hello Master. Saya orang India. Saya ada roh jahat nenek moyang ganggu saya. Hari2 saya sakit kena ganggu. Itu hari ada saya ambil ubat di YXXXXXX tetapi DXXX EXXXX AXXXXXXXXX kata saya terkena sihir. Saya sudah pening, mana satu betul Master??? Master boleh ubatkah sakit saya ni?


Yang Ketiga :


Assalamualaikum Ustaz. Saya ada masalah dengan suami saya. Saya pernah berubat dengan Ustaz SXXXXXX tapi dah banyak kali saya pergi namun belum pulih jugak sepenuhnya. Dia kata masalah sihir. Saya biasa nampak suami di rumah walaupun dia 'out-station'.. Saya takut Ustaz... Macam mana ni???


Ini senario biasa yang dihadapi oleh individu yang mengalami masalah gangguan saka dan bukan sihir. Syeikh Muhammad Solihen mempunyai pengalaman selama 10 tahun dan berpengalaman luas dalam masalah gangguan saka. Jadi dinasihatkan kepada perawat-perawat komesil di luar sana yang rasa-rasanya tidak berapa mahir masalah saka ni, bolehlah mengakui yang anda tidak mampu menangani kes ini dengan baik. Daripada membuang masa pesakit dan menzalimi pesakit dengan bayaran yang melampau, eloklah kiranya berterus terang dan insyaAllah rezeki Allah sentiasa ada untuk manusia yang jujur. Untuk masalah saka bolehlah terus menghubungi Syeikh Muhammad Solihen di talian 017-5959321. Untuk pengetahuan semua, dengan izin Allah Syeikh Muhammad Solihen berupaya untuk mengubati malah memutuskan ikatan saka secara bersemuka dan jarak jauh. InsyaAllah. Sekian, terima kasih.

7.22.2012

Khasiat Cuka Nipah


Biasanya cuka nipah ini diperbuat daripada air nira nipah yang diperam selama 44 hari. Nira nipah boleh diminum segar dan ada pengusaha nira menjadikan nira tu cuka. Cuka nipah ini dikatakan amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.Nabi Muhammad S.A.W juga amat menggalakkan umatnya  mengamalkan meminum cuka (KHAL) dari herba untuk kebaikan dan kesihatan ini.

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Antara Khasiat cuka nipah:

    Boleh mengubati kencing manis
    Menurunkan tekanan darah tinggi
    Memecah batu karang
    Menurunkan kolestrol dan mengubati sakit jantung
    Melegakan sakit gout
    Boleh juga mengubati penyakit migrain
    Mencegah obesiti
    Buasir
    Masalah usus
    Sembelit
    Membuang toksik dalam badan
    Menstabilkan kepanasan badan
    Penjagaan kulit dan kecantikan badan semulajadi.

Cara mengamalkannya:

Cara 1

Ambilkan satu sudu besar cuka nipah dicampur dengan satu sudu teh madu lebah asli dan minum dengan air suam, amalan ini dipercayai mampu mengubati penyakit seperti di atas.

Cara 2

Ambil beberapa biji kurma kemudian direndam bersama cuka nipah semalaman (pastikan kurma itu tenggelam). Kemudian makan kurma tersebut sebiji sehari ( jangan lebih sebab ditakuti memudaratkan anda ). Dipercayai boleh mengurangkan kolestrol dan penyakit darah tinggi.

Cara 3

Kalau sakit migrain pulak ambilkan satu sudu cuka nipah dicampur sedikit air kemudian sapu pada bahagian migrain tersebut.

Sebenarnya bukan ni sahaja khasiatnya, cuka nipah ini juga boleh digunakan untuk mematikan barang sihir dengan menjiruskan cuka ini beserta ditambah dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Berupaya juga menghalau hantu jin kat rumah dengan izin Allah. Petuanya kalau nak keluar atau meninggalkan rumah dalam masa yang lama, isi cuka nipah dalam bekas terbuka letak di tengah-tengah rumah, bacakan surah Al-Fatihah 7X, Al-Ikhlas 7X, Al-Falaq 7X, An-Nass 7X serta bacakan ayat ke-9 Surah Yasiin sebanyak 9X “ Wa ja  a’lna mim baini aidihim saddaw wamin khalfihim saddaw  fa ‘akh syainahum fahum layub siiruun ”. Selepas itu tiup ke arah cuka nipah tersebut sebanyak 10X.


Petua ini bermanfaat untuk menghindari hantu, jin, syaitan dan iblis laknatullah ini masuk atau tinggal dalam  rumah kita, takut nanti bila kita dah kembali balik ke rumah kita tak pasal-pasal kita kena marah kata itu rumah dia pulak. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuka kembali rumah yang sudah lama ditinggalkan bertahun-tahun mahupun selama kiraan 44 hari. Bagus untuk mengelakkan daripada gangguan makhluk halus tersebut. InsyaAllah itulah serba sedikit khasiat cuka nipah asli yang baik untuk kebaikan dan kesihatan.
Selamat mencuba.

6.03.2012

PENGIJAZAHAN TERBUKA -Boleh diamalkan terus tanpa akad ijazah

Amalan untuk membersihkan dan menguatkan roh, jasad dan semangat kita.Amalan ini boleh dilakukan pada hari hujan dan lebih bagus jika hujan lebat. Tetapi tidak digalakkan semasa berlaku hujan bersama ribut petir, takut nanti tak pasal-pasal kena panah petir…he..he..he.. ;)

Tatacaranya adalah seperti berikut:-

*MANDI HUJAN HARUSLAH AIR HUJAN YANG TERUS DARI LANGIT TANPA DIHADANG  OLEH SESUATU. SEBAIK-BAIKNYA MANDI DI KAWASAN LAPANG…*
 
1)      Semasa hujan mula-mula turun kita hadiahkanlah surah Al-Fatihah kepada NAbi Muhammad S.A.W, Nabi Sulaiman A.S, Nabi Adam A.S, Nabi Nuh A.S, Nabi Khidir A.S, Diri yang sebenar-benar diri kita dan untuk keredhaan Allah…Baca Fatihah sebanyak 21X….

2)      Kita jarakkan waktu mula-mula turun hujan selama 10 minit sebelum kita mandi hujan.Jika kita baca Al-Fatihah tadi secara perlahan-lahan maka sesudah habis dibaca 21X adalah bersamaan lebih kurang 10 minit waktunya )

3)      Sebelum mandi niatkan : “ Ya Allah, sucikanlah, kuatkanlah roh, jasad dan semangat ku kerana Mu Ya Allah”.

4)      Semasa mandi, bacalah surah Al-Kauthar sebanyak 100X. Habiskan bacaan dan jika hujan sudah berhenti, tetapi bacaan masih belum selesai maka anda haruslah selesaikan juga bacaan tadi.

5)      Biarkan air hujan kering di tubuh kita tanpa di lapkan dengan tuala.

6)      Selepas mandi, ambil air suam dan minum.

7)      Amalan ini sangat bagus diamalkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai masalah lemah semangat, selalu ditimpa malang, terkena gangguan sihir dan makhluk halus serta individu yang berniat untuk menguatkan kerohanian dan kekuatan spiritual masing-masing. InsyaAllah diijazahkan secara terbuka oleh Syeikh Muhammad Solihen. Silalah lakukan untuk mengetahui dan merasai manfaatnya. Semoga mendapat berkat dan rahmat dariNya. InsyaAllah.

** ILMU INI ADALAH ILMU YANG BERSANAD DAN PENGASAS BLOG YAKNI SYEIKH MUHAMMAD SOLIHEN MEMPUNYAI GURU YANG SAH DALAM MENGAMALKAN ILMU INI. ILMU INI BUKAN DIAMBIL DARI MANA-MANA BLOG ATAU BELAJAR MELALUI GOOGLE SEBAGAIMANA ADA PIHAK YANG MENABURKAN FITNAH TERHADAP PENGASAS BLOG SEJAK 2@3 TAHUN KEBELAKANGAN INI.HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH**

5.14.2012

Kapsul Super Aura Pusaka Alam 2U




Kapsul Super Aura Pusaka Alam 2U
( Mahar : RM13010 biji ~ )

Kelebihannya:

Mengaktifkan Daya Inti Energi yang tersimpan secara lahir dan batin yang ada pada diri manusia sejak azali lagi. Membuka kekuatan sukma diri supaya dapat membuka hijab-hijab kekuatan diri manusia dan kelebihan manusia itu sendiri secara segera. Membersihkan dan menstabilkan kesemua energi yang ada dalam tubuh. Mengaktifkan cakra-cakra serta memperbaiki aura diri untuk tujuan membangkitkan aura pesona, pengasihan, daya tarik pemikat, wibawa, kharisma, disayangi dan dihormati, meningkatkan percaya diri, rasa tenang ,tenteram dan rasa bahagia.Medium ikhtiar supaya disukai banyak orang dan
berkemampuan untuk mempengaruhi orang, kekuatan fikiran agar percaya, tunduk dan taat kepada kita.Kemampuan memancarkan kecantikan, memperlambat penuaan, menurunkan atau meningkatkan berat badan, memperhaluskan kulit, membuat wajah menjadi cantik bersinar semulajadi, meningkatkan, mengembalikan keharmonisan dalam keluarga. InsyaAllah. Sangat baik diambil oleh individu yang ingin mendalami ilmu kebatinan dan ilmu-ilmu yang bersifat  ‘berat’ energinya. Disyorkan kepada mana-mana individu yang sukar menguasai sesuatu ilmu kerana tidak mempunyai kekuatan dan kerohanian batiniah yang tinggi. InsyaAllah.


BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA
“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”
~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~
( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )

NO
NAMA BANK
NOMBOR AKAUN
1.
MAYBANK
1630-1948-3075
2.
BSN
11105-29-00004105-4
3.
AMBANK
161-002-002698-0
4.
PUBLIC BANK
4-8714073-17
5.
TABUNG HAJI
630501048356540
6.
CIMB BANK
1305-0003830-20-8
7.
RHB BANK
1-13056-0008203-1
SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:
1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321
2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN
SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

MINYAK PANCARAN NUR 9 AURA


MINYAK PANCARAN NUR 9 AURA
Fidyah : RM180 ( untuk 9 botol kecil )
Minyak Pancaran Nur 9 Aura terdiri daripada pati haruman limau dan pati debunga serta ramuan khas yang dimohon dari alam ghaib beserta pengisian ayat-ayat suci Al-Quran, Solat Hajat dan energi semulajadi bumi. Daripada campuran bahan-bahan berikut maka terhasillah suatu energi yang dapat memberikan kesegaran, kekuatan dan kecantikan luaran tubuh badan dan wangiannya sangat bermanfaat bagi proses terapi dalaman merangkumi pembersihan, pemulihan dan pendinding pada elemen roh, jasad dan semangat manusia itu sendiri. InsyaAllah.

Khasiat dari sudut permasalahan  rumahtangga :
1.Pemanis diri dan wajah
2.Menaikkan seri wajah
3.Memberikan kesegaran kepada diri merangkumi roh, jasad dan semangat
4.Ikhtiar supaya sentiasa dikasihi suami atau isteri
5.Melembutkan hati suami atau isteri
6.Mengembalikan dan menguatkan semangat
7.Menghilangkan keletihan harian
8.Mengembalikan kepercayaan diri
9.Menghadirkan ketenangan diri
10.Supaya selalu diingati suami atau isteri
11.Menghilangkan rasa jemu dan bosan dengan suami atau isteri
12.Ikhtiar untuk mengeratkan hubungan kasih sayang
13.Medium mengekalkan kasih sayang supaya berpanjangan

Khasiat dari sudut permasalahan jodoh:
1.Menaikkan seri wajah dan pemanis diri
2.Daya tarik perhatian lawan jenis yang kuat
3.Nampak menawan pada pandangan orang lain
4.Mudah didampingi dan bergaul
5.Menambah dan menguatkan kepercayaan diri
6.Selalu dikasihi orang lain
7.Selalu diingati orang lain

Khasiat dari sudut permasalahan anak-anak :

1.Sebagai medium penerang hati
2.Menguatkan daya ingatan dalam pembelajaran
3.Penenang diri dalam menghadapi peperiksaan
4.Mudah mendengar kata dan taat kepada ibu bapa
5.Mengembalikan semangat untuk belajar
6.Mempercepatkan pemahaman dalam pelajaran
7.Menambahkan kecergasan
8.Menghilangkan tabiat buruk dan kelakuan tidak baik

Khasiat dari sudut permasalahan perniagaan :

1.Pelaris perniagaan
2.Ikhtiar memurahkan rezeki
3.Dihormati orang dan pelanggan
4.Medium membawa tuah dan membuka bintang terang kehidupan
5.Pembuka jalan kepada perniagaan
6.Melancarkan urusan perniagaan
7.Selalu bersemangat dan tidak mudah putus asa

Khasiat dari sudut pengandaman

1.Menaikkan seri wajah pengantin
2.Menimbulkan cahaya pada wajah
3.Kelihatan segar selalu
4.Pendinding dan pemagar semasa perarakan pengantin
5.Menambahkan keyakinan diri pengantin
6.Menghilangkan rasa gemuruh dan berdebar
7.Menjauhkan segala kejadian tidak diingini berlaku semasa majlis berjalan.
 
Sila hubungi Tuan Syeikh untuk keterangan lanjut. Harap maklum.


BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA
“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”
~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~
( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )

NO
NAMA BANK
NOMBOR AKAUN
1.
MAYBANK
1630-1948-3075
2.
BSN
11105-29-00004105-4
3.
AMBANK
161-002-002698-0
4.
PUBLIC BANK
4-8714073-17
5.
TABUNG HAJI
630501048356540
6.
CIMB BANK
1305-0003830-20-8
7.
RHB BANK
1-13056-0008203-1
SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:
1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321
2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN
SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

BAYARAN

BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT KE AKAUN ATAS NAMA

“ AHMAD HAFIZUDDIN LUTFI BIN KADIR ”

~ PENGURUS KEWANGAN SYARIKAT~

( PILIH MANA-MANA SATU AKAUN YANG MEMUDAHKAN PROSES PEMBAYARAN ANDA )


NO

NAMA BANK

NOMBOR AKAUN

1.

MAYBANK

1630-1948-3075

2.

BSN

11105-29-00004105-4

3.

AMBANK

161-002-002698-0

4.

PUBLIC BANK

4-8714073-17

5.

TABUNG HAJI

630501048356540

6.

CIMB BANK

1305-0003830-20-8

7.

RHB BANK

1-13056-0008203-1

SELEPAS SELESAI URUSAN PEMBAYARAN, SILA HANTARKAN BUTIRAN TENTANG PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS MELALUI ( CEK/BANK-IN@DEPOSIT ) MELALUI 2 LANGKAH BERIKUT:

1) SMS KE NOMBOR: 017-5959321

2) SMS NAMA PENUH BIN AYAH DAN IBU, TARIKH LAHIR DAN ALAMAT RUMAH SERTA BARANG YANG DIPESAN

SELEPAS ITU KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA PROSES SETERUSNYA SEHINGGA BARANG SELAMAT SAMPAI KE TANGAN ANDA. INSYAALLAH.

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus kami melalui panggilan atau SMS di talian :

017-5959321
(MASTER REIKI Tabib Tok Adi )
24 JAM InsyaAllah