1. Minyak Dagu Perempuan yang mati mengandung ( Diwajibkan ada janin dalam rahimnya ). Dalam bahasa siam dipanggil ( Thai CHARM BABY Nam Man Prai Oil )
2. Tujuh jenis abu mayat yang dari tujuh tanah perkuburan.
3. Minyak Dagu orang yang dibunuh dengan kejam.
4. Minyak Dagu Kokang.(sejenis monyet).
5. 108 jenis herba yang mempunyai fungsi sebagai penarik (pemikat dan pengasih).
Bahan-bahan ini hanyalah separuh bahan yang digunakan untuk membuat minyak dagu.Begitu mengerikan dan hasilnya pula sungguh mengagumkan kerana kesepakatan iblis dan syaitan yang akan menyesatkan manusia menjadikan minyak ini berkuasa.Bahan-bahan ini akan dipuja sehingga minyak ini menjadi Minyak Suci (maksudnya dihidupkan) ,Oleh itu setiap kali bulan mengambang minyak dagu yang asli akan minta darah tuannya untuk proses isi semula.Anda semua jangan hairan kalau Minyak Dagu ini tidak akan berkurangan walau setitik pun. Setiap kali bulan penuh mengikut kalendar Hijrah iaitu pada 14,15 dan 16 hari bulan.Sebelum saya dedahkan kegunaannya terlebih dahulu saya dedahkan dulu cara penggunaannya.Penggunaannya hampir sama dengan Minyak Pengasih yang lain iaitu diletakkan di jari sedikit dan kemudian di sapu ke bulu kening dan seterusnya ke rambut sertadiniatkan tujuan dan hajat di hati pengguna yang memakai minyak yang ternyata sesat lagi menyesatkan ini!
Antara kegunaan minyak dagu :
1. Membentuk ikatan kasih secara tidak rela.
2. Membentuk hubungan kekeluargaan secara paksa.
3. Membentuk satu rangkaian yang tidak akan putus.
4. Membentuk satu pakatan kemusnahan.
5. Membina satu institusi yang kukuh zahirnya tetapi rapuh pada dasar batinnya.
Ciri-ciri orang yang kena Minyak Dagu ini ,saya akan menyatakan yang paling ketara atau paling senang di kesan, dan jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah ini :
1. Merasa minat dan kasih yang mendalam kepada si pengamal minyak dagu tersebut.
2. Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan(tidak khusyuk)
3. Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.
4. Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak dagu. ( Bergantung kepada kekuatan Minyak Dagu itu sendiri. Yang paling rendah kekuatannya pun mampu buatkan kata-kata si pemakai minyak ini dituruti walaupun secara logik akalnya perkara itu salah )
5. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya
6. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan
7. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya
8. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
9. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
10. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
11. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
Ini hanya sebahagian sahaja ciri-ciri terkena minyak dagu, secara umumnya tetapi bagi yang sudah kena itu atau anda pura-pura anda tidak terkena, ini nasihat saya untuk memastikan bahawa anda memang terkena bahana minyak sesat tersebut.Senang saja hendak kesan, cuba bawa bersolat bagi yang muslim dan bagi bukan muslim bila bangun pagi cuba pandang cermin ,jika anda lihat muka anda sendiri saya rasa anda selamat dan sekiranya anda ternampak orang lain...??? Maka berhati-hatilah!! Baiklah saya tidak mahu takutkan anda kerana setiap kepayahan itu ada jalan penyelesaiannya.Bagi yang hendak tahu cara untuk menghalangnya serta mengubatinya daripada terjadi perkara yang tidak diingini kepada anda sila hubungi saya kerana saya tidak boleh mendedahkan kepada umum, dikhuatiri menyinggung perasaan para pengamal perubatan yang lain. Yang pastinya penggunaan Minyak Dagu ini hukumnya HARAM di sisi agama Islam kerana bercampur dengan bahan-bahan yang berkaitan dengan pemujaan dan perkara yang mensyirikkan Allah. Begitu juga dengan barangan lain yang jelas mempunyai unsur pemujaan seperti barangan Sami Buddha dan penyembahan dewa dewi atau roh si mati serta lain-lain agama yang menyembah ( benda lain selain Allah s.w.t ) adalah HARAM di sisi agama Islam. Diharap perkongsian ilmu ini mendapat manfaat dan kebaikan untuk kita yang beragama Islam. Allah s.w.t tidak memandang suku kaum, ras atau bangsa melainkan hati dan sifat Taqwa kamu kepadaNya. InsyaAllah.
KAMI MENYATAKAN DI SINI, KAMI TIDAK SEKALI-KALI MEMAHARKAN MINYAK DAGU DAN MINYAK YANG MENYALAHI SYARIAT ISLAM.SEMUA BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMPROSESAN MINYAK YANG KAMI MAHARKAN ADALAH SUCI DARI SEBARANG BENDA YANG HARAM DAN SYUBAHAH (SUBAHAT). ARTIKEL INI DITERBITKAN ATAS DASAR PERINGATAN DAN PERKONGSIAN ILMU UNTUK MANFAAT UMAT ISLAM KESELURUHANNYA. TERIMA KASIH.