Pernahkah anda dirundung malang? Kata orang-orang tua iaitu ‘ malang tidak berbau ’ adalah sinonim untuk kehidupan anda? Pernahkah anda dikecewakan dalam soal perhubungan hati? Anda selalu dipersalahkan dalam hidup tentang sesuatu yang anda tidak lakukan? Anda menghidapi sakit yang terlalu lama? Sudah puas berubat tetapi penyakit tidak mahu sembuh dan pergi berlalu dari hidup anda? Selalukah anda belajar ilmu atau sesuatu ilmu tetapi mudah lupa dan sukar untuk diingati? Anda berminat untuk mempelajari ilmu agama atau ilmu kebatinan Islam untuk mendekati Allah tetapi selalu ada halangan? Semua ilmu yang anda pelajari tidak menjadi? Orang si sekeliling selalu membenci anda tanpa sebab? Anda selalu dituduh benda yang anda tidak buat? Selalu menjadi mangsa fitnah dan kata keji manusia? Anda berniaga dan mula-mula perniagaan anda maju, tetapi semakin lama semakin merosot walaupun anda selalu berusaha bermacam-macam cara tetapi masih tidak berjaya? Persoalan di sini selalu bermain di fikiran sesiapa sahaja yang mengalami masalah ini.
Sebelum kita pergi lebih jauh.Adalah lebih baik kita mengetahui apakah itu sengkolo.Sengkolo adalah sejenis energi negatif yang tersumbat dan menghinggapi diri seseorang. Sengkolo boleh menyebabkan individu tersebut susah untuk meraih atau memperolehi segala sesuatu misalnya rezeki, jodoh, maju dalam hidup, masalah perhubungan cinta dan hamper kesemua masalah yang sukar untuk di atasi mempunyai kaitan dengan sengkolo. Penyebabnya terjadinya mungkin kerana kesalahannya di masa lampau. Untuk menghilangkan atau mengurangkan permasalahan sengkolo ini, maka ada kaedah keilmuan dan rawatan khusus tertentu untuk mengatasinya. Banyak juga rawatan alternatif di luar sana yang menggambarkan sengkolo ini sebagai sial, nasib malang, tolak bala dan sebagainya.
Namun rawatan sengkolo secara menyeluruh ini bukanlah boleh diatasi dengan mudah seperti memberi air penawar dan dibacakan jampi atau ruqyah ayat Al-Quran serta surah tertentu yang hanya dibacakan beberapa minit. Bahkan dari pengalaman kami, rawatan khas masalah sengkolo secara menyeluruh ini memerlukan wirid dan zikir khusus serta cara-cara tertentu yang akan dilakukan sendiri oleh pesakit tanpa perlu melanggari syariat agama Islam itu sendiri. Rawatan ini memerlukan kami meluangkan masa selama 3 jam untuk proses pengisian, wirid dan ritual khusus secara keilmuan Islam untuk Membantu anda benar-benar sembuh dari masalah hidup anda. InsyaAllah.
Secara kesimpulannya jika anda mempunyai masalah seperti di bawah :
1.Anda cuba untuk menyimpan wang tetapi sukar untuk menyimpan walaupun banyak sudah anda simpan tetapi banyak berlaku perkara yang menyebabkan anda terpaksa membelanjakan wang anda sehingga anda buntu dalam hal kewangan.
2.Selalu bercerai-berai dan tidak menemui kebahagiaan dalam hidup.
3.Hidup selalu dirundung sakit / masalah kesihatan dalam hidupnya dan tak sembuh.
4.Kehidupan dengan pasangan selalu tidak aman dan bertengkar serta isteri atau suami tak pernah akur akan sesuatu.
5.Hidup selalu ditimpa musibah dalam usahanya selalu putus ditengah jalan dan bahkan boleh menjadi muflis atau bangkrup.
6.Kerjaya selalu terumbang-ambing dan susah nak naik jawatan atau tak pernah naik pangkat walaupun sudah lama bekerja.
7.Rumah yang didiami tidak sesuai sehingga mengakibatkan usaha selalu gagal.
8.Akibatkan kerana mendapat karma ( perbuatan jahat ) dari orang tua ( ibu atau bapa ) sehingga dalam hidup selalu mendapat sial yang berterusan.
9.Terkena sial dalam hidupnya kerana mengingkari janji yang pernah dijanjikan pada orang lain atau mengkhianati amanah.
10.Dalam hidupnya selalu kurang beruntung dan bertuah kerana kutukan dan makian dari ibu kandung yang telah diderhakainya secara sengaja atau tidak.
11.Di dalam hidupnya selalu berat rezeki meskipun bekerja keras tetap tidak kelihatan hasilnya walaupun sudah habis berusaha.
12. Hidup selalu sukar dalam mencari pasangan hidup / jodoh selalu terkandas ditengah jalan.
13. Sengkolo yang mengakibatkan orang mendapat pekerjaan yang tiada berkahnya.Ini kerana tidak sesuai dengan jiwa dan hati tetapi tetap diteruskan.
14.Sengkolo pada orang yang sering mengalami penolakan cinta, selalu dikecewakan sehingga mengakibatkan lambat dalam pernikahan atau selalu terputus hubungan cinta.
15.Sengkolo yang diakibatkan dari kutukan dan makian ayah kandung, sehingga hidupnya akan selalu menemui kegagalan terus menerus dalam segala hal.
16.Sengkolo yang menyebabkan orang selalu mendapat kemalangan dalam hidup juga selalu mendapat kecelakaan.
17.Sengkolo yang mampu mengakibatkan orang selalu mendapat sial dan malang kerana mengingkari nazar yang pernah diucapkan dan tidak ditunaikan.
18.Kesialan atau nasib malang yang diakibatkan dari perbuatannya.Seperti sering mencaci, memaki dan menghina orang.
19.Sengkolo yang terhasil dari perbuatan maksiat terlarang,Seperti berzina dan sumbang mahram antara anak dengan ayah atau ibunya.
20.Sengkolo yang mengakibatkan sukar mencari makan dan juga rezeki hanya untuk makan kerana dalam hidupnya selalu membuang atau mensia-siakan makanan yang diperolehi olehnya.
21.Sengkolo yang mengakibatkan hidupnya tidak akan tenang kerana pernah membunuh seseorang dan melukai seseorang dengan sebab yang tidak munasabah.
22.Kesialan atau nasib malang yang diakibatkan dari perbuatannya.Seperti sering mencaci, memaki dan menghina orang.
23.Sengkolo yang diperolehi juga sial dalam hidupnya kerana kutukan atau ucapan dari orang sakti, tokoh agama, wali dan seangkatan dengannya. Juga dari orang yang pernah dizalimi dan dianiayai olehnya.
24.Selalu beramal dan mendekatkan diri kepada Allah. Juga anda ada belajar ilmu ketuhanan dan ilmu spritual yang bagus untuk rezeki, jodoh, nasib baik dan kesihatan namun sering tidak menjadi dan tidak berhasil sebagaimana yang anda harapkan.
25.Selalu disihir dan mempunyai gangguan kerohanian dan emosi secara pelik dan tidak masuk akal. Sudah puas berubat di mana-mana pusat rawatan islam mahupun alternatif kerana gangguan benda negatif ini. Namun tidak pernah menemui kejayaan.
InsyaAllah dengan kemuliaan ilmu Allah dan segala pengalaman kami selama 13 tahun dalam bidang perubatan Islam dan alternatif pihak kami sedia membantu anda dan mungkin menyelesaikan permasalahan hidup anda yang berkait dengan sengkolo. Mahar rawatan adalah berkait dengan kos pembelian barang-barang untuk rawatan anda dan juga mahar rawatan dari pihak kami yang dirasakan berpatutan. Segala kekurangan dan kelemahan dari pihak kami dan segalanya yang baik hanya datang dari Allah. Jika anda merasakan hidup anda dirundung permasalahan sengkolo ini. Maka jalan yang terbaik adalah berubat dan InsyaAllah kami boleh membantu anda. Harap maklum dan terima kasih.
Yang benar,
Syeikh Muhammad Solihen Jailani
p/s** Di dalam agama Islam sendiri banyak mengajarkan kita supaya berbuat baik dan elakkan dari membuat dosa dan perkara mungkar. Salah satu sebab kenapa Islam menyuruh berbuat perkara baik ( amal ma'ruf ) dan menjauhi dosa ( perkara mungkar ) adalah kerana untuk menjauhi sebarang perkara buruk berlaku dalam hidup kita. Dan salah satunya adalah SENGKOLO. Semoga apa yang ditulis ini tidak disalah ertikan. Terima kasih **
Antara testimoni bergambar yang sebahagiannya sempat kami ambil untuk memberikan bukti kepada anda tentang keberkesanan rawatan pihak kami dalam hal ini :